CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Saturday, April 28, 2012

nervous + happy

less than a month from now..

Monday, April 9, 2012

done for veil..so happy =)

tadaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa...hehe i'm so happy because of this..hehe meleret jgk nmpk nye for my solemnization ;)





yup..

belajarlah..

Belajarlah BERSYUKUR walau KEKURANGAN
Belajarlah IKHLAS walau TAK RELA
Belajarlah TAAT walau BERAT
Belajarlah MEMAHAMI walau TAK SEHATI
Belajarlah SETIA walau BANYAK GODAAN
Belajarlah MEMBERI walau TAK SEBERAPA
Belajarlah MENGASIHI walau DISAKITI
Belajarlah TENANG walau sedang GELISAH
Belajarlah PERCAYA walaupun SUSAH
Percaya bahawa Allah SWT masih sanggup menolongmu ♥

Sunday, April 8, 2012

dedicate for mr.fiance ^_^

:: checklist :: 9 langkah harus disetelkan sebelum bina masjid

1. Kursus kahwin

Kursus kahwin diwajibkan kepada setiap individu yang belum pernah berkahwin. Dapatkan borang permohonan kursus di Pejabat Agama Daerah yang berkenaan. Bakal suami isteri yang akan mendirikan rumahtangga hendaklah mengikuti kursus ini sebelum mereka membuat permohonan untuk bernikah. Ingat, hantar borang sekurang-kurangnya seminggu lebih awal dari tarikh kursus yang dipilih.



2. Borang nikah

Kalau nak nikah, kena lah ambil borang nikah. Pergi ambil di pejabat agama yang terdekat dengan rumah anda. Kalau dah alang-alang nak amik borang tu, tolong lah belikan untuk pihak si dia sekali. RM1 bagi setiap borang lelaki dan perempuan. Kalau anda berkahwin dengan orang yang luar daerah atau berlainan negeri, ada borang lagi yang anda perlu isi ya!..nasib sama negeri..senang keje den ;)



3. HIV test

Pemeriksaan Saringan HIV ( Rapid Test ) wajib dijalankan ke atas setiap bakal pengantin. HIV test bukanlah bertujuan menghalang atau menyekat mana-mana individu untuk berkahwin, sebaliknya memberi peluang kepada mereka mengetahui status kesihatan diri sendiri dan pasangan...yeay..lulus! ;)



4. Surat akuan bujang

Surat ini anda boleh minta majikan anda tuliskan lepas tu dia tandatangan dan bagi balik kepada anda. Apabila dah siap, jangan lupa buat lagi satu salinan (fotostat ler). =)



5. Saksi Borang

Terdapat macam-macam versi. Ada yg cakap saksi borang kena datang masa nikah la dan lain-lain. Jadi, untuk permudahkan ayat, saksi borang dan saksi nikah boleh jadi orang yang sama atau orang yang berlainan. Kalau saksi borang taknak jadi saksi nikah pun takpe.

Yang penting masa nikah MESTI ada saksi okey? Oh, saksi nikah dan saksi borang mesti ada dua orang. Jadi, jangan lupa fotostat kad pengenalan kedua-dua saksi borang. Saksi mesti la lelaki bukan ahli keluarga. Pakcik-pakcik boleh kot. Cuba tanya kat pejabat agama okey?

6. Wali

Ini khusus untuk kaum perempuan. Kena pastikan wali ada masa nikah. Kena fotostat kad pengenalan wali dan wali mesti tandatangan pada borang nikah. Wali adalah orang yang memiliki kuasa penuh untuk menjalankan sesuatu akad nikah atau mengahwinkan seseorang perempuan. Wali juga berhak untuk melangsungkan sendiri sesuatu akad nikah itu ataupun mewakilkannya kepada juru nikah.as for me, my brother will be my wali..insyaallah



7. Surat nikah ibu bapa

Ini khusus pada perempuan anak sulung. Pejabat agama nak pastikan kedudukan seseorang perempuan itu. Kalau perempuan itu diketahui adalah anak luar nikah, jadi bapanya tidak boleh menjadi wali, dan kena pakai wali hakim.



8. Hantar Borang yay!

Apabila dah siap, apa lagi hantar lah. Tapi, sebelum hantar tu, sila pastikan yang anda dah bersedia ye. Yela, mana tahu tiba-tiba kena soal dengan orang pejabat agama tu kan. Kena lah bagi jawapan yang bagus. Nak nikah, mesti bab agama dah lulus kan?



9. Jumpa kadi

Langkah yang paling penting, jumpa kadi di kawasan anda. Senarai nama-nama kadi tertera pada ‘notice board’ pejabat agama. Atau, anda boleh bertanya kepada pegawai agama masa hantar borang tu. Jumpa kadi biarlah awal. sebab anda kena tahu juga bila kadi ‘free’. Ingat anda je ke yang nak nikah? Bila dah jumpa tu, anda bolehlah tetapkan tarikh dan masa yang sesuai untuk nikah. Borang nikah pun kena bagi skali tau...alhamdulillah, yang ini pun dah setel..credit to my mom :p

Wednesday, April 4, 2012

Irritable Male Syndrome (IMS)


Pernah tak anda melalui keadaan di mana lelaki dalam hidup anda atau sekeliling anda tiba-tiba menunjukkan sindrom yang sama macam PMS (Pre Menstrual Syndrome)...?

Sebenarnya lelaki juga ada masalah yang sama seperti perempuan...Hahaha...mereka pun selalu gak sengugut..sikit-sikit pun nak sensitif! Kena pula yang anak bongsu (manja meleleh macam gheeblend)...hahahahaa...lagi jenuh! Cuit sikit dan melantun naik ke bumbung!

Ketika mereka mengalami IMS, maka kita kaum pompuan kena cool! Banyakkan muka sadin! Kalau boleh buat muka seposen lagi baguih. Bukan apa, kalau dilayan...walamak silap hari bulan mau tak bercakap, alih-alih bercakar pulak!

Antara punca penyebab IMS:

1..STRESSSSS....selalunya dikaitkan dengan Stress yang KRONIK!
2..Masalah kewangan
3..Perubahan hormon testeron
4..Masalah fizikal dan spiritual!


Antara simptom mereka ialah:

Terdapat empat peringkat:

Pertama: Hypersensitive
Kedua: Anxiety (Kerisauan)
Ketiga: Kekecewaan (Frustation)
Keempat: Anger (Kemarahan)~ ini adalah simptom yang sangat kerap berlaku, letusan emosi sebegini biasanya adalah tahap kritikal yang selalunya berakhir dengan pertengkaran.

Antara keadaan yang dilalui:

1. Merajuk
2. Melenting
3. Marah-marah
4. Pening
5. Keletihan
6. Berleter (hehehe...penat telinga woi!)

Bagaimana mengatasi:

Stay cool dan relax. Macamana bila kita orang perempuan kena PMS, selalunya banyak berehat! Aku pula selalunya cari Cadbury. Coklat menaikkan hormon serotonin yang meredakan sindrom PMS...sebab ia mengurangkan stress dan menghasilkan ketenangan!

Sebab tu lelaki yang memahami, selalunya suka menghadiahkan coklat kepada perempuan yang disayanginya! Maka sekarang orang pompuan pun boleh buat camtu!

Lain pada itu, kembali kepada agama...itulah ketenangan abadi=)