InsyaAllah aku akan berkahwin tahun ini. Jadi marilah kita listkan apa yang perlu dilakukan oleh bakal pengantin seperti aku. Saja je buat page ni supaya aku dapat tengok apa yang tertinggal dan belum disudahkan atau pun apa yang buat aku gelak sorang-sorang di kemudian hari. hehehe…itulah gunanya blog!
Orang kata kena bersiap sedia dari segi mental dan fizikal menjelang hari berbahagia. Maka akn banyak lah berlaku selisih faham antara pasangan kerana memasing ada kehendak hati sendiri. Yang kita nak biru, yang dia nak pink! yang kita nak mahal, yang dia nak murah. hahaha…biasalah, darah manis kata orang! kata orang la kan….
Tanpa segan silu, InsyaAllah majlisnya akan berlangsung pada bulan jun ini. Bilakah tarikhnya? tunggu…..eceh! nak surprise la sangat!
Baiklah menjelang bulan sembilan ada beberapa bulan yang perlu ditempuh oleh aku dan dia. Maka mari lihat dulu persiapan sebelum bulan 6 itu. Memandangkan ketika page ini dibuat, sudah masuk bulan januari. Jadinya, ada 4 bulan sebelum JUN menjelang...moga aku diberi kesihatan yang baik untuk mengharungi semua ini =))
Sunday, January 15, 2012
persiapan..
Posted by kima_(0_0) at 6:47 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment