CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Sunday, May 20, 2012

berinai ^_^

ADAT BERINAI Majlis berinai biasanya diadakan secara berperingkat-peringkat seperti berikut: 1 . Berinai curi. Diadakan tiga malam sebelum hari langsung untuk saudara-mara terdekat sahaja. 2. Berinai kecil. Diadakan dua malam sebelum hari langsung untuk para saudara-mara, jiran tetangga dan sahabat handai. 3. Berinai besar. Diadakan satu malam sebelum hari langsung untuk para jemputan khas daripada pihak lelaki dan perempuan. Biasanya ia dilakukan selepas upacara akad nikah. Dalam adat berinai curi dan berinai kecil, pihak Ielaki tidak diundang dan tidak seharusnya datang. Manakala pada malam berinai besar, pihak lelaki turut serta. Pada malam upacara berinai besarlah akad nikah dilangsungkan, yakni sebelum berinai besar. Apakala pengantin Ielaki didudukkan di atas pelamin, upacara berinai dilakukan oleh para jemputan lelaki dan perempuan, kebanyakannya daripada pihak perempuan. Jumlah orang yang menginai mestilah ganjil. Demikian juga apabila menginaikannya. Upacara ini bertujuan untuk kebersihan dan kesucian kedua-dua pengantin, kerana ini dianggap 'berkat', iaitu satu cara penyucian dan perlindungan. Kedua-dua bakal pengantin dianggap wangi dan berdarah manis.

0 comments: