CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Wednesday, July 20, 2011

pendapat saya..


Islam telah meletakkan landasan yang jelas terhadap sesebuah ikatan perkahwinan,iaitu pembinaannya mestilah di atas asas agama,buksnnya nafsu semata-mata.Oleh itu,rumahtangga yang harmoni dan bahagia akan terbentuk melalui rasa tanggungjawab masing-masing dengan sempurna,kerana perkahwinan yang diikat melalui akad perkahwinan bertujuan membentuk peribadi dan mengajak pasangan tersebut supaya berkongsi pendapat,masa,cara hidup untuk sama-sama menunaikan tanggungjawab masing-masing kearah keluarga yang bahagia.

Keluarga yang baik dan harmoni akan dapat melahirkan masyarakat yang baik juga,melalui proses pembentukan peribadi dan jiwa anak-anak,yang mana semua itu bermula daripada sebuah keluarga.Masyarakat dan negara tidak akan maju dan tidak sempurna jika ahli keluarga yang mendiami sesebuah negara itu pincang.

Justeru itulah,rumahtangga yang aman dan harmoni dapat dicapai melalui kerjasama dan tanggungjawab yang baik sesama mereka,seperti berkasih sayang,sabar,tolak ansur dan wujudnya persefahaman.Untuk mempastikan kerukunan sesebuah rumahtangga dan keluarga,Islam menggariskan peraturan tertentu yang merupakan tanggungjawab suami dan isteri...=)

0 comments: