Situasi di Mesir semakin getir apabila sekurang-kurangnya 74 orang maut manakala lebih 2,000 lagi cedera selepas puluhan ribu penunjuk perasaan bertempur dengan pasukan keselamatan pada ‘Hari Kemarahan’ kelmarin.
Semalam bantahan rakyat merebak hampir ke semua bandar besar di Mesir.
Di tiga bandar utama negara itu iaitu Kaherah, Iskandariah dan Suez, perintah berkurung waktu malam dikuatkuasakan tetapi gagal meredakan tunjuk perasaan.
Dalam senario huru-hara di sini, kereta-kereta perisai cuba merempuh kumpulan orang ramai dengan anggota-anggota polis menembak gas pemedih mata, peluru getah dan meriam air bagi menyuraikan penunjuk perasaan.
Beberapa sumber perubatan berkata,kebanyakan penunjuk cedera akibat terkena tembakan pasukan keselamatan.
Selain kematian dan kecederaan, banyak bangunan dan kereta turut dibakar dalam kekacauan besar-besaran di ibu kota Mesir berkenaan.
Bantahan rakyat yang masuk hari keempat kelmarin, menyaksikan berpuluh-puluh ribu orang mengepung polis di sini.
Mereka turut berhimpun di sebuah jambatan yang menghubungkan sungai Nil untuk bertempur dengan pasukan keselamatan di sini yang setakat ini menyebabkan puluhan orang maut dan 1,030 cedera.
“Tunjuk perasaan ini bukan mencabar pentadbiran semasa. Tujuannya hanya satu. Ia adalah kerana anda (Hosni), anda patut pergi! Cukuplah apa yang anda lakukan kepada rakyat!” kata seorang penunjuk perasaan di sini.
Di bandar Suez, timur Mesir pula, deretan kereta kebal tiba di lokasi itu kelmarin selepas 13 orang maut dan sebuah balai polis dibakar perusuh.
Sekurang-kurangnya enam lagi turut maut di bandar Iskandariah, dengan sebuah bangunan pemerintah hangus dibakar manakala dua penunjuk perasaan terbunuh di bandar Mansoura.
Menjelang waktu malam semalam, ibu pejabat parti pemerintah, Parti Demokratik Nasional di sini dibakar diikuti kumpulan perusuh menyerbu masuk ke dalam bangunan stesen televisyen pemerintah.
Gelombang kebangkitan di Mesir kali ini menyusul selepas Presiden Tunisia, Zine El Abidine Ben Ali ditumbangkan oleh kuasa rakyat pada 14 Januari lalu.
Di Mesir, bantahan besar-besaran itu diadakan bagi menumbangkan pemerintahan tiga dekad Presiden Hosni Mubarak.
Rata-rata, rakyat memprotes kadar pengangguran dan kemiskinan yang melambung di Mesir selain berleluasanya rasuah.
Dalam usaha menyekat kebangkitan rakyat, pemerintah menggunakan pelbagai taktik termasuk kekerasan. Malah, perkhidmatan telefon bimbit dan Internet turut disekat. Namun, semua itu gagal membendung kemaraan rakyat.
Sehingga semalam, bilangan penunjuk perasaan bertambah hingga mencecah kepada puluhan ribu orang.
Dalam perkembangan berkaitan, Presiden Hosni, 82, muncul di kaca televisyen buat kali pertama kelmarin dalam empat hari sejak kebangkitan rakyat bermula.
Beliau bagaimanapun, mengumumkan bahawa tidak akan sesekali berundur.
Sebaliknya, Hosni menawarkan untuk melaksanakan langkah-langkah demokrasi, bermula dengan pemecatan Kabinet.
“Saya akan memberi lebih kebebasan sekiranya rakyat patuh pada undang-undang,” katanya.
Menurutnya, Kabinet baru Mesir akan dibentuk pada hari ini.
Sementara itu, bekas ketua Agensi Tenaga Atom Antarabangsa Mohamed El-Baradei, 68 dikenakan tahanan rumah oleh polis kerana menyertai tunjuk perasaan di ibu kota Mesir kelmarin. – Agensi
sumber kosmo
SEORANG penunjuk perasaan yang cedera dibawa oleh rakan-rakan mereka.
Sekumpulan penunjuk perasaan bersolat di hadapan pasukan polis antirusuhan di Kaherah kelmarin.
semoga rakyat malaysia semua selamat..sama-sama kita doakan…ikuti kisah krisis mesir dan nasib pelajar kita
Monday, January 31, 2011
i'm worry..=(
Posted by kima_(0_0) at 4:03 PM 0 comments
life is wonderful=)
Jason Mraz - Life Is Wonderful .mp3 | ||
Found at bee mp3 search engine |
Posted by kima_(0_0) at 10:41 AM 0 comments
Sunday, January 30, 2011
=)
Hidup ini cukup indah.
Penuh dengan misteri.
Kata orang warna-warni.
Adakalanya kita berduka,
ada juga masanya kita gembira.
Yang penting, dalam apa jua keadaan sekalipun, sentiasa ingat kepada Sang Pencipta, Allah s.w.t. Syukur dan sabar; 2 rahsia kejayaan.
Posted by kima_(0_0) at 10:32 PM 0 comments
lelaki rajin..
Dimana letaknya seksi seorang lelaki?
Adakah pada otot dadanya yang bidang?
Adakah pada bahunya yang lebar?
Adakah pada warna kulitnya?
Adakah pada ketinggiannya?
Adakah pada tebal kumisnya?
Walaupun ada perumpamaan lelaki idaman wanita sebagai tall, dark and handsome, hakikatnya mata wanita dijadikan Tuhan menilai keseksian seorang lelaki melepasi tarikan fizikal. Secara fitrahnya, kejadian setiap female spesis (termasuk binatang) adalah mencari pasangan yang mempunyai tubuh badan yang sihat (untuk baka), keupayaan untuk mencari makanan dan kemampuan untuk menjaga keluarga.
Disebalik pesanan Rasullah s.a.w akan empat jenis pasangan terbaik (harta, keturunan, cantik dan beragama) seharusnya kita menilai pesanan itu dari sudut yang realistik bukan romantik. Zaman ini, amat sukar kita terutama para wanita menilai secara fizikal sama ada seorang lelaki itu menepati kriteri pasangan terbaik berdasarkan hadis Rasullah s.a.w itu.
Namun, pada pendapat saya, sifat rajin adalah satu piawaian yang mampu membantu para wanita mencari pasangan seperti pesanan Rasullah s.a.w:
Harta - rajin bekerja (tidak kira latar belakang pendidikan)
Keturunan - rajin berusaha memperbaiki diri (menambah ilmu dan tidak terlibat dengan anasir negatif)
Cantik - rajin menjaga kesihatan diri seperti bersenam dan tidak mengambil toksid (termasuk tidak merokok)
Beragama - rajin ke masjid, majlis ilmu dan menjalankan kerja-kerja kebajikan
Mungkin ada kaum Adam diluar sana yang beranggapan lelaki rajin adalah nerd, geek atau skema. Tetapi percayalah, dimata 'wanita-wanita seksi', jika anda menjadi seorang lelaki yang rajin dalam segala hal, anda akan dilihat sebagai seorang lelaki yang amat seksi.
Apabila anda rajin, anda tidak rugi ;)
Posted by kima_(0_0) at 10:23 PM 0 comments
diri kita adalah hadiah kepada pasangan kita..=)
Diri kita adalah hadiah kepada pasangan kita...berusaha untuk jadi yang terbaik untuk dia..tapi macam mana kalau dia tak pernah bagi yang terbaik..ish ish ish..sakit jiwa raga kalau pikirkan..
Beberapa bulan yg lepas, aku sempat berbicara dgn sowang ustaz ni. kebetulan ustaz ni buka soal jodoh plak kat aku..Nasihat suh cari jodoh cepat2 dan yg baik baik. Aku plak p tanya dia " ustaz, bukan jodoh tu Allah dah tetapkan ka dari azali". Ustaz tu pun buka la ceramah dia kat aku. Tu la, pandai2 sngt p tanya.. Jawapan dia memang betul la, dah ditetapkan tapi kita kena usaha dan berdoa. Doa supaya dia dikurniakan akhlak yg mulia. Kalau sekarang perangai dia buruk, mana tau nanti bleh berubah. Aku pun tanya lagi," jadi ustaz, usaha tu maksudnya kena berkawan la kan". Ustaz tu jawab," Berkawan la, tak da salah nya selagi tak melanggar syariat".
Posted by kima_(0_0) at 2:05 PM 0 comments
i miss my dad sooooo muchhhhhhh
living alone..make me cry..huhu..current mood: i missed my dad so muchhhhh..ni antara gambar last arwah..gmbr dari die chat sehinggalah akhir..(15 mei 1959 - 3 ogos 2010..a day after their 26th annivesary)..my mum n dad's annivesary(2nd august 1984)
Posted by kima_(0_0) at 1:26 PM 0 comments
Saturday, January 29, 2011
my dream house..
Ha, yang ni cantik kan? i like it simple. Just nice, enough untuk gardening, hias cantik-cantik, sesuai je aku rasa..
How ever can i make this life more alive than it already is?
It's getting rather less exciting..
I am in desperate need of ideas of what to do..
Ah, let's just chit chat for now, shall we?
In previous post, i did mention about my dream of buying
a house right? So now, i'd like for your say, what type
of a dream house do you go for? Do you go for
1. Single storey Semi-D?
2. Single storey terrace?
3. Single storey bungalow?
4. Double storey Semi-D?
5. Double storey terrace?
6. Double storey bungalow?
7. Condominium?
8. or a mansion??
If you ask me, i'd prefer getting a single story bungalow. Why?
Much easier to maintain. However, in terms of value wise,
double storey could be more of a value, no?hmmmm
My uncle taught me one fine tip about buying a house
and i find it very useful. Some may overlook this small detail,
as i did before but not anymore..Would you believe me if i say,
the sun plays its own part too? yea, that sun.. how so?
Here, uncle told me
"Get a house that when the sun sets, it sets at the back side of your house. Why? Because when you want to relax/gardening at the front part of your home, the condition will not be as hot as if the sun sets directly towards the front door."
Pikir balik, betul jugak..
Posted by kima_(0_0) at 11:59 PM 0 comments
cerita hidup..=)
Arini aku nak kongsi dengan korang 1 perangai aku yang susah aku nak kikis.. orang putih kata, menyerupai OCD ..apa full term untuk OCD, aku pon tak ingat..
1. Bila ahli keluarga/orang yang aku sayang jatuh sakit :-
|| Aku akan jadi penjaga yang sangat baik. Aku akan masak, aku bagi apa saja yang dia nak and tahan leteran kalau apa aku buat tu salah. Bagi yang belum tahu, ayah aku dah lama meninggal, masa arwah masih ada dulu, aku antara ahli keluarga yang paling banyak memonitor keadaan beliau. Bila sakit, beliau tak mampu melakukan kerja berat and banyak makanan perlu di restrict. Maka beliau menjadi cepat marah..Aku tebalkan telinga, kadang tu menangis jugak aku kena lenting..hati aku turut sedih melihat mak aku bersekang mata menjaga ayah aku..
Hati aku memang sen-sentap sebab aku adalah anak kesayangan beliau, tambahan aku sorang je bunga dalam rumah.. Sejak pemergian beliau, aku menjadi 100% lebih prihatin kepada mereka yang kurang sihat.. [al-fatihah ayahanda 3 ogos 2010]
Posted by kima_(0_0) at 11:30 PM 0 comments
sakit kepala..
Lately, i've been experiencing frequent annoying headaches
My suspicion goes to the cholesterol level. Previous check-up a couple of years back indicated my level was beyond the normal figure. And also i've this thing about staying under the sun or under the cold weather too long, i'd get headaches.. i know i can eat only little meat cause doing otherwise would result to a whole day of torturous pain.. Solution i take, more often than not, i'd have to relieve the pain either by consuming the bitter paracetamol or the most effective way - throw up..
Anyone with medical background or just any information about this, please help explain what is it actually i'm having here?
Posted by kima_(0_0) at 11:27 PM 0 comments
rahsia mata..
“I looked deep into that woman's eyes. She suffered so much - and for what?” - Terry Olson quotes
Rahsia Mata Seorang Perempuan
Saiz mata kecil
Peramah, banyak cakap, kurang pertimbangan. Lelaki boleh jadi kelam kabut akibat mulutnya. Bersikap periang tapi bila marah lambat sejuknya. Bila bercinta suka tukar pasangan kerana hatinya tidak pernah puas. Boleh bahagia dengannya jika dapat penuhi kehendak duniawinya dan melayan syahwatnya dengan baik.
Saiz mata sedang
Sederhana, tidak banyak berahsia, ada pertimbangan, bertanggungjawab serta perlukan belaian mesra suami.
Saiz mata lebar
Cukup kuat berahsia, otak kurang cergas, pemarah,bertindak tanpa fikir panjang, kurang teratur, tiada arah tujuan dan putus asa. Tapi boleh setia. Nafsu syahwat tinggi.
Mata selalu berkedip
Pemaaf, senang dibawa berbincang, memahami dan sabar. Wanita ini baik
Mata jarang berkedip
Wanita ini istimewa, bijaksana, baik pekerti, setia, adil,bertanggungjaw ab,tidak cerewet, membantu dan membahagiakan.
Mata cengkung
Kurang memuaskan, materialistik, hidup dengannya boleh sengsara, kata manis tapi bohong, mahu senang, mudah curang, bila anda susah dia tidak peduli.
Mata redup
Wanita ini mudah dipermainkan, tidak dapat kawal emosi, hati tidak tetap, banyak kenalan kurang sahabat, mengumpat, irihati, kejam, kasar,mencemuh, pemarah.
Matanya seolah tersembul keluar
Sifatnya baik, rela, tabah, menyenangkan, ikut kata. Tapi mungkin tidak tepati janji, pendendam, tamak dan marah bila tidak puas nafsu syahwatnya.
Rahsia pemikiran manusia (lelaki / perempuan) melalui matanya :
* Mata jarang berkedip : Orang yang tajam pemikiran.
* Mata tidak berkedip langsung ketika bercakap : Pemikiran yang sangat tajam dalam sesuatu bidang. Konsentrasi tinggi. Berpontensi jadi saintis atau pakar.
* Mata yang merenung tajam (macam harimau) : Bersungguh dalam melakukan sesuatu, tajam pemikiran. Ada dua sifat samaada sangat jahat atau sangat baik dalam melakukan sesuatu perkara.
* Mata berkedip macam masuk habuk : Tak cerdas dari segi pemikiran, tidak pandai, dan mudah kena tipu.
* Renungan mata yang lemah : Kurang tajam pemikiran dan kurang bijak, hanya berpotensi jadi pelakon tambahan atau watak orang kampung.
* Mata yang kecil, renungan tajam, dan tak berkedip serta bercahaya : Seorang yang hebat dan ada sifat samaada bijak dan sangat jahat, atau bijak dan sangat baik, berpotensi jadi seorang yang pakar.
* Renungan mata tak tajam tapi merenung jauh : Orang ni bijak dan fikiran unik dalam berfikir. Berwatak baik jika jarang berkedip.Contoh orang yang ada mata ini, Dr. Fazilah Kamsah.
* Mata besar macam mata lembu : Orang ni kurang bijak, dan lagi teruk jika renungan mata itu tak tajam dan tak bercahaya.
* Mata hitam berkeliaran : Jaga jaga orang ini kaki belit dan suka tipu. Tidak bijak bahagian ilmu, sukar dipercayai dan dibuat kawan.
Posted by kima_(0_0) at 10:45 PM 0 comments
quite related ngan perangai sdiri..hehe
OKTOBER
~~~~~~~~
- Menyukai orang yang sayang padanya.
- Suka mengambil jalan tengah.
- Sangat menawan dan sopan santun.
- Kecantikan luar dan dalam.
- Tidak pandai berbohong dan berpura-pura.
- Mudah rasa simpati, baik, lebih mementingkan kawan.
- Senantiasa berkawan.
- Hatinya mudah terusik tetapi merajuknya tak lama.
- Cepat marah.
- Tidak menolong orang kecuali diminta.
- Suka melihat dari perspektifnya sendiri.
- Tidak suka terima pandangan orang lain.
- Emosi yang mudah terusik.
- Suka berangan dan pandai bercakap.
- Emosi yang kelam kabut.
- Daya firasat yang sangat kuat (terutama perempuan).
- Suka melancong, bidang sastera dan seni.
- Pengasih, penyayang dan lemah lembut.
- Romantik dalam percintaan.
- Mudah terusik hati dan cemburu.
- Ambil berat tentang orang lain.
- Suka kegiatan luar.
- Orang yang adil.
- Boros dan mudah dipengaruhi sekitarnya.
- Mudah patah semangat.
Posted by kima_(0_0) at 10:21 PM 0 comments
Thursday, January 27, 2011
biscuit city..amazing=)
Memang kreatif org yg merekacipta bandar biskuit ni.
Menarikkan....bolehlah kita makan sambil usha2..
Posted by kima_(0_0) at 12:39 AM 0 comments
Saturday, January 22, 2011
tingkatkan prestasi kurangkan kontrovesi..hehe
mule2 kita bace ni dulu..
KUALA TERENGGANU 3 Mei - Polis Terengganu akan menyiasat laporan yang dibuat tiga pelajar perempuan di Chendering yang mendakwa dipukul oleh guru mereka baru-baru ini dengan seadil-adilnya.
Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Supritendan K. Manoharan berkata, pihaknya akan menyiasat kes membabitkan pelajar berusia 17 tahun itu mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan.
"Kita akan memanggil pihak yang terlibat dalam kes ini dalam tempoh terdekat untuk diambil keterangan," katanya ketika ditemui di sini hari ini.
Beliau diminta mengulas kes tiga pelajar perempuan sebuah sekolah menengah itu yang mendakwa dipukul di kepala dan leher oleh guru selepas dituduh tidak memberi perhatian dalam kelas.
Salah seorang pelajar berkenaan turut mendakwa pening dan pitam akibat pukulan guru tersebut.
ok..sekarang saye mau komen..jom bace n bg opinion anda k..hehe
Bukan nak menyebelahi guru terbabit tapi bayangkan kalau ibu-ibu dan bapak-bapak sekalian disituasi ini. Tengah ibu-ibu bapak bapak bercakap dengan anak anda tentang sesuatu yang serius tiba-tiba anak buat tak heran sambil nyanyi lagu Negaraku. Apa agaknya yang anda rasa???? Takke rasa nak pelempang???
Saya ada satu kisah benar yang berlaku di sebuah sekolah ni. Guru ni sendiri yang cerita dengan saya. Masa tengah dia mengajar, tiba-tiba ada sorang student ni menjerit cakap "Cikgu!!! Apani banyak bising saya mau tidur!!" Cikgu tu hangin gila, dahla dia tak marah budak tu tidur dalam kelas yelah dia fikir biarlah budak ni tidur asalkan tak ganggu orang lain tu tup dia pulak kena marah. Kalau saya kat tempat Cikgu tu dah lama saya tendang budak tu sampai India. Cikgu tu pun balas "Eh kamu nak tidur kamu balik tidur dalam rumah apa pasal datang sekolah?" budak tu pulak sempat lagi jawab " Saya kerja malam, pagi saya mau tidur. Cikgu banyak bising!" sambil tengking-tengking cikgu tu. Agak-agak apa tindakan anda?? Yo parents what do you think??? Nak panggil polis tembak budak tu sampai matikah??? Last-last budak tu kena buang sekolah. He deserved that! Tak salah budak tu bekerja (kenapa budak sekolah bekerja??salah siapa??) asalkan dia tahu untuk membahagikan masa belajar dan masa bekerja. Saya tak tahu dimana kedudukan ibu bapa budak tu.
Satu kes lain pula, ada seorang pelajar perempuan disyaki mempunyai hubungan songsang and to be surprise she is my student macam tak percaya sebab imej bukan main baik lemah lembut gitew. Pihak sekolah pun memberitahu hal tentang hubungan songsang pelajar berkenaan kepada ibu bapa pelajar berkenaan tapi ibu bapa pelajar tu tak boleh terima lalu menolak bulat-bulat dan mengganggapnya satu fitnah. Okay, saya tahu sukar untuk ibu bapa nak terima cerita buruk anak sendiri, anak yang dijaga dan ditatang, tapi bila terima sebarang aduan adalah lebih baik menyiasat sebelum menyalahkan pihak sekolah konon nak memburuk-burukkan pelajar anak mereka. Takde paedahnya Mak Kiah yer nak buat cerita tak dapat royalti pun. Adalah lebih baik bertanya kepada guru-guru perangai anak-anak disekolah, dengan siapa anak berkawan untuk pastikan anak-anak tak tersesat jauh.
Manusia tak pernah lari dari melakukan kesilapan mungkin pengaruh rakan sebaya dan masih boleh ditegah kalau dapat dikesan diperingkat awal jadi takdelah keluar surat khabar hari-hari pasal cikgu dera pelajarla, guru denda pelajar. Buat teruk okayh!! Saya menyampah gila dengan parents yang datang nak serang-serang sekolah padahal anak dia yang perangai macam hantu. Kalau rasa taknak anak-anak anda ditegur, mengajar anak sendiri kat rumah okayh!! Tak payah nak hantar kat sekolah menyusahkan hidup orang lain. Takpun hantarje sekolah private. Habis cerita.
ape pendapat korang???
Posted by kima_(0_0) at 3:04 PM 0 comments
fruits salad..
aku penat n stress idea x muncul2 utk baut lesson plan..akhirnye masuk dapur,cari chopping board,knife..kuarkan mayonis,buah2 dari fridge..then potong kecil2..tadaaaaa ni la hasilnye..bukan lesson plan tapi fruits salad..yummy!!! hehe..gud idea rite utk ilangkan stress..hehe jom mamam =)
Posted by kima_(0_0) at 1:52 PM 0 comments
ideas drained
Suddenly my ideas drained.. nak cerita apa plak kali ni ye? Boring plak nak cerita hal kampus..
aku cerita lah apa2 pun ye..
Chinese new year is juz around d corner..tp aku tetap ne ngajar smpi 2hb..waaaa!! time2 sume da fly blik sarawak..huhu..4hb mayb fly or drive to kota tinggi..again another wedding i need to attend..hehe
Bulan march plak, ada perancangan nak gi diving.. tapi Discovery lah, saja nak amik certificate, kat Pulau Tioman.. macam interesting sebab murah packagenya...memang interesting.. rugi tak cuba.. pergi ke tak eh? ergh..
K lah tu je kot aku nak update..what else? im at my best of health now,
Aight guys, i need to get back to my work.. hoping for the best, insyaAllah..
Take care lalings..
Posted by kima_(0_0) at 1:45 PM 0 comments
Friday, January 14, 2011
......
Hidup biar berjasa,
mati biar beriman.
Berfikir biar beilmu,
berbicara biar berbahasa,
bergaul biar beradab,
berakal biar berakhlak.
Yang miskin jangan dihina,
yang kaya jangan disanjung.
Yang lemah jangan dipijak,
yang berkuasa jangan dijulang.
Taburkan budi dan kasih sayang di setiap perhentian sebelum tibanya kita di perhentian yang abadi
Posted by kima_(0_0) at 11:14 PM 0 comments
Thursday, January 13, 2011
Petua Menghadapi Suasana “Frust Bercinta” Daripada Al-Quran
* saya teramat penat bila terpaksa berdepan dengan satu dugaan yg walaupun kecil tp bt sy betul2 memerlukan kesabaran yang amat tinggi..
saya hasil kn entry ini untuk luahan hati saya kepada ex saya n famili die..even dieorg xkan dapat baca tp inilah yg sy ingin luahkan..JANGAN SALAHKAN SAYA ATAS APA YANG BERLAKU..KERANA AWAK YANG INGINKAN SEDEMIKIAN..DOA SAYA TERIMA YANG BARU SEADANYA DAN BIARKAN SAYA BAHAGIA DENGAN LIFE SAYA SEKARANG..=)
Seseorang yang “putus cinta” biasanya akan menghadapi tekanan emosi yang mendalam. Ada yang termenung dan terkenang si dia yang telah pergi. Ada pula yang menangis kesedihan di tengah malam sunyi.
Hati pasti tidak akan tenteram, ingatan silam pasti akan kembali, kesedihan atau kemarahan akan datang membayangi. Sesetengah orang mengambil masa bertahun-tahun untuk melupakan kisah cinta bersama si dia, ada pula mungkin sekadar sebulan dua. Masing-masing mempunyai jangka waktu “recover” yang berbeza mengikut kekuatan jiwa masing-masing.
Yang pasti, hati akan resah gelisah. Pelajaran seorang pelajar akan mundur, produktiviti seorang pekerja akan menurun. Seluruh aktiviti kehidupan akan terganggu. Namun yang paling malang, apabila hati kecil mula mempersoal ketentuan tuhan kerana tidak dapat menerima kenyataan perpisahan. Semua ini akan terus menghantui diri selagi hati masih tidak tenteram.
Terdapat satu penawar yang mujarab untuk mententeramkan hati. Firman Allah di dalam surah Ar-R’ad ayat 28, “(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah. Ketahuilah dengan zikrullah itu, tenang tenteramlah hati manusia.”
Zikrullah bermaksud mengingati Allah. Membaca Al-Quran juga termasuk zikrullah kerana salah satu nama bagi Al-Quran adalah Adz-Zikr. Dengan membaca Al-Quran dan menghayati maksud-masud ayat, seseorang itu sedang berzikir kepada Allah.
Selain membaca Al-Quran, seseorang itu juga boleh mengucapkan tasbih, tahmid, tahlil atau takbir. Zikir-zikir ini lebih ringkas dan mudah dilakukan secara berterusan di kebanyakkan keadaan dan tempat, sama ada secara lisan atau di dalam hati. Namun menurut Imam Nawawi di dalam Al-Azkar, zikir adalah lebih utama dilakukan dengan hati dan lisan, kedua-duanya sekali.
Jabir Bin Abdullah meriwayatkan bahawa Rasulullah pernah berkata, “zikir yang paling utama adalah lailahailallah (tiada tuhan selain Allah) dan sebaik-baik doa adalah mengucapkan alhamdulillah (segala pujian bagi Allah).”Menurut Imam Tirmizi hadith ini berstatus hassan gharib.
Menurut rekod Imam Bukhari, nabi telah menyatakan, “Ada dua kalimat yang paling disukai Yang Maha Pengasih. Sangat mudah diucapkan tetapi sangat berat dalam timbangan. Kedua-dua kalimat itu adalah subhanallah wa bihamdihi dan subhanallah hil azim Kedua-dua kalimat ini membawa maksud ‘Maha suci Allah dan segala pujian kepadaNya’ dan ‘Maha suci Allah yang Maha Besar.’ Di dalam riwayat lain diceritakan, sesiapa yang membaca hamdi.jpg 100 kali sehari, maka semua doasanya diampunkan oleh Allah, meski pun sebanyak buih di lautan.
Perbanyakkan zikir, mudah-mudahan hati menjadi tenteram, InsyaAllah.
Posted by kima_(0_0) at 6:18 PM 0 comments
kenapa masih membujang?bila nak kahwin?
Mungkin anda pernah diajukan soalan , “kenapa masih belum berumahtangga lagi?” Jawapan yang lazim diberi adalah, “Tidak ada jodoh lagi..” Mungkin selepas ini anda akan mempunyai jawapan yang lebih sesuai ..
Jodoh, rezeki, ajal dan maut adalah takdir Allah s.w.t. Allah s.w.t telah berfirman di dalam surah Al-Hadid ayat 22, “Dialah yang menciptakan tiap-tiap sesuatu lalu menentukan keadaan makhluk-makhluk itu dengan ketentuan takdir yang sempurna.”
Di dalam kitab Fathul Bari, Al-Hafiz Ibnu Hajar mencerita bahwa seorang ulama sunni pernah berkata, “Jika Dia menghalangimu atas apa yang menjadi hakmu, beerti Dia telah menzalimimu; tetapi jika Dia menghalangi kerana sesuatu yang ada padaNya, maka sesungguhnya Dia memberikan rahmatNya kepada sesiapa saja yang dikehendakiNya.”
Jodoh kita telah pun ditentukan oleh tuhan. Apabila tuhan menghalangi sesuatu dari seseorang kerana kehendakNya, sudah tentu halangan tersebut merupakan “sesuatu yang terbaik”, kerana tuhan Maha Mengetahui. Apabila tuhan telah memutuskan “sesuatu yang terbaik” kepada makhlukNya, bermakna tuhan sedang melimpahkan rahmatNya kepada makhluk itu.
Mungkin selepas ini, ketika disoal oleh kaum keluarga dan sahabat-handai, “kenapa masih belum berumahtangga lagi?”, jawapan yang sesuai adalah, “semua ini adalah rahmat Allah.”
* jawab macam ni dgn my luvly mummy pasti lebam telinga..haha
Posted by kima_(0_0) at 6:15 PM 0 comments
Kenapa Perlu Berusaha Sedangkan Semuanya Telah Ditentukan?
Kenapa perlu susah-payah jika semuanya telah pun ditakdirkan? Kenapa harus kecewa sebelum bertemu gembira? Kenapa si dia tidak datang begitu sahaja?
Begitu juga para sahabat nabi, mereka pernah bertanyakan soalan yang hampir sama lebih 1400 tahun yang lalu.
Menurut Ali Abi Talib, pada suatu hari ketika para sahabat sedang menghadiri satu pengkebumian, Rasulullah datang dan duduk berhampiran. Para sahabat kemudian duduk mengelilinginya. Beliau menggenggam sebatang kayu kecil sambil menggores-gores tanah. Rasulullah kemudian bersabda, “Setiap daripada kamu yang diciptakan telah pun ditentukan neraka atau syurganya.” Bertanya salah seorang sahabat, “Kalau demikian, apa perlunya kita beramal ya Rasulullah?”
Mendengar sedemikan, Rasulullah bersabda lagi, “Beramallah, setiap orang akan dipermudahkan oleh Allah kepada jalan yang telah ditetapkan oleh-Nya.” Kemudian beliau membaca surah Al-Lail ayat 5 hingga 10” [1]
Di dalam surah Al-Lail ayat 5 hingga 10, Allah telah berfirman, “Adapun orang yang memberikan (menafkahkan hartanya) apa yang ada padanya ke jalan kebaikkan dan bertakwa (mengerjakan suruhan Allah dan meninggalkan segala laranganNya). Dan dia mengakui dengan yakin akan perkara yang baik. Maka sesungguhnya Kami akan memberikannya kemudahan untuk mendapat kesenangan (syurga). Sebaliknya orang yang bakhil (daripada berbuat kebaikkan) dan berasa cukup dengan kekayaan dan kemewahannya. Dan dia mendustakan perkara yang baik. Maka sesungguhnya Kami akan memberikannya kemudahan untuk mendapat kesusahan dan kesengsaraan. ”
Begitulah penjelasan nabi ke atas pengertian takdir dan amalan manusia. Beliau tidak menyuruh para sahabat mempersoalkan ketentuan tuhan, sebaliknya menyuruh mereka memberi fokus kepada usaha dan amalan semata-mata.
Firman Allah di dalam Surah Al-Mulk ayat 2, “Dia lah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) – untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya;”
Hidup ini adalah untuk berusaha dan beramal, bukan untuk mempersoalkan takdir. Jangan ditanya, “kenapa perlu mencari si dia sedangkan si dia telah pun ditentukan” sebaliknya tanyalah diri sendiri “apakah usaha yang telah dicurahkan di dalam perjalanan mencari si dia.”
Posted by kima_(0_0) at 6:10 PM 0 comments
lelaki dan rokok..
sesetengah lelaki dan rokok ibarat periuk dan nasi, kuku dan kaki, air dan ikan... emmm, banyak lagi la... Semua tu x penting, yang penting adalah sejauh mana seseorang lelaki meminati rokok?.. Atau sesetengah orang memanggil lelaki "Hamba Rokok"..
dulu aku pernah tanye pendapat seorang kwn dan ini ceramah yg aku dpt..hehe jom bace ek..
"Aku x berapa setuju dengan segala gelaran yang diberikan sebab aku adalah perokok yang tegar!.. bukan aku nak membela atau melawan apa yang telah ditetapkan... Tapi, aku tak mampu tinggalkan tabiat merokok nih!.. hahaha... Bercakap bagi kaum lelaki yang merokok.... Bayangkan la da bertahun-tahun bersama rokok, susah bersama senang...apatah lagi... Mungkin sesetengah perokok paham perasaan aku... Aku bukan xnak benti merokok... Buat masa sekarang, aku tak mampu... Haaa... Bukan bermaksud aku menghambakan diri kepada rokok... Rokok ibarat pencuci mulut selepas makan... Kalo dah biasa dihidangkan dengan pencuci mulut, tak senang nak tinggalkan tabiat nih!.. Huhu... Apa pandangan orang terhadap perokok?.. aku rasa x teruk kan... Seorang perokok pon mampu lakukan kerja yang dilakulan oleh lelaki yang tidak merokok... Seorang perokok juga mampu untuk menjaga keluarga... Seorang perokok juga mampu berjaya...
Kalau pasal pendek umur, aku xnak komen papa... Sebab ajal maut ditangan tuhan... Memang merokok menyebabkan bahaya kepada kesihatan dan orang sekeliling... Aku tak nafikan... Tapi kalau itu seseorang tu nak, kita tak leh paksa... Setiap orang ada hak dan harus mencorak sendiri warna kehidupan"
but in my opinion:Kita x boleh mengubah... Tapi kita boleh berfikir... Hitam tak sama dengan putih!!...
Posted by kima_(0_0) at 5:44 PM 0 comments
Wednesday, January 12, 2011
stress..
mlm ni sy kne kacau lg dgn cal mamat sewel tu..
entah kenape die btl2 bt sy serabut..
then akhirnye sy hanye diam..
nangis pn x coz sy rase x berbaloi..
Posted by kima_(0_0) at 10:39 PM 0 comments
adventure wif cik terompah merah..
hari ni setengah hari aku menemankan cik terompah merah utk mcari sekolahnye..SK SRI PETALING..ok utk pengetahuan korang,cik terompah yg aku mksudkan adalah bestfren aku dlm KPLI ni..azniza ismail..die ble dikatekan satu pale ngan aku..kalo kite org duk bdue mmg gamat je ngan gelak x btol..hehe even baru stgh thun ktrg kwn tp rmi yg curious and assume aku da knal die since time degree..hehe
but mmg aku hepi kwn dgn die coz ktrg ble tolerate in anything..LAP U MY SQUIDWARD..hehe
ok kte smbg blik hal section 14..pas aku da guide utk route ke sek..then ktrg lepak jap kat digital mall survey cover netbook + mp3 utk cik terompah..time utk balik tibe cik terompah ckp nk mulekan adventure cri lrt asia jaya jalan kaki..
haha..dgn kaki yg x brape nk ok ni aku gagahkan jgk tp agak fun coz ade je bnde mengarut trg borak,so xdela bosan..last2 ktrg dpt mencari..hehe b4 blik ktrg lepak dlm surau dkt LRT then kat cni blaku lg hal kenegaraan..coz time2 ade sorang cleaner dari indon ni marah sbb aku duduk slh tempat tp part lawak aku ni blur je smcm..da kne mrh 2 3 kali aku ttp bt derk..haha ni kali ke 2 aku jd blur je bile ne mrh..yg kesian adalah cik terompah coz die btl2 x puas hati dgn makcik2..hehe sbr ye cik terompah dan thanx utk tlg geram..;p
k,smpi cni dlu ek..my perut da mtk di isi..hehe n it's time 4 onepiece..=)
Posted by kima_(0_0) at 8:51 PM 2 comments
preparation 4 practicum..nervous mode..
agak lmbt update blog lately ni coz byk hal nk kne setel kan utk practicum..cerita hal practicum..ni merupekan kali ke2 aku deal dgn hal cmni coz time degree dlu aku da join PNB utk 3months jgk tp dlm degree aku..PR..
untk diploma ni practicum aku deal dgn SK (1) ALAM SHAH..huhu ntah cne rasenye..even aku da pnh ngajar private school but feeling og nervous still maintain..hehe
but hopefully i'll manage to handle it..pray 4 me k..=)
after 3months practicum then get back 2 IPBA 4 exam then induction course..then proceed wif sbp interview then posting..huhu too many stages need to handle to be a TEACHER..but never mind,i'll try my best..
cite hal posting,HEP juz inform that chances aku utk going back to my hometown really low..so they juz suggest aku apply johor..huhu pk punye pk,aku on kan button to johor..coz it better than SABAH SARAWAK..waaa kamek sik mau..hehe
k,smpi cni dlu k..mau mandi coz bgn tdo trus update..hehe bubye
Posted by kima_(0_0) at 8:11 PM 0 comments
Saturday, January 8, 2011
tanah,air,api,angin..
Mungkin tidak ramai di antara kita yang pernah mendengar bahawa kita mempunyai beberapa sifat yang dipengaruhi oleh unsur-unsur alam seperti tanah,air,api dan angin.Perkara ini merupakan petua orang-orang Melayu bagi memilih pasangan.
Bagi lelaki yang berunsur api elakkan dari memilih pasangan yang mempunyai unsur sepertinya.Penentuan unsur seseorang ditentukan melalui sanak ke berapa dalam keluarga.
1. TANAH- anak pertama,kelima,kesembilan
2. AIR-kedua ,keenam,kesepuluh
3. API-ketiga,ketujuh,kesebelas
4. ANGIN-keempat,kelapan,keduabelas
WANITA BERUNSUR TANAH
Tanah yang subur mampu membuahi tanaman yang hijau dan mekar.Wanita yang bersifat tanah biasanya mempunyai sifat-sifat seperti :
* Rendah diri di hadapan suaminya serta hormat dan patuh,setia serta rela berkorban demi kasih sayangnya kepada suaminya
* Sebahagian sifat tanah,wanita jenis ini tidak cerewet,tidak suka bercakap meninggikan diri,tidak menyombong dan bukan seorang pemarah
* Tenang dan mengamankan jiwa suami,selalu memberikan galakkan dan sokongan dan tidak suka membantah atau membangkang
* Orang yang berperawakan manis dan lemah lembut,pembersih dan sentiasa menjaga kecantikan untuk suaminya
WANITA BERUNSUR AIR
Air sifatnya bersih dan suci,sejuk,nyaman serta menghilangkan dahaga.Air juga sifatnya mencambahkan benih,menyuburkan serta menyegarkan.Wanita bersifat air mempunyai ciri-ciri seperti berikut :
* Menghidupkan hati suami menjadikan suami sentiasa bersemangat
* Mengambil berat tentang suami dan kebajikan anak-anak serta tidak membiarkan anak-anak dibawaa harus hidup
* Hatinya bersih serta boleh membahagiakan suami dan anak-anak
* Menenangkan hati suami bila suami menghadapi masalah
WANITA BERUNSUR API
Api sifatnya panas dan membakar tapi menerangi kegelapan malam.Ia juga menghangatkan kedinginan malam serta digunakan untuk memasak.Wanita bersifat api :
* Cintanya sentiasa hangat membara kepada suami serta kuat cemburu
* Cergas dan cepat dalam gerak laku menjadikan dia seorang yang cekap dalam menguruskan rumah tangga
* Penasihat yang baik kepada suami
* Pandai dan cekap menguruskan rumah tangga.Pandai menghias diri agar kelihatan cantik dan menarik dihadapan suaminya
* Sentiasa waspada dan cepat bertindak bagi menyelamatkan keadaan
WANITA BERUNSUR ANGIN
Angin meredakan kehangatan,menjadi sumber tenaga.Wanita berunsur angin :
* Mempunyai sifat yang lemah-lembut dan menyenangkan suami
* Mudah disukai ramai
* Tidak suka membantah,malah cukup mendengar kata
Posted by kima_(0_0) at 6:29 PM 1 comments
Thursday, January 6, 2011
felinophobia..
A phobia is an intense and irrational fear. One type of phobia is felinophobia - the fear of cats. Individuals who have felinophobia avoid cats whenever possible. When they see or have the anticipation of being near a cat, they can become very afraid. This fear may manifest itself in many physical and emotional symptoms including: nausea, feelings of panic, anxiety, difficulty breathing, sweating, and the feeling that something bad will happen as a result of being in the presence of a cat.
Individuals suffering from felinophobia usually avoid places in which they know cats will be present, such as pet stores and shelters and friends’ houses that have cats. If they see a cat on the street, they may be paralyzed in fear.
Seemingly baffling is the fact that most individuals who suffer from felinophobia are not afraid of cats scratching or otherwise hurting them. Rather, they are scared of contact with the cat at all - they are afraid the cat will nuzzle, rub up against them, or jump in their lap.
The cause of felinophobia is not clearly understood, but some researchers believe that there may be a genetic link. Sometimes, felinophobia may also occur in response to a traumatic event involving cats.
If you know someone with felinophobia, the most important thing you can do to help him or her is to take the fear seriously. Don’t make fun of him or her and don’t try to talk him or her out of the fear; these things will not help, and often leave the individual feeling misunderstood and invalidated.
If you know someone with felinophobia who refuses to come to your home because you have a cat, offer to meet him or her at a neutral place where there are no cats or offer to come visit him or her instead. Don’t pressure your friend or family member to come to your house if you have a cat.
Felinophobia is a real fear that needs to be taken seriously. If you suffer from felinophobia, you may seek treatment with cognitive-behavioral therapy and very gradual exposure therapy to combat the fear - if and when you are ready.
haha..malu2 but i need to admit it..SAYA TAKUT KUCING..huhu
Posted by kima_(0_0) at 1:33 PM 0 comments
lelaki dan bola..
Salam buat semua...sedang tengok perlawanan bola ker ? Pasti ramai yang sedang duduk tak berganjak dari depan tv tu kan ? Ramai juga kot yang turun ke stadium menonton secara langsung . Ada orang kata kalau kita tengok bola kat stadium feel dia lagi lebih , yer ke ???
Bagi wanita macam sy ni , xdela tlalu fanatik tp still jgk la melayan..hehe rite cesc fabregas???hehe.. So..kalau orang ajak pergi tengok perlawanan bola kat stadium..mmg on aje . Tapi ada ke lelaki yang tak minat bola ? Setahu sy..lelaki paling minat bola , sampaikan sanggup bersengkang mata nak tengok bola sampai jam 2-3 pagi .bagi saye hal lelaki dgn bola ni sbnrnye bkn isu besar coz juz2 minat die..juz imagine kalo die playboy, ha tu lagi parah kan..hehe so better support je minat die..ala 90minit je pn utk satu game hehe;p
Perempuan kaki apa yer ? kaki masak ? Kaki shopping kot ? haha..apa pun..lelaki dan bola tak dapat di pisahkan....kalau tak pandai main bola orang panggil kaki bangku kan..hehe
Posted by kima_(0_0) at 12:17 PM 0 comments
workshop..
tepat jam 1142..da hmpir 4jam tpakse berkematu ats kerusi..semua students da mcm cacing kepanasan..bosan teramat tp ttp ade fun..korang byangkan sebut twelve pn kne ade style..siap kne lentokkan bahu..hehe
ni br slide objektif tp da melencong smpi ke sabah..huhu ntah bile la nk proceed ke next slide..sgt2 stress tp layan kan aje..zasssss;)
430 br abis then ne proceed utk setel kan portfolio keje kursus TESL..cerita bab tesl ni serius aku teramat la nervous..huhu name mmg la gah tp bile da masuk mcm2 nk kne expert..part paling best bile blaja sebutan atau pn phonetics..hehe tgeliat lidah dibuatnye..
pejam celik da hmpir setengah tahun aku dlm KPLI..mcm2 da lalui..camping,masuk paya bakau..berteman dgn nyamuk..hehe sume da rase tp sepanjang kpli ni jgk due kaki da tseliuh dan yang paling teruk kes ligamen koyak baru ni..lg 6bln baru nk sembuh..
alamatnye pergi kenduri kwn2 nanti still ne jln cm gary dlm cite spongebob..hehe
cerita hal kahwin,aku still on mogok dgn my mummy tp xdela gaduh juz aku diamkn aje..still ne behave sbgi anak yg baik ok..hehe aku faham die sunyi tp juz aku ne usahe convince utk die phm condition aku skrg..sape yg xnk kawin kan tp paling penting aku nk cari seseorg yg btl2 ble terime aku dan kau terime die seadenye..
lagipn aku ni still agak conservative..hehe means aku mmg xkn approach lelaki utk aku btau aku suke atau fall in luv wif him..huhu tp rasenye x slh kn aku jd conservative from dat aspect..ape pendapat korang???
hehe..k,smpi cni dlu..nnt bosan kite sambung lg..jom relax bersama kit kat..;)
Posted by kima_(0_0) at 11:41 AM 0 comments
Tuesday, January 4, 2011
menangis..
malam ni sy x tau nk update pasal pe..
tp sy btl2 sedih dan serabut..
sy bingung..
sy keliru..
dan akhirnye saye hanye menangis..
Posted by kima_(0_0) at 10:26 PM 0 comments
cikgu x datang sekolah..
Cikgu juga manusia biasa ciptaan tuhan. Status sebagai pendidik dan antara yang berkuasa di dalam kawasan sekolah tidak menjamin yang seseorang cikgu itu kebal. Maksud kebal di sini ialah ‘daya tahan melawan penyakit’. Sering kita tahu murid murid sekolah tidak hadir ke sekolah beralaskan alasan yang mereka tidak sihat. Begitu juga seorang insan yang bergelar cikgu.
Dulu dulu semasa bersekolah rendah, kalau cikgu tak datang sekolah…
1- Murid murid semua akan jerit Yeiii!!! sambil menyanyikan lagu ‘kalau anda gembira tepuk tangan’. Apa taknya, cikgu tu sorang boleh ajar semua matapelajaran. Dialah yang mengajar Bahasa Melayu, Matematik, Alam dan Manusia dan lain lain kecuali Bahasa Inggeris dan Pendidikan Agama Islam. Maka bila cikgu tak datang sekolah, kebarangkalian murid murid dapat cuti free sangatlah tinggi.
2- Walaubagaimanapun, mimpi bahagia iaitu cuti free yang diharap harapkan mungkin bertukar menjadi mimpi ngeri bila ada cikgu lain yang ‘free’ masuk ke dalam kelas dan menggantikan cikgu yang cuti. Masa ni rasa hampa sungguh. Planning budak lelaki nak main tutup oren kat atas meja cikgu terbantut begitu sahaja. Meja cikgu besar, jadi bila jentik tutup oren tu takde lah jatuh ke bawah. Budak perempuan yang dah bersiap sedia nak main batu seremban menggunakan perca kain yang diisi kacang hijau juga hampa.
3- Tapi kadang kadang cikgu ganti tu pun ada masa sekejap je. Jadi, dia akan masuk dalam satu ke dua waktu je. Jadi peluang untuk bermain masih tinggi.
4- Namun disangkakan panas hingga ke petang rupanya hujan di tengahari, bila guru besar masuk ke dalam kelas dan buat pengumuman… “Sila kemaskan beg beg kamu. Angkat kerusi masing masing dan masuk ke kelas lain”. Arghhh tensionnya masa ni. Dah lah tak boleh nak main, kena duduk menumpang kat kelas lain pulak sepanjang hari. Paling tak best bila kena berpecah dengan member member sekelas yang kamcing. Aku masuk kelas lain, kau masuk kelas lain.
5- Masa ni memang dah dapat rasa macam mana perasaan pendatang pendatang haram yang duduk kat Malaysia ni, bila aku terpaksa menumpang di kelas lain. Murid murid kelas lain pandang dengan tajam je macam mata helang nak terkam mangsa. Kerek sungguh. Jagalah kau, bila cikgu kelas kau tak datang pulak dan masa tu kau nak menumpang kat kelas aku, masa tu kau tahulah langit tu tinggi ke rendah, kataku dalam hati sahaja.
6- Tapi dalam banyak banyak kejadian menumpang di kelas orang lain masa sekolah rendah tahun 1988, ada sekali aku budak kelas 5 Bakawali, Sekolah Kebangsaan Rengas Bekah terpaksa menumpang di kelas 5 Ros. Di sinilah pertemuan aku dan si dia…jeng jeng jeng (saspen). Adakah BAKAWALI dan ROS dapat bersatu??? (saspen sekali lagi
Posted by kima_(0_0) at 2:35 PM 1 comments
Monday, January 3, 2011
ponteng sekolah..
Bukan aku budak yang nakal nak ponteng sekolah suka suka. Aku seorang anak yang soleh di rumah..konon la kn..hehe. Aku pelajar yang baik di sekolah kesayangan guru guru, ustazah dan teacher. Masakan tidak, sebagai bukti aku telah dilantik sebagai pengawas. Cuma di hujung hujung tahun, bila sudah tamat peperiksaan, tak banyak benda yang boleh dibuat di sekolah. Paling kuat main kejar kejar "polis sentri, want to jaga, polis mata pencuri jaga". Hari hari main benda yang sama budak sekolah rendah pun boleh naik bosan. Oleh yang sedemikian, ada baiknya aku duduk di rumah tengok tv diam diam.
Antara teknik nak ponteng sekolah ialah:
1- Cakap pening kepala kat Emak.
2- Cakap sakit perut kat Emak.
3- Yang paling hebat, berterus terang dengan Emak yang kat sekolah dah takde belajar.
Disebabkan keputusan exam aku tak mengecewakan, Emak kadang kadang memberi sedikit kelonggaran. Sedikit sahaja bukan banyak! Diulang sekali lagi, sedikit sahaja bukan banyak! Tambahan dengan alasan kukuh yang kelas dah tak dijalankan selepas peperiksaan tamat, hanya nak tunggu keputusan periksa sahaja.
pernah sekali mase di sek men aku terkantoi..mase2 akal still lg kurang bijak..hehe aku terkantoi dgn pk hem dan die mtk utk jupe parents..dlm hati hanye tuhan yg tahu..tp sbb aku mmg ank ayah,so dlm mood nervous aku mtk ayah ke sek..kalo dgn mak mmg 7hari la ne bebel..hehe
ms di dpn pengetua,aku di minta utk bace surat akujanji yg mengatakan aku tidak akn ponteng lg..mase2 ayah aku tahan nk tgelak tgk aku bace terketar2..haha
Dan selepas beberapa kali tak datang sekolah, akhirnya aku insaf dan menyesal...hehehe
Posted by kima_(0_0) at 10:27 PM 0 comments
bdk punk n atuk..kwang3
mood bgn tdo ngah mamai tp still nk update..tp aku nk share ngan korang cite x brape nk btl ni..
Seorang orang tua sedang duduk di kerusi di sebuah taman bunga sambil menikmati udara petang.. Tiba-tiba seorang anak muda bergaya punk duduk di sebelah si atok tersebut…
Rambut anak muda itu dicat kuning dan hijau, sementara rambut-rambut yang berdiri dicat jingga dan ungu. Di sekeliling matanya diwarnakan hitam. Orang tua itu lama menatap si punk tersebut…
Merasa terganggu dengan tatapan orang tua itu.. pemuda punk itu bertanya.. “Eh, pakcik.. kenapa tenung saya macam tu..? apakah dulu waktu muda pakcik tidak pernah buat kerja yang gila-gila?”
Setelah menarik nafas panjang… orang tua itu menjawab.. “Tentu saja pernah. Dulu aku pernah mabuk teruk..
dan ketika mabuk itulah aku merogol seekor burung kakatua. jadi sekarang ini aku keliru… jangan-jangan kamu adalah anakku.”
Posted by kima_(0_0) at 6:43 PM 0 comments
Sunday, January 2, 2011
syurga cinta..
sedang aku leka menyusun kad2 kawin kwn2..aku teringat satu dialog dlm st filem..
"Jodoh dari Allah-kite bertemu dan akhirnya jatuh cinta.. dan kite segera menghalalkan hubungan ini itulah namanya "SYURGA CINTA"
aku terfikir yang kisah lama aku selama 6 thn mungkin satu pengajaran utk diri aku sdiri..dan sekarang aku mencari sesuatu yang baru..SYURGA CINTA=)
Aku mencari syurga cinta dalam kehidupan ku kerana itu impianku. Syurga cintaku mungkin berbeza dengan kisah cinta insan lain mungkin juga sama tetapi tetap berbeda. Yang ku harapkan adalah cinta yang unik dan berlandaskan syariah islam yang pasti cantik dan indah. Syurga cintaku walau hanya biasa-biasa, tidak dipandangan selalu, tiada bicara yang kerap kedengaran, tiada khabar yang selalu dikirimkan, hanya menyemai rindu tetap juga cinta itu mekar dihati. Syurga cintaku mungkin tidak perlu diucapkan tetapi dapat di rasa di dalam hati betapa indahnya cintaku ini.
Bila hatiku terdetik ketika memandang dia itu tandanya dia punya ciri yang aku cari biarpun bukan semua ciri itu ada padanya. Dia tidak perlu sempurna tetapi cukup mendamaikan hatiku saat aku memandangnya. Dia bukanlah insan yang hanya tahu berjanji sedangkan masa depan tidak pernah dia ketahui apa yang akan berlaku. Cukup sekadar dia tahu tanggungjawabnya dan berusaha memberi yang terbaik kepada sri kandi cintanya ini dan permata hatinya. Boleh memimpin dan membimbing keluarganya untuk lebih mencintai ALLAH. Yang selalu mengingatkan aku kepada kebaikkan dan bukan mendorong aku kepada keburukkan.
Syurga cintaku akan berputik saat aku diminta dan mendapat keizinan daripada waliku. Kebenaran itu bukan lesen untuk dia memulakan langkah yang salah. Kesabarannya untuk memilikiku, keyakinannya untuk bersamaku pasti diiringin dengan redha terhadap qada' dan qadar ALLAH. Dia percaya walau apapun yang berlaku dalam tempoh menuju syurga cinta ini itu adalah suratan dan mungkin terbaik buat kami.
Syurga cintaku akan terus subur saat ijab dan kabul selesai dilafazkan.
Posted by kima_(0_0) at 12:48 PM 0 comments
lampu kereta punya angkara..
Ada seorang jurutera bernama JuruteraX bekerja di sebuah syarikat pengeluar kereta. Dia bertugas di bahagian pembuatan lampu kereta. Pada suatu hari, dia bersama-sama sekumpulan jurutera ditugaskan untuk mereka bentuk sebuah kereta baharu untuk dikeluarkan oleh syarikat itu. Tugas pertama mereka adalah menghasilkan prototaip kereta tersebut.
Dia telah menerima tugas untuk membuat lampu bagi prototaip kereta tersebut. Setelah kerja-kerja mereka bentuk dan pembuatan lampu selesai, tibalah masanya untuk dia bersama-sama kumpulan jurutera yang lain untuk menggabungkan bahagian-bahagian yang ditugaskan kepada mereka untuk dijadikan sebuah prototaip kereta. Setelah semua bahagian digabungkan, kini tiba masanya untuk jurutera kawalan kualiti atau dalam bahasa Inggeris ialah quality control engineer (QC) untuk menjalankan tugasnya.
Setelah diperiksa semua bahagian kereta, didapati sambungan (attachment) antara badan kereta dan lampu kereta tersebut tidak mengikuti spesifikasi yang dikehendaki iaitu jarak antara kedua-dua bahagian itu melebihi jarak maksimum yang dibenarkan. Kemudian QC memanggil semula jurutera yang bertanggungjawab terhadap reka bentuk dan pembuatan badan kereta dan lampu untuk membentangkan semula lukisan bahagian masing-masing. JuruteraX juga terlibat dalam pertemuan ini. Setelah dikaji semula didapati bahawa kedua-duanya mengikuti spesifikasi yang telah ditetapkan. Tiada siapa yang boleh dipersalahkan.
Perbincangan berterusan, dan kemudiannya mendapati bahawa bahagian pembuatan iaitu mesin yang memproses pembuatan bahagian kereta yang bermasalah itu yang menjadi penyebab mengapa sambungan antara badan dan lampu tidak memenuhi spesifikasi. Kemudian berbincanglah antara kedua-dua jurutera untuk mengalah, bahagian siapakah yang perlu diubah suai untuk memenuhi spesifikasi kereta yang dikehendaki. Akhirnya, bahagian lampu yang mengalah kerana kos untuk mengubah suai mesin memproses badan kereta lebih tinggi daripada memproses lampu kereta. Setelah berjaya memenuhi spesifikasi, akhirnya kereta itu dikeluarkan ke pasaran.
Seminggu selepas kereta itu dikeluarkan ke pasaran, ada seorang pelanggan telah mengadi akan masalah yang timbul pada kereta baharu itu. Setelah aduan sampai ke pihak atasan, jurutera jaminan (warranty engineer) datang semula ke pusat penyelidikan dan pembangunan untuk menyampaikan aduan pelanggan tersebut dengan membawa sebuah lampu. JuruteraX yang melihat kehadirannya berasa berdebar kerana masalah kereta itu datangnya dari bahagian yang dia telah dipertanggungjawabkan. Kemudian, masalah kereta itu dimaklumkan kepada JuruteraX.
"Orang ini, Mr. Chong mengadu yang lampu keretanya telah masuk air"
JuruteraX mula bimbang sekiranya ubah suai yang dilakukan kepada mesin pembuat lampu semasa menyiapkan prototaip dulunya yang menjadi punca kepada masalah ini. Lalu, dia memanggil semula semua jurutera yang terlibat dalam reka bentuk dan pengeluaran lampu kereta itu hatta ada di kalangan mereka telah berhenti dari syarikat pengeluar kereta itu.
Setelah dikaji semula, semuanya mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan. JuruteraX bingung. Kemudian, dia meminta punca kepada lampu kereta milik Mr. Chong itu masuk air. Menurut Mr. Chong, dia selalu memanaskan enjin keretanya. Kemudian, pada suatu hari, selepas memanaskan enjin kereta, dia membasuh keretanya dengan menjirus air terus pada lampu keretanya. Kemudian, dia mendapati yang lampu keretanya berwap. Ditunggunya selama satu minit, wap air tidak hilang, ditunggu sehingga tiga minit, wap air tidak juga hilang.
Setelah mendapat tahu puncanya, JuruteraX kembali ke kilang pengeluar lampu kereta tersebut dan mendapati bahawa lampu itu memang dikeluarkan mengikut tahap kualiti sama seperti jenama Mazda dan Honda. Semuanya menjadi bingung. Akhirnya, jawapan yang dicari-cari telah diperoleh. Lampu yang dikeluarkan itu mengikut kualiti Jepun iaitu wap air yang ada dalam lampu itu hanya akan hilang selepas 30 minit. JuruteraX berasa lega kerana lampu itu memang tidak bermasalah. Kemudian, JuruteraX mencadangkan kepada pengurus untuk mendidik pengguna akan hal ini.
Untuk menyenangkan hati Mr. Chong, syarikat pengeluar kereta itu sanggup untuk memberikan satu tiket penerbangan percuma kepada Mr. Chong untuk melawat ke kilang pengeluar lampu tersebut. JuruteraX bersama beberapa jurutera lain pula hanya menaiki kereta sahaja untuk ke kilang tersebut dengan bertolak seawal 4.00 pagi. Apabila mereka sudah sampai di kilang tersebut, tunggu punya tunggu, Mr. Chong tidak juga muncul-muncul. Apabila mereka menelefon Mr. Chong, mereka mandapati bahawa Mr. Chong tidak dapat hadir, dan meminta utuk lawatan pada hari lain bersama-sama ahli keluarganya. Permintaan ditolak. Akhirnya, kes ditutup.
Pada suatu hari, dalam satu perjumpaan jurutera-jurutera yang membuat kereta tersebut, CEO kepada syarikat itu hadir bersama. CEO itu hanya diam sahaja semasa mesyuarat itu dijalankan untuk mendengar perbincangan semua jurutera tersebut. Pada akhir mesyuarat, CEO itu mengarahkan kepada semua jurutera untuk menghasilkan lampu yang mampu untuk menghilangkan kabus dalam lampu tersebut dalam jangka masa yang dikehendaki oleh Mr. Chong. Kemudian, satu projek dimulakan dengan dinamakan Projek Chong.
Setelah sekian lama, projek itu tidak pernah berjaya. Malah, kini JuruteraX kini tidak lagi berkhidmat di syarikat tersebut dan setelah beberapa kali bertukar jurutera, lampu yang diminta oleh CEO itu tidak pernah berjaya dihasilkan. Kerana pulut santan binasa, kerana Mr. Chong jurutera binasa.
apa kata anda??
Posted by kima_(0_0) at 12:19 PM 0 comments
en.engineer..jom jadi cam al.jazari..=)
Al-Jazari merupakan seorang ilmuwan Islam yang tersohor dalam bidang kejuruteraan mekanikal dan robotik. Nama penuh beliau adalah Abu al-Ismail Bin al-Razaz al-Jazari. Al-Jazari dilahirkan 300 tahun sebelum Leonardo Da Vinci atau lebih tepat lagi pada tahun 1136 Masihi . Gelaran al-Jazari diambil sempena nama tempat kelahiran beliau, iaitu di Al-Jazira.
Kisah kehebatan al-Jazari sebagai jurutera agung bermula apabila datuknya sendiri mengesan bakat al-Jazari di sebuah Ladang kurma milik keluarga mereka. Memang sudah menjadi rutin, untuk al-Jazari menolong datuknya di ladang kurma jika ada kelapangan. Sewaktu al-jazari sedang berehat, beliau bermain dengan model mekanikal yang diciptanya sendiri menggunakan buluh dan serangga.
Datuknya terpegun melihat cucunya yang masih kecil mampu mencipta sebuah mini model mekanikal yang berkonsepkan kincir air seperti yang terdapat di kebun itu. Walaupun rekaan mini model itu nampak terlalu ringkas pada mata kasar, tetapi datuknya mengerti yang al-Jazari sedang mengkaji dan mencipta setiap gerakan mekanikal.
Rupa-rupanya tindakan al-Jazari yang sering bereksperimentasi itu kurang di senangi oleh bapanya sendiri. Bapanya menganggap tindakan al-jazari itu suatu perkara yang sia-sia. Namun si datuk yang lebih berpengalaman memberitahu kepada bapa al-Jazari, “kamu tidak perlu melarang anakmu mempelajari ilmu itu, kerana dia akan menjadi ilmuwan yang berjasa kepada masyarakat di masa akan datang. Ilmu yang sedang dikaji oleh anakmu itu adalah ilmu mekanikal. Ilmu mekanikal ini dipelopori oleh keluarga Musa Bin Shakhir pada zaman khalifah Harun al- Rashid. Mereka menterjemah buku-buku Yunani dan mengasaskan ilmu mekanikal. Mereka mencipta teori dan seratus alatan mekanikal bagi menggerakkan benda. Mereka membukukan gambar rajah dan maklumat mengenai cara-cara menggerakkannya. Antaranya ialah kincir air dan takal. Dengan ilmu mekanikal ini juga pekerja binaan dapat membina lebih banyak kubu dan kota”. Terdiam bapa al-Jazari mendengar penjelasan yang panjang lebar itu.
Peristiwa di ladang kurma itu memberikan impak yang besar pada diri al-Jazari. Keinginan untuk mendalami ilmu mekanikal semakin membuak-buak ditambah pula dengan sokongan padu yang diberikan oleh datuknya. Selain itu, beliau sudah menghafal al-Quran, Hadis, mendalami Bahasa Arab dan ilmu agama.
Hasil dari kajian dan penyelidikan secara terperinci, al-Jazari telah menulis dua buah buku. Kitab ‘Fi Marifatil Hiyal al-Handasiyyah’ iaitu buku Perkakas Mekanikal Pintar dan “kitab al-Hiyal Fil Jam Bainal ilm Wal Amal” iaitu pertautan antara ilmu dan amali menerangkan tentang ilmu mekanikal.
Bukunya dianggap sebagai manuskrip terkenal di dunia di tambah pula dengan ilustrasi yang mengagumkan di dalam buku tersebut. Malah, ada yang mengatakan kitab-kitab beliau pernah dibaca dan dikaji oleh Leonardo Da Vinci. Ini kerana para penyelidik UKM berpendapat besar kemungkinan Leonardo dipengaruhi oleh tulisan Al Jazari kerana terdapat bukti interaksi di antara Leonardo da Vinci dan Empayar Ottoman dimana Al Jazari tinggal. Al-jazari mendapat gelaran Bapa Kejuruteraan Moden kerana kajiannya menjadi asas kepada perkembangan teknologi industri. Beliau meninggal dunia pada tahun 1206 Masihi di Diyar Bark, tenggara Turki.
Sumbangan
Walaupun nama al-Jazari cuba dipadam dari dunia kejuruteraan mekanikal dan robotik oleh orientalis barat, namun sumbangannya yang begitu besar dalam bidang ini masih dapat dihidu apabila kumpulan dokumentari dari USA History Channel yang membuat kajian tentang alat ciptaan al-Jazari. Rancangan dokumentari tersebut pernah disiarkan di USA pada awal tahun 2007.
Roda Air Bergear
Sistem gear pertama dicipta Al-Jazari merupakan sistem gear pertama yang berfungsi mengubah pengaliran air ke arah horizontal bagi mengendalikan sebuah pam penyedut. Gear ini adalah yang terpenting dalam sistem tali air Al Jazari dikenali sebagai pam penyedut hidraulik pertama kali digunakan. Agak malang sistem gear dan hidraulik diperkenalkan oleh Al Jazari tidak diberikan pengiktirafan dalam dunia kejuruteraan sebagaimana beberapa orang saintis seperti Sir Isaac Newton dan Leonardo da Vinci, sedangkan mereka hanya menyumbang teori sahaja . Al-Jazari membina sistem bekalan airnya itu 200 tahun sebelum Leonardo da Vinci dilahirkan. Ini sekaligus menolak anggapan berkurun lamanya bahawa Leonardo da Vinci (1452-1519), seorang ahli pencipta yang disanjungi dunia dan dianggap sebagai orang pertama mencipta dan menggunakan gear hidraulik dan mekanikal.
Jam Gajah
Antara ciptaan lain Al-Jazari yang popular ialah jam gajah iaitu sebuah jam automatik pertama yang digerakan dengan menggunakan kuasa air. Ia telah dapat menunjukkan waktu dengan tepat mengambil kira masa yang tidak sama bagai setiap hari dalam setahun. Jamnya itu juga mempunyai lembaga seperti robot yang memukul simbal serta juga burung buatan yang berbunyi setiap kali masuk waktu tertentu.
Else
Al Jazari juga berminat dengan hal-hal kesenian. Ini kelihatan dari beberapa ciptaan lainnya seperti ‘sampan berlagu’. Keseluruhannya al-Jazari telah mencipta dan membina 50 buah peralatan yang berfungsi. Kaedah dan berbagai prinsip yang digunapakainya itu telah digunakan dalam pembangunan teknologi baru termasuk yang terdapat dalam kereta mahu pun di kilang-kilang pembinaan.
Posted by kima_(0_0) at 12:00 PM 1 comments
Saturday, January 1, 2011
gedegang!!
"along, ape nama mesin jual air yang selalu ada kat kedai tu, ala yang masuk duit tu.. "
"Owh..mesin air gedegang ke ?? "
"Haa betul la tu... Tapi nak nama sainstifik dia la..nak cari supplier ni"
"Owh.. Ape ek nama dia ek..lupe la.. Alaaaa..apebenda la name die, siyes lupe" <---sambil mengoogle
"Ok jumpe dah.. vending machine la, susah tul nak ingat..huhu"
Kalau cakap vending machine agak-agak semua orang tau tak apa tu? Tapi kalau cakap mesin air gedegang, comfirm ramai yang tau kan.. Budak kecik pun tau..huhu.. Itu la kita, sesuka hati je bagi nama kan.. Sampai nama komersial dia pun tenggelam dek nama glamer mesin gedegang..huhu
Ingat lagi masa kecik-kecik dulu, pantang nampak mesin gedegang ni, mesti nak beli punye. Minum habis ke tak habis belakang kira la, janji dapat beli, dapat masukkan duit dalam tu. Lokasi yang selalu jadi target ialah masa kat R&R highway, hospital (masa mak sibuk melawat orang sakit) dan mana-mana tempat yang ada benda ni la...Masuk duit, main tekan-tekan pilih air pastu GEDEGANG!!! keluar la air tin cola cola... Maka puas la hati selepas itu =)
Bila dah besar-besar ni, tengok mesin ni kat bawah hostel masa zaman belajar dulu tak de la pula teruja macam masa kecik-kecik dulu.. Kalau tak maka harus la duit habis kat situ je dan meningkatlah risiko nak kena penyakit kencing manis pulak. Huhu..
Posted by kima_(0_0) at 11:42 PM 0 comments
saya bkn pencinta kucing TETAPI sy hargai kecomelannya..=)
Ada kerja tapi semangat nak buat kerja pulak tak ada? Masalah bertimbun, stress bagai nak gila? Rilek..tenangkan fikiran anda dengan gambar super cute berikut. =)
Posted by kima_(0_0) at 11:22 PM 0 comments
cita cita part two..=)
Darjah dua cikgu malas, cikgu tak catat. Darjah 3 Damai pulak, antara cita-cita aku adalah pensyarah, jururawat dan pelukis. Ok nampak sangat minat nak mengajar. Darjah satu nak jadi cikgu, darjah 3 up sket jadi pensyarah pulak. =) Yang pilihan ketiga nak jadi pelukis? Yup, mase tu aku memang dah gila melukis dan suka melukis. Tu yang ada hati nak jadi pelukis tu..huu
Jadi Guru. baru ku sedar dari sekolah rendah lagi aku dah ada niat suci murni nak jadi cikgu rupanya..hehe. Masa sekolah menengah pun aku minat juga nak jadi cikgu. Tapi niat aku dah ke lain sikit la. Aku suka bila tengok sorang cikgu tu, nama dia cikgu Rosalita. Punya la cantik. Tiap hari pakai kebaya dan kasut tumit tinggi mengajar. Time kelas dia, aku ngan kawan-kawan duk perati baju dan kasut dia je..huhu. Dalam hati, nanti nak jadi cikgu cantik cam ni jugak la.. =)
Cikgu cantek.. Suka.. =) Tapi lagi suka tengok kalau cikgu pakai baju kurung atau kebaya, tumit tinggi.. Huu..mengancam. Ok niat untuk menjadi cikgu suda sedikit terpesong di situ. =) Kang ade plak cikgu lain marah. Yang penting adalah niat nak mengajar anak bangsa kan.. =)
Posted by kima_(0_0) at 11:06 PM 0 comments
cita cita..
Sedang aku kemas-kemas sijil lama yang berkepuk dalam fail, aku terjumpa Kad Rekod Persekolahan Murid Sekolah Rendah aku. Kad yang warna kuning tu. Yang ada maklumat diri kita, berat, tinggi semua tu. Kat situ jugak ada dicatatkan cita-cita kita yang dicatatkan oleh guru kelas ketika itu.
Seingat aku, setiap tahun cikgu akan tanya 3 cita-cita setiap murid untuk di rekodkan dalam kad ni. Hambik, bila tengok ruangan APA SAYA HENDAK JADI BILA BESAR pada kad tu, aku gelak gila-gila punya ni. Masa darjah 1 Bentara, cita-cita pertama nak jadi Guru, kedua nak jadi Doktor dan yang ketiga nak jadi Ahli Bomba kau.. Sebab pe nak jadi bomba? Aku pun tak tau nak jawab..haha
...to be continued..
Posted by kima_(0_0) at 11:01 PM 1 comments
kisah paling seram..
cerita berikut merupakan kisah benar yang sebenar-benar dan bukan rekaan.. Sila amik mood seram sekarang ye kawan-kawan.
Kejadian ni berlaku masa aku sekolah menengah berasrama. Tahun 2001. Masa tu semua pelajar berada kat kelas masing-masing untuk prep malam dalam pukul 8.30 malam macam tu la. Masa tu nak exam, jadi semua serius study dan keadaan agak sunyi, tak ramai yang nak berhuha huha time nak exam ni.
Sedang khusyuk study tiba-tiba... Satu jeritan yang menyeramkan gila sampai meremang bulu tengkuk kedengaran dari blok kelas student form 1. Sume tergamam masa tu. Jeritan makin kuat, berkali-kali.. Kami yang kat kelas semua bagun dan berkumpul, masing-masing takut. Yang berani turun ke bawah untuk tengok apa yang berlaku.
Rupa-rupanya sorang student perempuan india muallaf histeria, di sampuk. Warden dan budak-budak surau turun untuk pegang budak tu. Macam biasalah bila disampuk, kuasa budak yang disampuk itu memang kuat sesangat. Dengan mata merah, meronta-ronta dengan suara garau masa ustaz sampai. Lepas ustaz dapat tenangkan dia, tanya kenapa benda tu kacau dia, dia meracau dan sebut nama seorang budak melayu ni.. berulang kali dia sebut..
Punca budak muallaf ni histeria. Biasalah sekolah asrama ni, time maghrib semua pelajar islam kena solat berjemaah kat surau, manakala yang ABC pula kena duduk di dewan selera. Tak siapa dibenarkan duduk dalam hostel. Tapi budak prmpuan ni masa maghrib tu, dia teringat dia lupa something, jadi dia pun dengan beraninya masuk hostel sorang-sorang. Entah apa yang dia jumpa masa tu pun tak tahu, masuk prep je terus jadi histeria.
Habis prep semua pelajar pulang ke hostel. Masa kawasan akademik dah kosong, ustaz minta seorang ketua pelajar (lelaki) azan dengan kuat kat tengah foyer. Masa pelajar ni azan kat foyer iaitu tengah-tengah kawasan akedemik, satu lembaga hitam yang besar terjun dari tingkat 3 blog akademik dan lari dan ghaib entah ke mana..
Berbalik pasal si budak prmpuan ni yang sebut nama sorang budak melayu masa dia meracau. Budak melayu ni budak form 1 juga, orangnya cantik tapi ramai yang tak suka. Masa habis prep, pulang ke hostel aku tengok ustaz dan beberapa orang warden tengah geledah bilik si budak perempuan melayu ni. Aku pun tak faham. Aku tanya pada sorang warden yang agak rapat dengan aku dan kawan-kawan. Dia cuma jawab tak ada ape-ape...
Sejak tu banyak kes jumpa itu ini dilaporkan. Ramai yang diganggu. Sampaikan masa kami semua student perempuan berkumpul kat aras bawah hostel untuk baca yasin bagi meredakan gangguan yang berlaku tetap benda tu nak tunjukkan dirinya. Bayangkan, semua pelajar berada kat bawah baca yasin tiba-tiba ada bunyi air keluar dari shower macam orang tengah mandi dari tandas. Mula-mula ingat mungkin ada student yang ambil wuduk lupa tutup paip air. Tapi bila beberapa orang pergi nak tutup paip tu, rupanya semua shower dan paip air di tandas setiap aras asrama terbuka dan mengalirkan air..
Akhirnya seorang ustaz luar di panggil untuk meredakan gangguan. Sesi memagar di lakukan. Mula-mula ustaz tu pagar sekaliling hostel kami. Lepas tu kami di ajar untuk pagar setiap bilik kami sendiri. Satu bilik ad 4 orang. Kami pun ikut la arahan yang di berikan. Seingat aku masa tu selain beberapa surah yang dah ditetapkan untuk kami baca sepanjang proses memagar, kami juga dibekalkan dengan campuran garam dan lada hitam untuk di tabur sekeliling bilik sambil membaca surah. Masa buat tu, seram dia tak boleh nak gambar la. Terasa sangat-sangat. Tak lepas kami pegang satu sama lain sepanjang tabur benda tu...
Alhamdullilah.. Sejak tu tak ada lagi gangguan yang serius.. Tapi aku still blur sampai sekarang apa kena mengena nama budak melayu tu dengan histeria budak muallaf tu..
Posted by kima_(0_0) at 10:32 PM 0 comments
hanya SATU..=)
tgh duk sidai baju kat balkoni tadi, tibe2 terfikir dlm tahun ni ade 4 nice numbers..
antaranya:
1.1.11
11.1.11
1.11.11
11.11.11
nice combination of "one" rite... :)
Posted by kima_(0_0) at 10:19 PM 0 comments
tips ilang kan bosan dlm lif..
1. Ketika anda hanya berdua dengan orang tak dikenali, cuit bahunya!
Kemudian anda pura-pura melihat ke tempat lain..
2. Buat muka menyeringai kesakitan sambil pegang kepala anda dan menjerit "Diam, semuanya diam!".
3. Bawalah kamera dan ambillah gambar semua orang yang ada di dalam lif.
4. Pindahkan meja kerja anda ke dalam lif. Jika ada yang masuk, tanyakan apakah mereka sudah membuat appoinment?
5. Letakkan sebuah bungkusan di sudut lif, jika ada yang masuk, tanyakan apakah mereka mendengar bunyi tik... tik... tik...
6. Anda pura-pura jadi pramugari! Tunjukkan prosedur keselamatan penerbangan seperti di dalam kapalterbang.
7. Ketika pintu menutup, beri pengumuman kepada semua orang. "Bertenang, jangan panik, jap lagi die bukak balik!".
8. Bukalah beg tangan anda, sambil melihat ke dalam beg tangan, tanyalah "Oksigen cukup tak kat situ?"
9. Diam dan jangan bergerak sama sekali di sudut lif, menghadap dinding, jangan sesekali keluar.
10. Dengarkan suara di dinding lift dengan stetoskop.
11. Buatlah garis di lantai sekeliling anda menggunakan kapur, lalu beritahu "Ini adalah area SAYA"
Posted by kima_(0_0) at 1:14 AM 0 comments
senaman lidah di pagi 2011..
Cerita yg bermula dengan huruf K
Ketam ketip kuku kakinya. Kawan karib Ketam, Kodok , kata kepada Ketam,"Kenapa kau ketip kuku kaki kau, Ketam... kenapa?" Ketam kata, "Ku ketip kuku kakiku kerana kuku kakiku kelurut... kakakku kata, kalau kuku ku kelurut, kita kena ketiplah!"
Kodok kentut kekeliruan. Kodok kata kekalutan,"Kadang-kadang kalau kukuku kelurut, ku ketip kenapa keluar kudis?"
Ketam ketawa , Kah..kah..kah..kah..kih..kih..kih..kih..Kuh..kuh..kuh..kuh!!Kodok..Kodok ..kenapa kadar kebodohan kau ketara keterlaluan?"
Kodok kata kepada Ketam, "Ketam. Kenapa kau ketawakan ku?"
Ketam kilas, "Kelakar."
"Kelakar ke kurang-ajar?" kata Kodok .
Kerana kemarahan Kodok keterlaluan, Kodok keperok kepala ketam kuat kadar kilat."kelekuk !", kepala Ketam kehancuran kerana kena keperok Kodok. Ketam
kata, "Kodok.. Kodok.. kenapa kau keperok kepalaku? Kan kesakitan."Kesian Ketam. Kerana kurang-ajar, kepala kena keperok.
Cerita yg bermula dengan huruf C:
Copot cahabat ciput Catu cenje, ciput cite-cite came copot cambil cari cengkerik. ciput cuke cite-cite came copot cebab copot cahabat ciput. Cemace ciput came copot cari cengkerik, ciput cakcikan catu cahye cerah. cahye cerah ciput cakcikan cangat cerah campai ciput came copot cilau. cahaye cerah cube culik copot.
Ciput cangat cuak. ciput cepat-cepat camba copot cebelum cehaye cerah cempat culik copot. copot cangat cuak came. ciput came copot cepat-cepat
cari chelter cambil cepat-cepat cembunyi. ciput came copot cembunyi cenyap-cenyap cupaye cahaye cerah cucah cari ciput came copot. ciput cakap came copot, "chuuu... chuuu ... cenyap... cenyap copot... ". copot cambung cakap, "copot cudah cenyap... ciput cenyap camelah... ". celepas cejam, cahaye cerah cudah chow cebab cucah cari ciput cape copot. ciput came copot cangat cuke cebab cahaye cerah cudah chow. copot cenyum cambil cakap, "copot cayang ciput cebab ciput celamatkan copot... ". ciput cenyum
cambil chow came copot... Caja cuka cuka.
Posted by kima_(0_0) at 1:11 AM 0 comments
programmer n his jargon..=)
Kawan Kawan, Sebelum anda memutuskan untuk berkahwin dengan seorang "programmer" anda perlu pikir dengan semasak-masaknya dulu sebelum anda menyesal dikemudian hari. Ini adalah contoh daripada seorang isteri yang mengadu pada mengenai hubungan dia dan si suami, seorang PROGRAMMER setiap hari.
Suami : (Setelah balik lewat dari pejabat) "Selamat malam sayang, sekarang saya logged in."
Isteri : Abang ada beli tak barang yang saya pesan tadi?
Suami : Bad command or filename.
Isteri : Tapi kan ke saya dah call abang pagi tadi kat pejabat suruh abang beli!
Suami : Errorneous syntax. Abort?
isteri : Ish. Abang nih, takkan itu pon tak ingat? Hahaa..... Abang kata tadi dalam telefon nak beli tv? Mana dia?
Suami : Variable not found...
Isteri : Abang nih memang tak bole harap la. Bak kad kredit abang. Biar saya pergi belikan dan shopping barang dapur sekali.
Suami : Sharing Violation. Access denied...
Isteri : Abang ni tak sayang saya ke? abang lebih sayang komputer abang tu dari saya. Saya tak tahan la kalau macam ni selalu.
Suami : Too many parameters...
Isteri : Saya menyesal pilih abang sebagai suami saya. Harapkan muka je hensem.
Suami : Data type mismatch.
Isteri : Abang nih memang betul-betul tak berguna la.
Suami : It's by Default.
Isteri : Macamana pula dengan gaji abang?
Suami : File in use ... Try later.
Isteri : Kalau begitu, apa peranan saya disisi abang sebagai seorang isteri?
Suami : Unknown Virus."
Posted by kima_(0_0) at 1:04 AM 0 comments
pukul berapa buka..
malam tahun baru ni sy akn fulfill request seseorang yg mahu kn cerita kelakar..tp reminder: jangan tersengeh 24jam..hehe
Pada suatu tengah malam telepon di rumah seorang pustakawan berdering.
"Pukul berapa perpustakaan akan di buka?" seorang pemuda di hujung
talian bertanya.
"Jam 9 pagi encik, apa hal yang penting sangat encik menelefon saya tengah malam buta nie?" tanya pustakawan tadi.
"Tak boleh buka awal lagi ke?" pemuda itu bertanya lagi dengan nada kecewa.
"TIDAK, tidak akan dibuka sebelum pukul 9!" si pustakawan menjawab dengan nada yang tinggi.
"Penting sangat ke sampai encik tidak boleh tunggu sampai pukul 9 pagi untuk masuk?".
"Siapa kata saya mau masuk?" kata pemuda itu kesal, "SAYA MAU KELUAR!"
Posted by kima_(0_0) at 12:57 AM 0 comments
azam tahun baru 2011..
Dua orang sahabat bersembang rambang pasal azam tahun baru.
Budak 1: Apa azam tahun baru kau?
Budak 2: Macam tahun lepas..
Budak 1: Tahun lepas kau mana ada azam
Budak 1: Sebab tu la aku cakap macam tahun lepas
Budak 2: Lor..
Posted by kima_(0_0) at 12:51 AM 0 comments