CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Monday, August 29, 2011

maaf zahir batin..(^_^)

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI TO ALL MY FRIENDS AND MUSLIMS ALL AROUND THE WORLD...MAAF ZAHIR BATIN..HAVE A BLAST AND ENJOY WITH YOUR LOVES ONE! ;)


Sunday, August 28, 2011

ceritera..

10/8/04 - 11/4/10..kenangan yang da lame terkubur..


11/4/10 - 10/6/11..saya paksa diri untuk tutup pintu hati saya

dan alhamdulillah..=) 11/6/11 DIA bukak pintu hati saya untuk menerima seseorang yang berjaya membuat hati sy terpaut akan kesopanan beliau terhadap ibuku dan agama ;)

redha DIA= redha ibu..=)

Wednesday, August 24, 2011

adat resam melayu ^^ meminang^^




MEMINANG DAN BERTUNANG

Setelah kata persetujuan dicapai oleh keluarga di pihak lelaki, wakil dari pihak lelaki yang biasanya dipilih dari kalangan orang tua-tua akan diutuskan oleh ibu bapa lelaki tersebut untuk mewakili mereka meminang anak dara yang telah dipilih. Biasanya, ibu bapa kepada anak dara tersebut tidak akan memberi jawapan yang muktamad kepada pihak yang datang meminang kerana mengikut adat, mereka sepatutnya diberi tempoh untuk memberi jawapan atau dipanggil bertangguh. Ini kononnya kerana hendak berpakat dengan ahli-ahli keluarga dan waris yang rapat, walaupun sebenarnya mereka memang sudah bersedia untuk menerima pinangan itu. Sebenarnya, adat bertangguh ini mencerminkan budaya Melayu yang amat berhati-hati dalam menentukan jodoh dan menunjukkan kesopanan dalam setiap tingkahlaku. Sudah menjadi rutin dalam kehidupan seharian masyarakat Melayu untuk tidak tergopoh-gapah dalam mengendalikan apa sahaja dan adalah menjadi pegangan bahawa setiap hal yang dilaksanakan perlu dijalankan dengan rapi dan tersusun mengikut adat yang ditetapkan.

Setelah tamat tempoh yang diberikan, biasanya 2 hari, namun ada juga yang sampai seminggu, pihak perempuan akan menghantar rombongan yang dihadiri oleh orang tua-tua yang mewakili pihak mereka untuk memberikan jawapan. Sekiranya pinangan diterima, pada pertemuan itu mereka akan berbincang tentang segala syarat berkenaan mas kahwin dan hantaran perbelanjaan majlis perkahwinan. Tarikh yang sesuai juga akan dipilih untuk melangsungkan perkahwinan. Sekiranya perkahwinan itu agak lambat dijalankan, pihak lelaki biasanya akan Menghantar Tanda terlebih dahulu kepada pihak perempuan.

Konsep Menghantar Tanda adalah diertikan sebagai “putus cakap”. Ini bermaksud pinangan dari pihak lelaki sudah pun diterima oleh pihak perempuan. Oleh yang demikian, maka penghantaran tanda daripada lelaki kepada anak dara yang bakal dikahwininya akan dilakukan melalui upacara bertunang. Upacara ini membawa pengertian bahawa anak dara tersebut sudah pun dimiliki dan kini dipanggil tunangan orang. Tanda yang dihantar oleh lelaki tersebut mengikut adat lazimnya adalah sebentuk cincin sahaja, iaitu cincin berbatu intan atau berlian, besarnya mengikut citarasa dan kemampuan ibu bapa lelaki tersebut. Namun begitu, bagi masyarakat Melayu, selain cincin, beberapa barangan lain turut diberikan seperti sepasang kain dan selendang, selipar atau sepatu, kuih-muih, manisan, dan yang paling utama dan dianggap sakral, sirih junjung. Semua hantaran akan dihias dengan cantik dan menarik serta akan dibalas oleh pihak perempuan sebagai tanda setuju menerima pinangan. Jumlah hantaran yang dihantar oleh pihak lelaki akan dibuat dalam angka ganjil dan dibalas lebih oleh pihak perempuan, selalunya sebanyak dua dulang. Contohnya, jika pihak lelaki memberikan 7 hantaran dulang, biasanya pihak perempuan akan membalas 9 dulang. Hantaran dari pihak perempuan biasanya berupa sirih junjung, sepersalinan baju melayu, capal dan kuih-muih.

Sekiranya dalam tempoh menunggu diijabkabulkan, ikatan pertunangan diputuskan oleh pihak lelaki, maka cincin dan segala barang hantaran tidak boleh diminta semula dari pihak perempuan. Berbeza pula halnya jika ikatan pertunangan diputuskan oleh pihak perempuan. Jika ia diputuskan tanpa sebarang sebab yang dapat diterima umum, maka pihak perempuan hendaklah mengembalikan semula segala hantaran yang telah diberikan oleh pihak lelaki itu dalam nilai sekali ganda banyaknya atau harganya.

Selain dari adat pertunangan yang disebutkan di atas, terdapat 2 lagi cara pertunangan yang juga wujud dalam adat resam Melayu, iaitu :

• Pertunangan yang dilakukan oleh ibu bapa kedua-dua pihak sewaktu anak mereka masih kecil lagi, dan ini tidak memerlukan penghantaran tanda. Hal ini berlaku mungkin kerana ikatan persahabatan yang erat dan mesra di antara ibu bapa kedua belah pihak dan ikatan itu diharapkan dapat merapatkan lagi ikatan silaturrahim antara mereka. Pertunangan yang demikian biasanya dihormati dan dilangsungkan sehingga kedua-dua anak itu berkahwin.

• Pertunangan mengikut wasiat salah seorang daripada ibu bapa yang telah meninggal dunia di antara dua buah keluarga. Ini juga tidak memerlukan penghantaran tanda dan biasanya diakhiri dengan ikatan perkahwinan.

MAJLIS PERKAHWINAN PERKAHWINAN

Di antara kesemua adat resam orang Melayu, upacara atau aturan yang berhubung dengan perkara nikah kahwin adalah sesuatu yang amat diambil berat dan dianggap penting. Ia akan dijalankan secara besar-besaran dan melibatkan kesemua anggota masyarakat setempat yang dikenali sebagai penduduk sekampung serta seluruh sanak saudara. Oleh hal yang demikian, adat ini dikategorikan sebagai adat yang paling rumit dilaksanakan kerana memerlukan modal yang banyak untuk menjalankan kenduri kendara, majlis persandingan dan lain-lain upacara di samping memerlukan tenaga kerja yang ramai dan memakan masa yang panjang. Dalam adat nikah kahwin ini, bagi masyarakat Melayu, terdapat 3 fasa yang perlu dilalui sebelum sesebuah rumahtangga didirikan dan ia merupakan suatu adat yang perlu dipatuhi bagi melengkapkan sesuatu perkahwinan.

adat resam melayu ^^ merisik ^^



MENILIK ATAU MERISIK
Menilik atau merisik pada hakikatnya adalah adat yang memang baik dan berguna jika ia dijalankan bersesuaian dengan tujuannya, iaitu untuk memilih dan mengetahui latar belakang bakal menantu perempuan dalam sesebuah keluarga Melayu. Ini adalah untuk memastikan para ibu bapa tidak tersilap pilih dan dapat mencari yang terbaik untuk anak lelaki mereka.

Apabila ibu bapa seorang lelaki telah menetapkan fikiran mereka yang anak mereka itu sudah sampai masanya untuk berumahtangga dan patut dikahwinkan, mereka akan mencari dan memerhatikan beberapa orang daripada anak-anak dara yang mereka kenali, dan kemudian mereka memilih salah seorang di antara mereka yang dirasakan sesuai dan padan untuk dijadikan menantu. Mereka akan mula menyelidik tentang latar belakang anak dara tersebut melalui saudara-mara dan sahabat handai. Latar belakang bukan hanya bermaksud melibatkan hal keluarga anak dara tersebut, tetapi juga tingkah laku keperibadian dan kesucian anak dara itu. Ini kerana, faktor dara atau kesucian seseorang gadis amat dititikberatkan oleh masyarakat Melayu. Istilah sudah ditebuk tupai bukan sahaja akan memalukan seluruh keluarga lelaki, malah di kalangan masyarakat Melayu, pihak lelaki dianggap dayus sekiranya mereka mengahwini anak dara yang sudah tidak mempunyai dara lagi. Sekiranya pihak perempuan merahsiakan hal ini dari pengetahuan pihak lelaki, pihak lelaki berhak menceraikan isterinya jika dia menyedari yang dia telah ditipu setelah melalui malam pertama. Ini kerana, sudah menjadi adat masyarakat Melayu menetapkan nilai mas kahwin dan hantaran yang berbeza bagi seorang anak dara dan seorang janda. Nilai bagi seorang janda adalah separuh daripada nilai seorang anak dara.

Selain itu, pilihan yang tepat adalah difikirkan perlu bukan sahaja terhadap diri anak dara terbabit, tetapi juga ibu bapanya. Ini adalah kerana orang-orang Melayu dahulu berpegang kuat kepada perbidalan Melayu "Kalau hendak meminang anak, 'pinang' ibu bapanya dahulu”.Anak dara yang biasanya menjadi rebutan dan pilihan utama adalah anak dara yang sudah khatam Al-Quran, fasih dalam bacaan dan mahir membaca Al-Quran dalam lagunya serta mempunyai sedikit sebanyak tentang pengetahuan dan hukum-hukum dalam agama Islam. Begitu juga mereka akan dinilai dari segi rupa paras yang elok dan beberapa kemahiran asas yang lain seperti menjahit, menekat dan memasak.

Dalam adat menilik atau merisik, selepas anak dara yang sesuai dipilih, biasanya wakil dari pihak lelaki akan datang ke rumah anak dara tersebut. Biasanya rombongan ini akan hanya disertai oleh ahli keluarga perempuan bagi pihak lelaki. Kedatangan ini bertujuan untuk berkenal-kenalan dengan keluarga pihak perempuan di samping melihat sendiri wajah dan tubuh badan anak dara tersebut. Kedatangan ini juga bertujuan untuk memastikan sama ada anak dara tersebut sudah dimiliki orang ataupun belum. Ada sesetengah rombongan yang hanya datang untuk melihat anak dara tersebut dan bersuai kenal dengan ahli keluarganya tanpa mengikat sebarang perjanjian atau memberi kata putus, namun ada juga yang terus mengikat janji persetujuan untuk menetapkan tarikh peminangan. Ini semua bergantung kepada pihak keluarga lelaki terbabit.

Ada rombongan yang datang tanpa diberitahu dan ada juga yang datang setelah dimaklumkan terlebih dahulu kepada pihak perempuan. Pada fahaman dan kepercayaan orang tua-tua, apabila kedatangan menilik atau merisik itu dilakukan dengan tiba-tiba sahaja dan secara kebetulan pada waktu itu didapati anak dara tersebut sedang mandi atau mencuci pakaian, maka ia membawa suatu petanda yang baik, iaitu menunjukkan jodoh pertemuan yang sejuk. Ini kononnya membawa maksud bahawa jika kedua-duanya jadi diikat sebagai suami isteri, kehidupan mereka akan menjadi senang-lenang dan keadaan rumahtangga mereka akan sentiasa aman muafakat. Akan tetapi, sekiranya sewaktu rombongan datang, anak dara tersebut sedang memasak, maka ia membawa alamat kurang baik kerana dengan yang demikian, kononnya, membawa petanda panas, iaitu tidak begitu baik. Begitu juga dipercayai oleh orang tua-tua Melayu dahulu bahawa jika sewaktu di dalam perjalanan rombongan hendak pergi merisik anak dara berlaku sesuatu bencana seperti terdapat kayu di tengah-tengah jalan, iaitu sesuatu yang dianggap menggendalakan, maka ia juga dikatakan membawa petanda yang kurang baik terhadap jodoh tersebut. Namun begitu, bagi masyarakat Melayu moden kini, kepercayaan-kepercayaan sedemikian tidak lagi diamalkan dan dititikberatkan. Malah, tidak mustahil dikatakan sebilangan besar masyarakat Melayu kini kurang memahami alamat-alamat dan petanda yang datang kepada mereka.

Setelah selesai adat menilik, rombongan tersebut akan pulang. Satu rundingan akan diadakan di antara ahli keluarga pihak lelaki yang melibatkan adik-beradik dan waris terdekat untuk mencari kata putus tentang hal tersebut. Mereka kemudiannya akan berbincang untuk menetapkan tarikh yang sesuai untuk menjalankan adat meminang dan pertunangan.

resepi trifle pudding





Bahan Layer A : 1 swiss roll
Potong dalam 1.5cm susun dalam mangkuk kaca

Bahan Layer B : castard
1 tin susu sejat (cap Idealmilk)
1/2 tin tambahkan air fruit cockrail dalam tin
4 sudu besar tepung castard (cap bird's)
3 sudu gula pasir
1 sudu esen vanilla
kuning telur sahaja

CARA MEMASAK CASTARD : Campur semua bahan dalam periuk dan kacau dulu bagi tepung castard larut kemudian baru nyalakan api dapur dan terus kacau sampai kuah castard menjadi pekat dan berkilat .Terus tutup api dan kacau perlahan-lahan bila dan suam sikit baru dituang keatas swiss roll yang dah disusun dalam mangkuk yang sesuai. Kuah castard ni mesti di kacau masa proses memasaknya kalau tak kacau nanti kuah akan jadi berketul-ketul . Kalau nak sos castard lebih pekat tambah lagi tepung castard dan kalau nak lagi manis tambah la gula

Bahan layer C : 1 tin Fruit Cocktail (Cap SPC)
Tos airnya.. Airnya boleh di siram keatas swiss roll dan separuh lagi di masak bersama castard..


Bahan Layer D : Crystal Jelly perisa strawberry (Cap Nona)
Bancuh jelly crsytal mengikut arahan yang diberi pada kotak pembungkus..

CARA NAK SUSUN ATUR TRIFFLE NI :

1. Potong kek swiss roll sederhana tebal dalam 1.5 cm ketebalannya , lepas tu susun kek dalam mangkuk yang sesuai , pastikan semua pemukaan mangkuk ditutup dengan kek .

2. Tuangkan sos castard yang dah dimasak tadi secara perlahan-lahan sampai menutupi lapisan kek tadi dan biar sampai sos castard sejuk .

3. Ambil semua fruit cocktail dalam tin yang sudah ditos awal tadi dan susunlah diatas sos castard tadi.

4. Bancuh jelly crsytal mengikut arahan yang diberi pada kotak pembungkus dan tuangkan secara perlahan-lahan atau menggunakan senduk ceduk jelly ini dan tuang ke atas buah-buahan tadi secara perlahan-lahan sampai habis jelly ini.

5. Biarkan jelly sejuk dan mengeras sikit dan boleh la dimasukkan triffle ni ke dalam peti sejuk , bila jelly dah keras boleh la dimakan bersama whipping cream ( jika mahu..aku tak letak pun..)

Lapisan triffle - paling bawah ada lah kek, cocktail, sos castard , susun lebihan fruit cocktail dalam tin dan jelly crsytal.

Tuesday, August 23, 2011

wedding dress..

i dream my wedding dress to be like this =)




luv it!!

kenangan ^_^..permainan orang kampung



Sewaktu di sekolah rendah aku tidak pernah berasa bahawa belajar itu suatu benda yang sangat penting mahupun susah. Aku ke sekolah kerana ibu menyuruh dan ayah akan marah jika aku tidak pergi ke sekolah. Apabila balik sekolah aku dan adik beradikku serta jiran-jiran aku yang kebanyakannya adalah sepupuku akan bermain sepuas-puasnya sehingga "masih nampak tanah" (aku pinjam kata-kata Mok Su Timoh jiran kami).

Terlalu banyak jenis permainan yang kami mainkan sebelum menjelang maghrib. Biasanya dimainkan dalam kumpulan secara beramai-beramai. Jika perlu membentuk dua pasukan, kami akan melakukannya melalui kaedah "berbisik". Kadang-kadang undian juga dijalankan melalui kaedah cabutan kayu kecil (satu panjang, satu pendek), atau melalui lambungan duit syiling. Kami biasanya bermain di suatu tempat yang kami panggil Pasir Putih kerana pasir di situ sangat putih, terletak di antara rumah aku dengan rumah Che Ngoh dan Kak Nora.

"To Wok" dalam bahasa yang lebih KL mungkin disebut sorok-sorok, "To Jel" adalah suatu permainan kejar mengejar yang lebih lasak dimainkan antara dua pasukan. "Kombet" adalah main perang-perang secara olok-olok. Ianya sungguh menyeronokkan dan jika kita sudah ternampak musuh dan ingin menembaknya kita akan berkata "Dang mi!" (jika hendak menembak seseorang yang bernama mi). adikku bernama nadzmi, dia sangat pandai bermain Kombet, mungkin kerana dia sangat rendah dan kecil menyebabkan dia pandai menyorok dan sukar untuk dijumpai.(tme kecik2 dahulu, skrg die seakan abg bagiku)

Kadang-kadang kami bermain Bola Awal, Bola Katok (semacam rounders), Bola Sepak, Bola Tampar, Gelap Cerah (Galah Panjang), Pondok-pondok (kami panggil Main Dangau), Pekong Selipar, Pekong Tin dan banyak lagi. Ianya sungguh mengasyikkan sehinggakan kami lupa ianya sudah hampir Maghrib, lalu berteriaklah ibu-ibu kami memanggil pulang ke rumah. Kadang-kadang kami bergaduh juga sesama sendiri, sesama jiran, sesama sepupu gara-gara ketidakpuashatian terhadap keputusan perlawanan dalam permainan ataupun kekasaran yang berlaku semasa bermain. Jika bermain bola sepak dan "To Jel", kebarangkalian untuk bergaduh adalah tinggi. Bergaduh hanya untuk dua tiga hari dan kemudian berbaik untuk bermain bersama-sama lagi.

Monday, August 22, 2011

Ustaz Azhar Idrus - Bersiap untuk Suami - halaqah.net -




p/s: ok..sy janji x lock pintu ;p

Ustaz Azhar - Cara Berkawan, bertunang sebelum kahwin



p/s: en.hafiz, kite setel part ni kn ;)

Ustaz Azhar 2010 - Bertunang Tanpa Ibu Bapa

soal jawab..

Jika seorang lelaki menyatakan hasrat kepada seorang perempuan untuk dijadikan isteri dan wanita itu bersetuju, adakah ia dikira bertunang walaupun ibu bapa perempuan itu belum tahu atau tidak kenal pihak lelaki?

Jawapan

Makna pinang dari segi syarak adalah pihak lelaki menyatakan hasrat berkahwin kepada pihak perempuan. Apabila pihak perempuan berkata setuju, maka perempuan itu sudah dikira menjadi tunang kepada lelaki tersebut.

Contohnya apabila seorang lelaki berkata kepada seorang perempuan, "Aku ingin jadikan kamu sebagai isteriku."

"Kahwin la dengan kita bila-bila," jawab perempuan tersebut.

Maka dari segi hukum syarak, tatkala pihak perempuan itu bersetuju, dia telah menjadi tunang kepada lelaki tersebut; walaupun ia disebut dalam telefon.

Jadi, haram bagi lelaki lain untuk masuk meminang jika hal itu diketahui. Namun jika pihak lelaki lain yang ingin masuk meminang itu tidak tahu, maka ia tidak haram.

Bagaimana dengan kebiasaan orang Melayu yang menghantar rombongan meminang untuk lelaki meminang perempuan?

Ia hanyalah adat Melayu, dan tiada kena mengena dengan hukum Islam. Antara hukum Islam dan hukum adat, mana satu lebih penting?

Namun tiada masalah dengan adat Melayu itu, cuma dari segi hukum Islam, bertunang itu adalah apabila seorang perempuan itu bersetuju dengan hasrat pihak lelaki untuk menjadikannya seorang isteri.

Bagaimana Jika Perempuan Itu Ketiadaan Ibu Dan Ayah?

Mengikut hukum syarak, jika perempuan itu persetujuannya sudah diizinkan oleh syarak seperti perempuan yang cerdik, yang sudah baligh dan sebagainya, ia sudah dianggap bertunang jika dia bersetuju dengan pelawaan lelaki yang menyatakan hasrat mengahwininya.

Apabila perempuan itu persetujuannya tidak menepati hukum syarak seperti belum baligh, gila dan lain-lain, maka wali diperlukan untuk menjawab 'pinangan' tersebut.

Kesimpulannya, kita perlu berhati-hati kerana kita boleh menjadi tunang orang tanpa kita sedar. Pastinya ramai yang tidak tahu dan perasan akan hakikat ini.

solat sunat nikah..en.hafiz, jgn lupe buat nnt ^_^

Niat solat sunat selepas berkahwin ialah:

"Usolli sunnata badan nikahi rakataini lillahi taala".

Maksudnya: Sahaja aku solat sunat selepas nikah dua rakaat kerana Allah Taala.

Rakaat pertama membaca surah al-Fatihah dan surah al-Kafiruun.

Rakaat kedua membaca surah al-Fatihah dan surah Al-Ikhlas.

Di antara dalil solat sunat selepas bernikah ialah:

Di dalam sebuah hadis Abu Said yang agak panjang, beliau menyebutkan bahawa para sahabat lain mengajarnya:

"Jika isterimu nanti datang menemuimu, hendaklah kalian berdua solat dua rakaat. Lalu mintalah kepada Allah kebaikan isterimu itu dan mintalah perlindungan kepadaNya daripada keburukannya. Selanjutnya terserah kamu berdua." (Riwayat Ibnu Abi Syaibah).

Sebuah hadis daripada Abu Waail. Dia berkata:

Seseorang datang kepada Abdullah bin Masud RA lalu berkata: Aku menikah dengan seorang gadis tetapi aku takut dia membenciku. Abdullah bin Masud berkata:

"Sesungguhnya cinta berasal dari Allah Taala sedangkan kebencian itu berasal dari syaitan untuk membenci apa-apa yang dihalalkan oleh Allah Taala. Jika isterimu datang kepadamu maka perintahkanlah untuk melaksanakan solat dua rakaat di belakangmu." (Riwayat Abd Razak).

Namun sebahagian orang menyatakan solat sunat ini tidak ada asasnya di dalam Islam kerana hadis-hadis yang dikemukan ini tidak kuat.

Tetapi Syeikh al-Albani juga mengatakan hadis ini mempunyai sanad yang baik dan mempunyai sandaran yang jelas dengan perbuatan generasi Salaf al-Soleh.

Wallahualam.

Sunday, August 21, 2011

tips yang menarik ^_^



Tips yang menarik untuk dikongsi bagi mereka yang sedang mempunyai niat untuk berkahwin dalam masa terdekat dan bagi mereka yang telah berkahwin :

1. KETIKA MENCARI CALON
Janganlah mencari isteri, tapi carilah ibu bagi anak-anak kita. Janganlah mencari suami, tapi carilah ayah bagi anak-anak kita.

2. KETIKA MELAMAR
Anda bukan sedang meminta kepada orang tua/wali si gadis, tetapi meminta kepada Allah melalui orang tua/wali si gadis.

3. KETIKA AKAD NIKAH
Anda berdua bukan menikah di hadapan penghulu, tetapi menikah di hadapan Allah.

4. KETIKA RESEPSI PERNIKAHAN
Catat dan hitung semua tamu yang datang untuk mendoa'kan anda, kerana anda harus berfikir untuk mengundang mereka semua dan meminta maaf apabila anda berfikir untuk BERCERAI kerana menyia-nyiakan do'a mereka.

5. KETIKA MALAM PERTAMA
Bersyukur dan bersabarlah. Anda adalah sepasang anak manusia dan bukan sepasang malaikat.

6. SELAMA MENEMPUH HIDUP BERKELUARGA
Sedarilah bahawa jalan yang akan dilalui tidak melalui jalan bertabur bunga, tapi juga semak belukar yang penuh onak dan duri.

7. KETIKA BIDUK RUMAH TANGGA GOYANG
Jangan saling berlepas tangan, tapi sebaliknya justru semakin erat berpegang tangan.

8. KETIKA BELUM MEMILIKI ANAK
Cintailah isteri atau suami anda 100%

9. KETIKA TELAH MEMILIKI ANAK
Cintailah isteri atau suami anda 100% dan cintai anak-anak anda masing-masing 100%.

10. KETIKA EKONOMI KELUARGA MERUDUM
Yakinlah bahawa pintu rezeki akan terbuka lebar berbanding lurus dengan tingkat ketaatan suami dan isteri.

11 .KETIKA EKONOMI BERKEMBANG
Jangan lupa akan jasa pasangan hidup yang setia mendampingi kita semasa menderita.

12. KETIKA ANDA ADALAH SUAMI
Boleh bermanja-manja kepada isteri tetapi jangan lupa untuk bangkit secara bertanggungjawab apabila isteri memerlukan pertolongan Anda.

13. KETIKA ANDA ADALAH ISTERI
Tetaplah berjalan dengan gemalai dan lemah lembut, tetapi selalu berhasil menyelesaikan semua pekerjaan.

Saturday, August 20, 2011

water birth..



Pagi tadi duk terbelek paper lame, tibe terdetik dihati utk share ttg dr.halina yg deliver baby thru waterbirth method..Aku mendengar tentang kaedah ini melalui seorang sahabat dan dia pula mendapat informasi ini dari seorang doktor aku di kolej beberapa tahun yang lalu, di mana beliau seorang Obstetrician wanita dari Iran, beliau menasihatkan jika kelak ingin bersalin, pilihlah kaedah bersalin di dalam air..

Kaedah tersebut sebenarnya sangat popular di negara Eropah dan kini Malaysia pun sudah mula menggunapakai kaedah ini.. Tapi ada negara-negara yang masih lagi belum menggunapakai kaedah ini disebabkan kajian yang menyokong tentang kebaikannya masih belum mencukupi.. Sejarah menunjukkan kajian tentang kaedah melahirkan bayi dalam air ini sudah bermula semenjak tahun 1960 an lagi..

Kelahiran dalam air atau WATER BIRTH sebenarnya adalah kaedah di mana si ibu yang mahu bersalin direndam ke dalam tab besar yang steril dan diisi dengan air suam.. Selalu yang aku baca, paras air selalu takat pinggang, kawasan bawah bahu dan tak adalah kita merendamkan satu badan dengan kepala si ibu ya.. Lemas pula nanti.. Ya tak..

Antara kebaikannya menurut kajian, kaedah ini boleh mengurangkan rasa sakit sebab ia bertindak seolah seperti pain relief dan juga mengurangkan risiko kecederaan atau trauma kepada bayi semasa proses kelahiran.. Air suam tersebut dikatakan menyerupai keadaan di dalam rahim.. Jadinya, ini satu kebaikan untuk bayi itu sendiri..

