Dibawah terdapat beberapa tanda awal kehamilan. Anda mungkin mengalami sebahagian daripadanya atau tiada langsung!
1. Rasa lapar yang berpanjangan
Juga
terjadi pada orang yang tidak hamil tetapi lebih kerap terjadi pada
awal kehamilan. Jangan bergantung sepenuhnya kepada tanda ini tetapi
sekiranya ia berlaku disamping tanda-tanda kehamilan yang lain,
bersiap-sedialah untuk membilang hari anda.
2. Perubahan pada warna di sekeliling payudara
Sekiranya
kulit disekitar puting anda menjadi kehitaman, kemungkinan anda sudah
pun beberapa minggu mengandung. Walaubagaimanpun, ia juga terjadi
disebabkan oleh ketidakseimbangan hormon tidak berkaitan dengan
kehamilan atau disebabkan kandungan yang terdahulu.
3. Kerap membuang air kecil
Sekiranya
janin sudah mula terbentuk dan rahim yang semakin membesar mula menekan
pundi kencing anda, anda akan mersa kerap untuk buang air.
4. Merasa tidak bermaya
Rasa
seperti tiada tenaga sepanjang masa? Hormon yang dikeluarkan di masa
awal kehamilan boleh membuatkan anda berasa letih dengan cepat. Rasa
letih dan tidak bermaya adalah sesuatu yang kerap terjadi di awal
kehamilan.
5. Sakit dan tegang pada buah dada
Sekiranya
anda mengandung, buah dada anda akan menjadi semakin sakit pada
sentuhan, agak serupa dengan ketidakselesaan yang terjadi pada buah dada
anda sebelum haid. Apabila badan sudah menjadi biasa dengan kejadian
hormon ini, kesakitan akibat ketegangan akan menjadi semakin
berkurangan.
6. Pendarahan implantasi dan senak pada ari-ari
Lebih
kurang 8 hari selepas ovulasi, anda mungkin akan mengalami sedkit
pendarahan dari faraj dan senak pada ari-ari akibat dari implantasi.
Anda juga mungkin mengalami keadaan yang sama semasa pada sekitar masa
anda sepatutnya datang haid hari pertama.
7. Rasa loya dan muntah
Sekiranya
anda bernasib baik, morning sickness ini tidak akan menyerang, kecuali
selepas beberapa minggu hamil. Tetapi segelintir wanita akan mula merasa
mual dan rasa luar biasa pada lidah walaupun cuma selepas beberapa hari
mengandung.
8. Suhu asas badan tinggi berpanjangan
Sekiranya
anda memang sedang membuat pemerhatian dengan mengambil suhu badan asas
anda setiap pagi, anda akan mendapati paras susu badan secara konsisten
melebihi paras asas sejak dari hari pertama ia naik.
9. Missed period
Sekiranya
haid anda teratur sebelumnya dan sekarang ia sudah lewat beberapa hari.
Inilah masanya untuk anda menjalani ujian air kencing untuk kehamilan.
Dan akhirnya..
10. Ujian air kencing yang positif
Sekiranya
anda sudah beberapa hari ketinggalan haid dan terdapat 2 jaluran pada
ujian air kencing, kemungkinan besar anda sudah mengandung. Jumpalah
doktor untuk kepastian dan......Tahniah!
0 comments:
Post a Comment