Ini merupakan satu ujian tentang sikap anda selepas bergaduh dengan seseorang yang anda kasihi tak kiralah sahabat , kekasih, ibu bapa atau adik - beradik asalkan orang itu anda sayang.. Ok jom mula!
Tiba - tiba hujan, anda mempunyai 4 payung yang telah rosak. Dalam keadaan yang terdesak, payung mana SATU anda akan pilih:
A. Batang payung yang telah bengkok.
B. Payung yang mempunyai beberapa lubang kecil.
C. Payung yang mempunyai satu lubang besar.
D. Batang payung yang sangat pendek.
Fikir baik - baik ye.. (^_^)
JAWAPAN:
A.
Anda adalah seorang yang sangat degil aka keras kepala. Anda tahu anda yang salah tapi masih nak menyalahkan si dia & enggan mengaku kesalahan anda. Sikap yang tak mengaku bersalah ini hanya menuju ke jalan "masam muka berlarutan" kalau pergaduhan asyik berulang.
B.
Anda adalah seorang yang akan menunduk kepala tapi hanya dalam keadaan yang tidak menjatuhkan maruah sendiri. Setiap kali selepas bergaduh dengan si dia, untuk mengelakkan suasana yang tegang, anda akan memberitahu si dia sebenarnya anda juga bersalah... Fuh ramai orang respect sesiapa yang macam ni ;)
C
Anda adalah seorang yang sanggup mengalah tak kira dalam apa jua keadaan. Selepas bergaduh, anda akan meminta maaf dengan si dia untuk berbaik semula. Tetapi kena ingat, jangan setiap kali pon nak mengalah walaupun anda tak bersalah... takut kena pijak kepala...
D
Anda adalah jenis yang cepat lupa. Tak kira betapa serius pergaduhan itu atau apa yang dicakapkan oleh si dia. Selepas seketika anda anggap seolah - olah tak berlaku apa - apa pergaduhan. Sikap anda ini membuatkan si dia kesal dengan apa yang dia buat & berbaik dengan anda... Tetapi kemungkinan si dia sakit hati juga tinggi!
Terima Kasih Kerana Membaca (^_^)
huhu..sorry en.hafiz hal semalam..
Monday, February 6, 2012
jom try..
Posted by kima_(0_0) at 11:10 AM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment