CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Thursday, July 7, 2011

nak naik berat bdn??jom bace =)



Kita selalu terbaca tip – tip untuk mengurangkan berat badan. Bagi yang mengalami masalah berat badan memang sesuailah membaca dan mempraktikan tips itu, tapi bagaimana yang sudah kurus? takkan nak jadi lagi kurus bukan. Bagi yang terlampau kurus, mereka selalu mengeluh dan mencuba pelbagai cara untuk menaikkan berat badan. Dan jangan terkejut kalau haku mengatakan, mereka yang terlampau kurus juga sebenarnya risau akan masalah berat badannya sama seperti mereka yang obesiti.

Bagi yang kurus, ramai akan menyuruh seseorang itu untuk sentiasa makan, makan dan makan untuk menaikan berat badan mereka, tetapi tak semua yang akan naik berat badannya dengan hanya makan, makan dan makan. Bagi seseorang yang kadar metabolisma dia tinggi, makan saja tidak cukup untuk menaikkan berat badannya, malah sentiasa makan tanpa memikirkan khasiat makanan itu boleh mengundang kepada penyakit seperti diabetis dan masalah kolestrol.

Haku dulu merupakan seorang lelaki yang sangat kurus. Dengan berat badan tak sampai 60kg dan ketinggian lebih kurang 168cm, memang haku mengalami masalah berat badan. Haku bukanlah jenis orang yang control makan atau suka mencatu makan. Walaubanyak manapun haku makan, berat badan haku tidak akan meningkat walaupun sekilo. Even haku dah bekerja pun berat badan haku masih ditahap yang sama. Jadi hari ni, haku nak kongsikan pengalaman haku kat anda semua bagaimana haku meningkatkan berat badan haku dari kurang 60 Kg ke 75kg dan dalam masa yang sama kekal cergas dan mantap (haha).

Tips yang hendak haku kongsikan tidak banyak, hanya dua saja. Tapi dengan dua tips inilah berjaya menaikan berat badan haku.

1. Workout.

Kenapa perlu workout? jika seseorang henda menguruskan badan beliau kena sentiasa bersenam dan berjongging untuk mengurangkan lemak – lemak yang terdapat pada badan diorang bukan? begitu juga dalam menaikkan berat badan. Workout penting dalam membentuk otot – otot yang terdapat pada badan kita. Bagi mereka yang terlampau kurus, ini sangat penting dalam membentuk otot mereka. Workout neh tidak semestinya dilakukan di gym semata – mata. Anda boleh juga lakukan semasa anda berada dirumah atau berjogging diluar.



2. Makan makanan berprotein.

Setelah anda melakukan workout, anda perlu kerap makan makanan berprotein untuk recover otot – otot yang anda bina itu. Semasa haku dalam proses menaikan berat badan, haku kerap makan makanan seperti daging, telur separuh masak dan ayam. Kalau hendak lagi cepat menaikan berat badan, haku boleh syorkan anda minum susu protein. Elakan makan makanan berminyak dan berlemak kerana ia tidak membantu dalam menaikan berat badan secara sihat.

Sebenarnya,ramai mereka yang kurus neh menaikkan berat badan mereka secara yang salah. Ada yang banyak makan makanan yang berlemak semata – mata mahu menambah berat badan dan ada juga yang suka minum susu protein tanpa workout kerana ingin menaikan berat badan mereka. Itu cara yang salah, mengambil banyak makanan berlemak dan meminum susu protein tanpa melakukan workout bukan saja menyebabkan masalah kesihatan, ia juga tidak memberi kesan langsung.

Jadi jika anda hendak menaikkan berat badan anda secara sihat, anda hanya perlu berdisplin melakukan dua tips yang haku berikan itu. Ia bukan saja berjaya menaikan berat badan anda secara sihat, badan anda juga akan berubah menjadi lebih menarik dan mantap.

p/s: Haku berjaya menaikan berat badan dan membina otot2 badan haku dengan hanya melakukan dua tips diatas tetapi tidaklah sampai menjadi ketul2 seperti gambar diatas tue..huhuuu..

*haku ni bkn sy* ;p

0 comments: