CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Saturday, July 2, 2011

dulu - dulu ;p

Rasa nak cerita pasal zaman kanak-kanak plak rasanya...

Satu hari tu, cheq(panggilan untuk nenek) tak ada duit(mungkin tak ada duit kecik) nak bagi aku duit poket untuk ke sekolah. Biasanya dia akan memberikan RM 0.50 setiap hari. Lalu dia membekalkan aku dengan sebekas nasi berlaukkan ikan kering dan sebotol air kosong. Sebelum rehat kawan aku ada mengadu yang dia pun tak di beri duit poket. Lalu aku mengajaknya untuk makan bersama bila tiba waktu rehat nanti, dan dia bersetuju untuk makan bersamaku.

Bila tiba waktu rehat....

Aku mengajak kawanku tadi untuk makan bersamaku. Oleh kerana aku malu untuk makan di hadapan pelajar lain (kerana berlaukkan ikan kering), lalu aku dan kawan ku tadi pergi ke belakang bengunan untuk makan.

Bila sampai di tempat yang sesuai kami duduk mengadap bekas nasi yang di bawa. Lalu aku selaku tuan punya bekal pun buka la bekas yang berisi nasi tadi. Pada mulanya aku buka tutup bekas itu perlahan-lahan, tapi oleh kerana terlalu ketat, aku mengangkat bekas itu dan cuba membukanya...

Aku berjaya membukanya namun...malangnya nasi itu semua bertaburan di atas tanah bersama dengan lauk ikan kering yang rangup itu. Aku dan kawanku saling berpandangan antara satu sama lain..

Sudahnya.. kami berdua hanya minum air kosong sahaja pada hari itu..waaaaaaa

0 comments: