CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Wednesday, March 28, 2012

:: sebelum & selepas ::

sebelum kahwin... orang ketiga selepas Allah dan Rasul ialah ibubapa,

selepas kahwin ialah suami. wajarlah, selepas berkahwin dosa aku ditanggung oleh suami. ketaatan aku jatuh kepadanya. jadi, aku belajar membiasakan diri untuk mendapatkan izinnya terlebih dahulu sebelum membuat sesuatu perkara. supaya jika baginya apa yang aku buat dan mana yang aku pergi itu tidak wajar, bolehlah suamiku menasihati aku terlebih dahulu. walau mungkin zahirnya pada aku tiada apa-apa, tetapi mungkin tidak baginya. telah Allah tulis bahawa imamku adalah dia, pastilah orang yang paling layak untuk membimbingku, yang tahu mana yang baik, mana yang buruk untukku adalah dia.

sebelum kahwin... semua benda yang aku buat, aku post dan comment kat facebook, cara pergaulan, ikut suka hati anak angkat kucing aku je.

selepas berkahwin, aku harus sedar yang aku melambangkan suami aku dan dia melambangkan aku. kami kan 'satu' ;) aku perlu lebih berhati-hati dengan apa yang aku buat dan tulis demi menjaga nama baik dan maruah suami aku.

sebelum kahwin... aku hanya seorang messy teacher. jadual tidur yang tidak teratur dan keterlibatan yang aktif dalam aktiviti-aktiviti keramaian menyebabkan aku sering lupa untuk menjaga kesihatan diri.

aku petik kata-kata encik tunang "now, you're not just a teacher. you're now a teacher, a wife to be and a soon-to-be mom and teacher for the children. please take care of your health" ( kalau dulu orang yang paling risau tentang kesihatan kita ialah ibu bapa, nanti orang yang lebih risau adalah suami. aku perlu belajar untuk jaga kesihatan diri, persiapkan mental, fizikal dan emosi. jadi, kuranglah sikit risau suami kita tu kalau isterinya pandai jaga diri.



********************

banyak lagi perkara yang telah aku belajar, tetapi masih terlalu banyak yang perlu aku belajar. kadang-kadang aku juga sendiri lupa dengan apa yang telah aku belajar, motif hidup kita adalah untuk mendapatkan redha Allah. untuk mendapat redha Allah, aku, sebagai wanita perlu mendapatkan redha suami terlebih dahulu. inshaAllah, sama-sama kita berusaha...=)))

0 comments: