CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Monday, June 11, 2012

dengan sekali lafaz..

 
alhamdulillah, alhamdulillah. alhamdulillah. Allahuakbar.badan menggigil dan seluruh badanku panas (tapi aku cover la kan, banyak camera kotttt uollzz). perasaan ketika itu tidak dapat aku ungkap dengan kata-kata. seperti ada suatu kuasa yang masuk ke dalam diri. mungkin itu cara Allah menyatakan padaku bahawa "engkau bukan lagi hak ibu bapamu. sekarang engkau adalah hak sepenuhnya insan bernama MOHD HAFIZ BIN RAMLI. ketaatanmu adalah kepada dia. redhaKu kepadamu adalah bergantung kepada redhanya kepadamu."
 
suami, merupakan salah satu kunci untuk kita (muslimah) memasuki syurga.

“Apabila seorang wanita (isteri) itu telah melakukan sembahyang lima waktu, puasa bulan Ramadhan, menjaga maruahnya dan mentaati perintah suaminya, maka ia dijemput di akhirat supaya masuk Syurga mengikut pintunya mana yang ia suka.”
(HR Ahmad, Ibnu Hibban dan Thabrani)


kalau dulu... orang ketiga selepas Allah dan Rasul ialah ibubapa, sekarang ialah suami. wajarlah, selepas berkahwin dosa aku ditanggung oleh suami. ketaatan aku jatuh kepadanya. jadi, aku belajar membiasakan diri untuk mendapatkan izinnya terlebih dahulu sebelum membuat sesuatu perkara. supaya jika baginya apa yang aku buat dan mana yang aku pergi itu tidak wajar, bolehlah suamiku menasihati aku terlebih dahulu. walau mungkin zahirnya pada aku tiada apa-apa, tetapi mungkin tidak baginya. telah Allah tulis bahawa imamku adalah dia, pastilah orang yang paling layak untuk membimbingku, yang tahu mana yang baik, mana yang buruk untukku adalah dia.

kalau dulu... semua benda yang aku buat, aku post dan comment kat facebook, cara pergaulan, ikut suka hati anak angkat kucing aku je. selepas berkahwin, aku mula sedar yang aku melambangkan suami aku dan dia melambangkan aku. kami kan 'satu' ;) aku perlu lebih berhati-hati dengan apa yang aku buat dan tulis demi menjaga nama baik dan maruah suami aku. sebenarnya, sebelum kahwin pun aku memang perlu berhati-hati dalam percakapan (itu pesan Allah). 

kalau dulu... aku hanya seorang, sekarang tidak lagi. jadual tidur yang tidak teratur dan keterlibatan yang aktif dalam aktiviti-aktiviti keramaian menyebabkan aku sering lupa untuk menjaga kesihatan diri.. kalau dulu orang yang paling risau tentang kesihatan kita ialah ibu bapa, sekarang orang yang lebih risau adalah suami. aku perlu belajar untuk jaga kesihatan diri, persiapkan mental, fizikal dan emosi untuk 'membawa orang'. jadi, kuranglah sikit risau suami kita tu kalau isterinya pandai jaga diri.

kalau dulu... aku suka meng'expose'kan diri, sekarang aku belajar untuk lebih exclusive hanya untuk suami aku. iya lah, yang memberi kebahagiaan kepadaku adalah dia, yang menjaga makan pakaiku adalah dia, yang memberi zuriatku adalah dia (dari Allah tetapi melalui dia) dan yang melayan karenah aku bershopping pun dia (dia lagi. weehee syoknya kawen ;p). jadi wajarlah aku meletakkan suamiku paling atas dari yang lain. ia juga pada masa yang sama mengajar aku untuk lebih menjaga hijabku. 

********************

banyak lagi perkara yang telah aku belajar, tetapi masih terlalu banyak yang perlu aku belajar. kadang-kadang aku juga sendiri lupa dengan apa yang telah aku belajar, tetapi teguran dan nasihat dari suamiku kembali menaikkan semangat untuk terus belajar dengan lebih gigih. motif hidup kita adalah untuk mendapatkan redha Allah. untuk mendapat redha Allah, aku, sebagai wanita perlu mendapatkan redha suami terlebih dahulu. inshaAllah, sama-sama kita berusaha.

selepas berkahwin, aku dapat merasai dengan sendiri ayat yang selalu aku dengar dan baca iaitu "perkahwinan dapat menjaga pandangan mata dan menjaga kehormatan". semoga Allah meredhai usaha kita dan menghadiahkan kita kebahagiaan yang berkekalan. kebahagiaan yang sama ada boleh dirasa atau 'dilihat'
 :)

0 comments: