The path may be difficult, but the destination is certain.. =)
These are among fews. Simply said, heart failure's complications are systemic. Nearly all organs are affected.
Sebelum tu, emm.. kalo 'heart attack' dalam bahasa melayunya mesti kita terjemahkan sebagai 'serangan jantung'.
Tp kenapa kalau dalam ayat mcm 'in my heart there's always you' diterjemahkan sbg 'dalam hati sy sentiasa ada kamu'. Knape bukan 'dalam jantung sy sentiasa ada kamu'. Hue3. Pelik jer. Konfiuss~
Jd disini sy menegaskan ingin mengikut mazhab pertama yang heart itu adalah maksudnya jantung. Liver barulah hati. kan3.
Ada satu hadis.
Sabda Rasulullah saw: "Bahawasanya di dalam jasad anak Adam ada seketul daging. Apabila baik daging itu, baiklah seluruh anggotanya. Sebaliknya, jika jahat daging itu, jahatlah seluruh anggotanya. Ketahuilah daging itu ialah hati." Riwayat Al-Bukhari.
Kalau Englishnya pula,
The Prophet said: "Verily, there is in the body a small piece of flesh; if it is good the whole body is good and if it is corrupted the whole body is corrupted; it is the heart."
Heart, jantung, liver, hati? Haa.. yg mane satu tu. Hehe.
Hmm.. sebenarnya, ape yg sy nk ckp.. emm.. jikalah diibaratkan, heart itu jantung, dan jantung itu fungsinya membekalkan oksigen iman dan nutrien takwa ke seluruh anggota badan.
Jika kurang bekalan iman ke mata, maka mata itu akan LEBIH digunakan untuk melihat video2 klip yang lagha, membazirkan air mata kepada bukan tempatnya, berbanding menangisi dosa2 yang semakin hari semakin membukit.
Jika kurang bekalan iman ke tangan, maka tangan itu akan LEBIH digunakan untuk menaip perbualan2 chatting, komen dan sms yg leka, berbanding menulis peringatan2 tentang tuhan.
Jika kurang bekalan iman ke akal, maka akal itu akan LEBIH digunakan untuk memikirkan cara membahagiakan hidup sendiri, mengumpul harta di dunia berbanding mengingati mati dan mengumpul harta akhirat.
Jika kurang bekalan iman ke... hmmm... banyaaak lagi boleh tambah..
"Dan sungguh, akan Kami isi neraka jahannam banyak dari kalangan jin dan manusia. Mereka memiliki hati, tetapi tidak digunakannya untuk memahami ayat2 Allah, dan mereka memiliki mata tetapi tidak dipergunaknnya untuk melihat tanda2 kekuasaan Allah, dan mereka mempunyai telinga tetapi tidak dipergunakannya untuk mendengar ayat2 Allah. Mereka seperti haiwan ternak, bahkan lebih sesat lagi. Mereka ialah orang2 yang lengah"
Al-Aa'raf: ayat 7
Semuanya bermula dari heart. Heart itu perlu mempunyai kekuatan pam yang cukup untuk membekalkan oksigen iman dan nutrient takwa ke seluruh badan.
Apa kekuatan heart itu?
Tentulah ilmu dan peringatan.
Exercise & rechargekan heart selalu dgn mengikuti usrah, duduk di majlis ilmu, mendengar tazkirah, bersahabat dengan kawan yg boleh selalu mengingatkan kita kpd Allah, membaca tafsir Al-Qur'an, buku dan artikel2 yg boleh membuat kita rasa insaf dan ingat kita ini hanyalah berpangkat hamba.
Heart yg tidak direcharge akan berpenyakit. Bila dibiarkarkan lama2, mungkin boleh membawa kepada heart failure pula. Heart will become less and less functional, dan kita tidak dapat merasa apa2 lg. Takde rasa benci bila melihat maksiat. Tidak berasa apa2 walaupun sebenarnye kat sebelah je. Juga tidak akan rasa bersalah atau berdosa bila diri sendiri membuat laranganNya. Mata hati sudah buta dari membezakan yg mana betul dan yg mana salah.
Venous blood will start be damming backward and peripheral parts of body become edematous. Di permukaan kulit, mulalah berkumpul dan terzahir akhlak2 mazmumah, malas membuat ibadat sunat, cepat bersangka buruk dan berdendam, selalu tidak bersyukur dan berpuas hati dgn rezeki, mudah berputus asa dgn hidup, suka memberi bnyk alasan utk ke program2 keagamaan, senang berkata ya kepada aktiviti2 melaghakan.
Jika heart diascultate, adekah terbunyi 'lub' dan 'dub' itu? 'Zikir kpd Allah' dan 'Selawat kpd Rasulullah'. Atau mungkinkah terdgr murmur, nama seorang manusia yg tak spatutnya dicintai lebih dari kedua yg diatas td @ artis yg dipuja @ apa2 saja.
Hmm.. jadinya,
Sihat walafiatkah heart kita skarang ini?
Brapa heart ratenya?
Brapa blood pressurenya?
Letak stethoscope lak kat dada.
Dual rythm, no murmur?
Or is it already necrotising, but we can't feel it?
Sekian, wallahuallam.
"Patutkah kamu menyuruh orang laen berbuat kebaikan dan kamu lupakan diri sendiri, sedangkan kamu membaca kitab, apakah kamu tidak berfikir."
Al-Baqarah : 44
Ayat ni selalu menakutkan sy. Semua yg sy tulis adalah nasihat utk diri sendiri juga. Hmm.. sy pun sngt memerlukan prtlgn dr. utk merawat penyakit heart sy.
Monday, February 6, 2012
Heart tarbiyah is a lifelong effort.
Posted by kima_(0_0) at 6:39 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment