CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Tuesday, January 4, 2011

cikgu x datang sekolah..


Cikgu juga manusia biasa ciptaan tuhan. Status sebagai pendidik dan antara yang berkuasa di dalam kawasan sekolah tidak menjamin yang seseorang cikgu itu kebal. Maksud kebal di sini ialah ‘daya tahan melawan penyakit’. Sering kita tahu murid murid sekolah tidak hadir ke sekolah beralaskan alasan yang mereka tidak sihat. Begitu juga seorang insan yang bergelar cikgu.

Dulu dulu semasa bersekolah rendah, kalau cikgu tak datang sekolah…

1- Murid murid semua akan jerit Yeiii!!! sambil menyanyikan lagu ‘kalau anda gembira tepuk tangan’. Apa taknya, cikgu tu sorang boleh ajar semua matapelajaran. Dialah yang mengajar Bahasa Melayu, Matematik, Alam dan Manusia dan lain lain kecuali Bahasa Inggeris dan Pendidikan Agama Islam. Maka bila cikgu tak datang sekolah, kebarangkalian murid murid dapat cuti free sangatlah tinggi.

2- Walaubagaimanapun, mimpi bahagia iaitu cuti free yang diharap harapkan mungkin bertukar menjadi mimpi ngeri bila ada cikgu lain yang ‘free’ masuk ke dalam kelas dan menggantikan cikgu yang cuti. Masa ni rasa hampa sungguh. Planning budak lelaki nak main tutup oren kat atas meja cikgu terbantut begitu sahaja. Meja cikgu besar, jadi bila jentik tutup oren tu takde lah jatuh ke bawah. Budak perempuan yang dah bersiap sedia nak main batu seremban menggunakan perca kain yang diisi kacang hijau juga hampa.

3- Tapi kadang kadang cikgu ganti tu pun ada masa sekejap je. Jadi, dia akan masuk dalam satu ke dua waktu je. Jadi peluang untuk bermain masih tinggi.

4- Namun disangkakan panas hingga ke petang rupanya hujan di tengahari, bila guru besar masuk ke dalam kelas dan buat pengumuman… “Sila kemaskan beg beg kamu. Angkat kerusi masing masing dan masuk ke kelas lain”. Arghhh tensionnya masa ni. Dah lah tak boleh nak main, kena duduk menumpang kat kelas lain pulak sepanjang hari. Paling tak best bila kena berpecah dengan member member sekelas yang kamcing. Aku masuk kelas lain, kau masuk kelas lain.

5- Masa ni memang dah dapat rasa macam mana perasaan pendatang pendatang haram yang duduk kat Malaysia ni, bila aku terpaksa menumpang di kelas lain. Murid murid kelas lain pandang dengan tajam je macam mata helang nak terkam mangsa. Kerek sungguh. Jagalah kau, bila cikgu kelas kau tak datang pulak dan masa tu kau nak menumpang kat kelas aku, masa tu kau tahulah langit tu tinggi ke rendah, kataku dalam hati sahaja.

6- Tapi dalam banyak banyak kejadian menumpang di kelas orang lain masa sekolah rendah tahun 1988, ada sekali aku budak kelas 5 Bakawali, Sekolah Kebangsaan Rengas Bekah terpaksa menumpang di kelas 5 Ros. Di sinilah pertemuan aku dan si dia…jeng jeng jeng (saspen). Adakah BAKAWALI dan ROS dapat bersatu??? (saspen sekali lagi

1 comments:

kima_(0_0) said...

alamak salah tahun..1996