Suatu hari, seorang Profesor yang sedang membuat kajian tentang lautan menumpang sebuah sampan. Pendayung sampan itu seorang tua yang begitu pendiam. Profesor memang mencari pendayung sampan yang pendiam agar tidak banyak bertanya ketika dia sedang membuat kajian. Dengan begitu tekun Profesor itu membuat kajian. Diambilnya sedikit air laut dengan tabung uji kemudian digoyang-goyang; selepas itu dia menulis sesuatu di dalam buku. Berjam-jam lamanya Profesor itu membuat kajian dengan tekun sekali. Pendayung sampan itu mendongak ke langit. Berdasarkan pengalamannya dia berkata di dalam hati,
"Hmm. hari nak hujan."
"OK, semua sudah siap, mari kita balik ke darat" kata Profesor itu. Pendayung sampan itu akur dan mula memusingkan sampannya ke arah pantai. Hanya dalam perjalanan pulang itu barulah Profesor itu menegur pendayung sampan.
"Kamu dah lama kerja mendayung sampan?" Tanya Profesor itu.
"Hampir semur hidup saya." Jawab pendayung sampan itu dengan ringkas.
"Seumur hidup kamu?" Tanya Profesor itu lagi. "Ya".
"Jadi kamu tak tahu perkara-perkara lain selain dari mendayung sampan?" Tanya Profesor itu. Pendayung sampan itu hanya menggelengkan kepalanya. Masih tidak berpuas hati,
Profesor itu bertanya lagi, "Kamu tahu geografi?" Pendayung sampan itu menggelengkan kepala. "Kalau macam ni, kamu dah kehilangan 25 peratus dari usia kamu." Kata Profesor itu lagi, "Kamu tahu biologi?" Pendayung sampan itu menggelengkan kepala.
"Kasihan. Kamu dah kehilangan 25 peratus usia kamu. Kamu tahu fizik?" Profesor itu masih lagi bertanya. Seperti tadi, pendayung sampan itu hanya menggelengkan kepala.
"Kalau begini, kasihan, kamu sudah kehilangan 25 peratus dari usia kamu.Malang sungguh nasib kamu, semuanya tak tahu. Seluruh usia kamu dihabiskan sebagai pendayung sampan." Kata Profesor itu dengan nada mengejek dan angkuh. Pendayung sampan itu hanya berdiam diri. Selang beberapa minit kemudian, tiba-tiba hujan turun. Tiba-tiba saja datang ombak besar. Sampan itu dilambung ombak besar dan terbalik. Profesor dan pendayung sampan terpelanting.
Sempat pula pendayung sampan itu bertanya,"Kamu tahu berenang?" Profesor itu menggelengkan kepala. "Kalau macam ini, kamu dah kehilang 100 peratus nyawa kamu."
Kata pendayung sampan itu sambil berenang menuju ke pantai.
Morale of the Story:
Dalam hidup ini IQ yang tinggi belum tentu boleh menjamin kehidupan. Tak guna kita pandai dan tahu banyak perkara jika tak tahu perkara-perkara penting dalam hidup. Adakalanya orang yang kita sangka bodoh itu rupanya lebih berjaya dari kita. Dia mungkin bodoh dalam bidang yang tidak ada kena mengena dengan kerjayanya, tetapi "MASTER" dalam bidang yang diceburi.
Hidup ini singkat. Jadi, tanyalah pada diri sendiri, untuk apakah ilmu yang dikumpulkan jika bukan untuk digunakan dan boleh digunakan?
Ada di antara kita yang tidak meneruskan pembelajaran secara formal tetapi belajar secara informal. Dari pengalaman seharian mereka belajar mengenai kehidupan. Mereka bolehlah diistilahkan sebagai "street smart".
Ada sekumpulan lagi yang belajar secara formal sehingga peringkat tertinggi yang boleh dicapai. Mereka ini pula dipanggil "book smart"
Siapa yang lebih bijak?
Kedua-duanya ada kelebihan masing-masing. Sekiranya kedua-dua kumpulan ini dapat saling belajar dan berkongsi ilmu yang mereka ada di antara satu sama lain tanpa merendahkan pihak yang satu lagi.... bayangkan..... betapa hebatnya kedua-duanya ... dan profesor itu Insya'Allah selamat ..
p.s Bagaimana pula dengan sikap pendayung itu di akhir cerita?
Saturday, February 11, 2012
kisah profesor & pendayung sampan
Posted by kima_(0_0) at 9:14 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment