CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Friday, February 17, 2012

ucapan hari lahir untuk bakal suamiku..

Bismillahirahmanirrahim..

Duhai bakal suamiku yang ku cintai kerana Allah swt,

Surat ini kuutuskan buatmu dengan penuh kerinduan dihatiku, ku menyayangimu setulus perasaanku, ketahuilah, dari hatiku yang dalam ku ingin mengucapkan bahawa dirimu banyak mencurahkan kebaikan kepadaku...Alhamdulillah, syukurku kepadaNYA..

Duhai bakal suamiku yang ku kasihi kerana Allah swt,

Senyumanmu amat menawanku, akhlakmu mutiara bagiku, tutur katamu sentiasa ada hikmah berguna buat pedomanku, kesabaranmu terhadap buruk perilaku ku menjadi asbab hidayah buatku..
Ku menyenangi senda gurau dan layanananmu terhadapku, terasa seperti dalam dakapan kasih sayang selalu..Alhamdulillah..

bakal Suamiku yang kusayang kerana Allah swt,

Dirimu sentiasa bersabar dengan segala macam kerenahku,
Kekadang waktu, dirimu mendiamkan diri ketika ku melakukan kesalahan dan kesilapan. Diammu telah mencetuskan muhasabah dalam hatiku, lalu ku menyedari setiap kesalahan dan setiap dosa terhadapmu. Ku bersyukur atas taufik hidayah dari Illahi agar ku terus memperbaiki diri sebagai seorang hamba buat-NYA dan bakal isteri buat mu..

Saat ku seperti seorang budak, lalu dirimu hadir bermain denganku,
Saat ku seperti seorang wanita, lalu dirimu hadir sebagai seorang lelaki memimpinku
Ku senang dengan pendekatanmu dalam mentarbiah diriku, ku merasa tenang di sisimu, ku merasa bahagia dalam dakapanmu,

Ku mencintaimu duhai bakal suamiku..Ku ingin sentiasa menjadi bakal isteri yang solehah buatmu, di dunia dan di akhirat. Walaupun tidak layak buatku kerana keburukan dan kelemahan yang ada pada diriku, namun itulah doaku selalu...


Semakin hari, ku semakin jatuh hati padamu, duhai bakal suamiku sayang. Alhamdulillah, syukur atas kurniaan Illahi padaku..Hadirmu dalam hidupku menambah kebahagiaan yang ku cari..
Semoga Allah swt akan menjadikan kita suami isteri yang diredhaiNYA, dikekalkan jodoh ini selama-lamanya dan dikurniakan kita zuriat yang soleh dan solehah yang menjadi hafiz dan hafizah, alim dan alimah dan menjadi daie dalam menegakkan agama Allah..walaupun ku tahu ku tidak layak, namun ku tetap harap padaNYA...

Akhir kata, ku ingin mengucapkan ampun dan maaf darimu atas segala kecacatan yang ada padaku, ku pohon kemaafan atas segala keburukan akhlakku, ku juga ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga atas segala kebaikan yang dicurahkan dan atas kesabaranmu dalam mendidikku. Semoga Allah swt mengampuniku, dan mengampunimu. Semoga Allah swt merahmatiku dan merahmatimu, dan semoga Allah swt membalas setiap kebaikanmu dengan lebih baik..

Daripada bakal isteri yang amat menyayangimu,

0 comments: