Suami adalah ketua keluarga.Antara tanggungjawab suami terhadap isteri dan keluarganya,ialah:
1. Wajib memberikan nafkah kepada isterinya selagi ia memberi kesetiaan dan ketaatan.
2. Membayar mas kahwin kepada isterinya.
3. Suami mestilah sentiasa melayan isteri dengan penuh layanan mesra dan kasih sayang.
Sebagaimana sabda baginda yang bermaksud:
“Berwasiatlah kamu supaya berlaku baik terhadap isteri-isteri.Sesungguhnya kamu mengambil mereka dengan amanah Allah SWT dan kamu menghalalkan persetubuhan dengan mereka dengan kalimah Allah SWT”-(riwayat At-Tirmidzi)
Sabda Nabi yang lain:
“Orang mukmin yang paling sempurna imannya ialah yang baik budi pekertinya dan lemah lembut terhadap isterinya”-(riwayat Abu Daud)
Dalam keadaan lain,Al-Quran juga sentiasa menyarankan suami supaya berbuat baik dengan isteri mereka.Sebagaimana firman Allah yang bermaksud:
“…dan bergaullah kamu dengan mereka(isteri-isteri kamu itu) dengan cara yang baik.Kemudian jika kamu(merasa)benci kepada mereka(disebabkan tingkahlakunya,janganlah kamu terburu-buru menceraikannya);kerana boleh jadi kamu bencikan sesuatu,sedang Allah SWT hendak menjadikan pada apa yang kamu benci itu kebaikan yang banyak(untuk kamu)-(Surah An-Nisa’ 4:19)
Sebagaiman hadis yang diriwayatkan oleh Ali bin Abi Talib yang bermaksud:
“Rasulullah SAW bersabda:Lelaki yang paling baik ialah yang amat baik terhadap isterinya,dan aku adalah yang paling baik terhadap isteriku.Tidak ada seseorang yang memuliakan wanita,kecuali dia seorang yang mulia.Tidak ada yang menghina wanita,kecuali oarang yang rendah pekertinya”-(riwayat Abu Daud)
4. Suami mestilah memberi bimbingan dan tunjukajar yang baik terhadap isteri mereka dengan didikan agama dan pengajaran yang baik dan bukan menyeksa mereka.
Sebagaimana firman Allah SWT yang bermaksud:
“Wahai orang-orang yang beriman!Peliharalah diri kamu dan ahli keluarga kamu dari neraka yang bahan-bahan bakarannya:manusia dan batu (berhala)….-(Surah At-Tahrim 66:6)
5. Memberi layanan yang baik,samada dari segi tingkah laku,perbuatan,tutur kata dan contoh teladan yang baik.
6. Memenuhi nafkah zahir dan keperluan asasi,seperti pendidikan,pakaian,tempat tinggal dan makanan mengikut kadar kemampuan suami.
Sebagaimana firman Allah SWT yang bermaksud:
“Hendaklah orang yang mampu memberi nafkah menurut kemampuannya; dan sesiapa yang disempitkan rezekinya,maka hendaklah ia memberi nafkah dari apa yang diberikan Allah SWT kepadanya (sekadar yang mampu) ;Allah SWT tidak memberati seseorang melainkan (sekadar kemampuan) yang diberikan Allah kepadanya.(Orang-orang yang dalamkesempitan hendaklah ingat bahawa) Allah SWT akan memberikan kesenangan sesudah berlakunya kesusahan.- (Surah AT-Thalak 65:7)
7. Memenuhi keperluan nafkah batin
Sebagaimana firman Allah SWT yang bermaksud:
“Oleh sebab itu hendaklah kamu menjauhkan diri dari perempuan(jangan bersetubuh dengan isteri kamu) dalam masa datang darah haid itu,dan janganlah kamu hampiri mereka(untuk bersetubuh) sebelum mereka suci.Kemudian apabil mereka telah suci maka datangilah mereka menurut jalan yang diperintahkan Allah kepadakamu.Sesungguhnya Allah SWT mengasihi oarng-orang yang sentiasa menyucikan diri”-(Surah Al-Baqarah 2:222)
8. Menjaga dan memberi perlindungan daripada sebarang ancaman dan bahaya.
9. Berlaku adil terhadap semua isteri jika mereka mempunyai lebih dari seorang isteri.
Suami mestilah menunaikan tanggungjawabnya dengan memberi nafkah kepada isterinya bergantung kepada keadaan dan keperluannya.Oleh itu Islam tidak menentukan kadartertentu dan tidak ada penentuan yang khusus,ia bergantung kepada pendapatan sert keadaan taraf hidup,kemampuan suami serta menilai keadaan keperluan.
Biarpun nafkah adalah tanggungjawab suami,namun dalam sebuah rumahtangga yang sederhana dan suami yang berpendapatan kecil,tidak menjadi kesalahan untuk isteri bekerja dan membantu suaminya demi memantapkan kehidupan rumahtangga mereka.Selain itu juga,Islam menegah isteri menuntut nafkah serta keperluan yang tidak termampu oleh suaminya.
Seterusnya untuk menjamin keutuhan dan keluarga yang bahagia,masing-masing mestilah merelakan dan sanggup menerima hakikat keadaan rumahtangga masing-masing,terutamanya bagi suami yang tidak mempunyai pendapatan yang lebih atau tidak mampu berusaha lebih dan disebabkan taraf hidup yang tinggi,contohnya di kota dan hidup di bandar.Walaubagaimanapun,suami mestilah berusaha dan mencari rezeki yang halal dengan bersungguh-sungguh dan menunaikan tanggungjawabnya terhadap keluarga.
Wednesday, July 20, 2011
tanggungjawab seorang suami..
Posted by kima_(0_0) at 10:03 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment