CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Sunday, May 13, 2012

tips menjelang perkahwinan..

As'salam Readers.. 18 hr lg.. Sye nk share sedikit tips menjelang majlis pernikahan.sbb majlis pernikahan adalah paling penting sbnrnyekn.Majlis ini le sebagai titik permulaan rumahtangga kte btl x??Sye sje menggoogle tips utk sedapkn ht sendiri.huhu..jd ape salahnye sye share kt sini kn.kte berehat sekejap drpd berfikir mengenai persiapan majlis persandingan dan sebagainya.so jom kte layannn..hehe:)sye jmpe tips ni drpd website Koleksi Cinta. Tips menjelang akad nikah... # Seeloknya, bakal pengantin melakukan solat hajat malam sebelum upacara akad nikah untuk memastikan kelancaran majlis. Ia juga bagi mengelak kejadian tidak diingini. # Amalkan surah Al-Inshirah (Alam-Nashrah) untuk mengurangkan rasa debaran menjelang detik dinikahkan. Surah itu juga yang diamalkan Nabi Musa ketika berdepan firaun. # Bakal pengantin lelaki juga boleh mengamalkan surah Toha (ayat 25 - 28) untuk mengurangkan darah gemuruh. Selesai membaca, bolehlah minum segelas air untuk penenang jiwa. # Lazim bagi bakal pengantin untuk menghafal beberapa pengetahuan asas dalam agama. Kebiasaannya jurunikah akan bertanyakan rukun Iman dan rukun Islam sebagai pengetahuan asas dalam Islam. Bagi yang berdebar, sebaiknya mereka menghafal semua rukun itu bagi mengelak lebih panik. # Sejurus selepas dinikahkan, seeloknya pengantin lelaki menunaikan solat sunat dua rakaat sebagai bersyukur kerana berjaya menempuh alam perkahwinan. Selepas itu, sarunglah cincin kepada isteri tercinta. # Pengantin lelaki juga harus bersalam dengan ibu bapa dan ibu bapa mentua, hadirin dan sahabat handai. Bersalaman adalah tanda kesyukuran dan rasa gembira kerana semuanya sudah sempurna. Menjelang detik majlis perkahwinan. # Pastikan semua perkara yang dirancang lancar. # Lantik seorang ahli keluarga terdekat untuk meneliti kelancaran acara. # Pastikan kad undangan sudah dihantar kepada tetamu. # Kumpulkan hantaran dan buat periksa tempahan pakaian - jangan nanti mak andam tersalah tarikh atau memilih parsalinan berbeza. doa saya agar segalanya berjlan lancar dengan keizinan dari NYA =))..ameen

0 comments: