CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Tuesday, August 23, 2011

kenangan ^_^..permainan orang kampung



Sewaktu di sekolah rendah aku tidak pernah berasa bahawa belajar itu suatu benda yang sangat penting mahupun susah. Aku ke sekolah kerana ibu menyuruh dan ayah akan marah jika aku tidak pergi ke sekolah. Apabila balik sekolah aku dan adik beradikku serta jiran-jiran aku yang kebanyakannya adalah sepupuku akan bermain sepuas-puasnya sehingga "masih nampak tanah" (aku pinjam kata-kata Mok Su Timoh jiran kami).

Terlalu banyak jenis permainan yang kami mainkan sebelum menjelang maghrib. Biasanya dimainkan dalam kumpulan secara beramai-beramai. Jika perlu membentuk dua pasukan, kami akan melakukannya melalui kaedah "berbisik". Kadang-kadang undian juga dijalankan melalui kaedah cabutan kayu kecil (satu panjang, satu pendek), atau melalui lambungan duit syiling. Kami biasanya bermain di suatu tempat yang kami panggil Pasir Putih kerana pasir di situ sangat putih, terletak di antara rumah aku dengan rumah Che Ngoh dan Kak Nora.

"To Wok" dalam bahasa yang lebih KL mungkin disebut sorok-sorok, "To Jel" adalah suatu permainan kejar mengejar yang lebih lasak dimainkan antara dua pasukan. "Kombet" adalah main perang-perang secara olok-olok. Ianya sungguh menyeronokkan dan jika kita sudah ternampak musuh dan ingin menembaknya kita akan berkata "Dang mi!" (jika hendak menembak seseorang yang bernama mi). adikku bernama nadzmi, dia sangat pandai bermain Kombet, mungkin kerana dia sangat rendah dan kecil menyebabkan dia pandai menyorok dan sukar untuk dijumpai.(tme kecik2 dahulu, skrg die seakan abg bagiku)

Kadang-kadang kami bermain Bola Awal, Bola Katok (semacam rounders), Bola Sepak, Bola Tampar, Gelap Cerah (Galah Panjang), Pondok-pondok (kami panggil Main Dangau), Pekong Selipar, Pekong Tin dan banyak lagi. Ianya sungguh mengasyikkan sehinggakan kami lupa ianya sudah hampir Maghrib, lalu berteriaklah ibu-ibu kami memanggil pulang ke rumah. Kadang-kadang kami bergaduh juga sesama sendiri, sesama jiran, sesama sepupu gara-gara ketidakpuashatian terhadap keputusan perlawanan dalam permainan ataupun kekasaran yang berlaku semasa bermain. Jika bermain bola sepak dan "To Jel", kebarangkalian untuk bergaduh adalah tinggi. Bergaduh hanya untuk dua tiga hari dan kemudian berbaik untuk bermain bersama-sama lagi.

0 comments: