CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Saturday, January 1, 2011

cita cita..




Sedang aku kemas-kemas sijil lama yang berkepuk dalam fail, aku terjumpa Kad Rekod Persekolahan Murid Sekolah Rendah aku. Kad yang warna kuning tu. Yang ada maklumat diri kita, berat, tinggi semua tu. Kat situ jugak ada dicatatkan cita-cita kita yang dicatatkan oleh guru kelas ketika itu.

Seingat aku, setiap tahun cikgu akan tanya 3 cita-cita setiap murid untuk di rekodkan dalam kad ni. Hambik, bila tengok ruangan APA SAYA HENDAK JADI BILA BESAR pada kad tu, aku gelak gila-gila punya ni. Masa darjah 1 Bentara, cita-cita pertama nak jadi Guru, kedua nak jadi Doktor dan yang ketiga nak jadi Ahli Bomba kau.. Sebab pe nak jadi bomba? Aku pun tak tau nak jawab..haha



...to be continued..

1 comments:

luffy said...

mase dulu 1st askar 2nd polis 3rd bomba,,, jawapan yang same sampai darjah 5, darjah 6... 1st saintis 2nd pomen 3rd askar...
langsung x terfikir nak jadi engineer,, tapi mmg dari kecik suke design2 barang ni... :)