Untuk si ibu pula, doktor aku ada sebut, selain untuk kurangkan rasa sakit, cara bersalin dalam air ini juga sebenarnya boleh mengurangkan atau tiada langsung koyakan dan seterusnya mengurangkan keperluan episiotomy iaitu proses menggunting untuk melebarkan laluan kelahiran bayi.. Jadinya, dah tak perlu nak jahit-jahit dah.. Tapi menurut kajian, ini untuk ibu yang dah melahirkan lebih dari seorang bayi.. Jika bayi pertama, risiko koyakan lebih kurang sama jika anda melahirkan di luar atau di dalam air..

Teknik ini masih lagi terus dikaji dan cuba untuk dimajukan.. Mana tahu satu hari nanti, ianya dah jadi salah satu pilihan utama di Malaysia bagi ibu-ibu yang ingin melahirkan anak..

Overall.. Anda boleh tengok banyak video Water Birth di You Tube.. Ini juga boleh jadi satu cara untuk anda mengeratkan kasih sayang antara suami dan isteri.. Hey! Suami pun boleh join berendam sekali okay in most of the deliveries.. Sweet apa.. =)


Wednesday, August 17, 2011

Aqualung - Brighter Than Sunshine Lyrics



Since the first time i heard this song i fell in love!...

** craving **huhu



~~ pintu rezeki~~

salam.
ini adalah sebuah cerita berkenaan rezeki dan dengki. penutup rima yang sedap didengar bukan bermakna aku akan bercerita tentang pantun, tapi aku nak meluahkan atau meng'express'kan keterkilanan hati aku terhadap sikap dengki yang berbangkit atas dasar rezeki.
mak aku kata, kalau nak murah dan mewah rezeki, kita mesti:




1.
bangun pagi, mandi dan solat subuh.



2.
lepas solat subuh, jangan sambung tido.



3.
amalkan mathurat.



4.
buka tingkap, pintu umah (grill tu korang kunci laa)



5.
solat dhuha



hah, tu antara tips yang mak aku beri dan ada antara tu yang aku amalkan dengan penuh tawaduk dan istiqamah, tapi selalunya ianya hanya umpama angin bayu yang melibas-libas muka aku je. ngee~ tak larat kekadang nak terus menjana tenaga lepas solat subuh (esp hujung minggu) almaklumla, wanita berkerjaya katanya....(alasan je ni)kekeke



tapi, aku tak nafikan bila aku amalkan ape yang mak aku pesan ni, aku rasa urusan aku dimudahkan. rezeki aku pun mewah, alhamdulillah. cuma yang jadi masalahnya bila ada yang menjeling sinis dengan apa yang DIA pinjamkan pada aku. aku ulang lagi PINJAM ok. aku baru hulur kad as a wealth consultant, tapi responnye ya hampuuun..macam aku cuba nak berlagak dengan dia. eee..geram (sabar khairiah..sabar). aku bukannya nak show off dengan jiwa-jiwa itu..tapi aku cuma nak kongsi info, nak sama-sama tau. alahai~ berapa sangat laa income aku bulan ni utk UT tu (ehem..tapi boleh tahan gak laa..huwawawaa). aku cuma nak jiwa-jiwa tu sokong aku, bukannya hebahkan satu dunia yang aku ni berlagak kaya dan pandai dan segala-mala yang sengaja diwujudkan. aduhai~ lomah jiwa aku jadinya.


korang mesti pernah tengok cerita seniman bujang lapuk, part mr.singh the security cakap, "rezeki dia, dia makan..rezeki awak, awak makan..buat apa dengki sama orang" (actelli dialog tu bukan mcm ni, tapi lebih kurang la) tapi memang sangat tepat apa dia cakap. setiap orang tu, Tuhan dah sertakan bahagian @ rezeki masing-masing. setakat ni kat Malaysia, takde lagi aku dengar orang mati sebab tak cukup makan. tapi walaupun Tuhan dah sertakan rezeki dan bahagian masing-masing, jangan la anggap semua tu alasan untuk tak berusaha. umpamanya, gaji RM2000, tolak sewa umah, bil-bil, transport, bagi famili..tinggal RM500 sebulan untuk diri sendiri. cukup ke? macam tak cukup je. then, pikir la alternatif nak tambah pendapatan sendiri. jangan la pikir, "takpe, tak cukup leh pinjam kawan". wah...hengatt kawan mu itu cap duit?? (eh..naper emo plak ni?) ngee~


pendek kata, rezeki tu sentiasa ada. dimana-mana...di langit dan di bumi. pokok pangkalnya, sejauh mana kita berusaha nak dapat rezeki yang lebih. yang penting, bila kita ada lebih dari yang lain..kita kongsi dengan yang lain. jangan berat hati untuk sedekah. korang mesti selalu perasan orang yang pergi meja ke meja kat foodcourt atau tempat-tempat makan..ada yang mcm berat nak bagi sebab tipu, atau sandiwara katanya. pada aku konsepnya senang je..bab tipu atau drama ke, tu urusan dia dengan 'Yang Diatas' sana. kita hulur dengan dia dengan niat sedekah atau hibah..anggap la dia memang memerlukan. tu je.


meh aku nak share satu ayat dengan korang:

Firman Allah S.W.T yang maksudnya “Bandingan (perbelanjaan/derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai: tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji benih. Dan (ingatlah) Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya dan Allah amat luas (rahmat) kurnian-Nya, lagi meliputi ilmu pengetahuan-Nya.”(al-Baqarah:26)

see..korang cube kira sendiri laa berapa banyak biji benih yang korang dapat dan boleh korang tuai kat negeri abadi sana. fuuuhh!! Tuhan tu sebenarnya pemurah kan? tapi kita ni je yang mudah lupe. *sigh*


.:lesson of life:.

i feared to be alone
until i learned to like myself

i feared failure
until i realized that i only fail when i don't try

i feared success
until i realized that i had to try
in order to be happy with myself

i feared people's opinions
until i learned that people would have opinions
about me anyway

i feared rejection
until i learned to have faith in myself

i feared life
until i experienced its beauty

i feared death
until i realized that it's not an end,
but a beginning

i feared my destiny,
until i realized that i've the power
to change my life

i feared hate
until i saw it was nothing
more than ignorance

i feared love
until it touched my heart
making the darkness fade
into endless sunny day

i feared ridicule
until i learned how to laugh at myself

i feared growing old
until i realized that i gained wisdom every day

i feared the future
until i realized that life just kept getting better

i feared the past
until i realized that it could no longer hurt me

i feared dark
until i saw the beauty of starlight

i feared the light
until i learned that the truth would give me strengh

i feared change
until i saw that even the most beautiful butterfly
had to undergo a metamorphosis before it could fly~~

hati aku : "jangan takut akan gelap, kerna gelap melindungi kita dari kelelahan". banyak sangat perkara yang menjadi momok dalam hidup aku. apa yang aku perlukan adalah segenap keberanian untuk aku hadapi tiap apa yang menjadi ketakutan. hati oh hati, moga kau terus kuat untuk semua ini. jiwa oh jiwa, jangan sekali kau lemah hanya kerana diuji olehNYA.

must read..^_^


A novel that captured readers' hearts and introduced a fresh new voice in women's fiction — Cecelia Ahern.

Holly couldn't live without her husband Gerry, until the day she had to. They were the kind of young couple who could finish each other's sentences. When Gerry succumbs to a terminal illness and dies, 30-year-old Holly is set adrift, unable to pick up the pieces. But with the help of a series of letters her husband left her before he died and a little nudging from an eccentric assortment of family and friends, she learns to laugh, overcome her fears, and discover a world she never knew existed.

The kind of enchanting novel with cross-generational appeal that comes along once in a great while, PS, I Love You is a captivating love letter to the world!

holding on, letting go, and learning to love again...^_^

Thursday, August 11, 2011

=)=)=)

tinggal lagi 2minit..sy still nk wish



HAPPY TO KNOW YOU WITHIN THESE 3 MONTHS ENCIK HAFIZ


" SAYA SAYANG AWAK"


=)


^_^ syukur + sabar ^_^

Dalam kesibukan diri melayari bahtera kehidupan ini, banyak dugaan dan cabaran yang kita temui, mungkin ada cabaran yang berjaya kita harungi, dan ada yang sebaliknya.

Cuma hakikatnya, kita sebagai manusia memang tidak lepas dari menghadapi dugaan ini.

Para ulama' dan ahli ibadah zaman dahulu mengklasifikasikan ujian yang diterima oleh seseorang itu adalah mahar yang akan dijadikan saksi ketika hari yang tiada saksi melainkan amalan yang soleh, ia juga dianggap sebagai sebuah nikmat kerana bagi mereka Allah masih menerima amalan dan masih melihat mereka.

Bagaimana keadaan ini boleh berlaku?

Sifat Syukur

Syukur adalah satu sifat yang sangat penting di dalam diri seseorang.

Tanpa syukur, seorang manusia itu akan lupa daratan dan sentiasa merasakan diri merekalah yang sebenarnya sempurna dan berkuasa.

Lihat sahaja kepada contoh golongan yang tidak bersyukur yang telah dinukilkan oleh Allah SWT di dalam al-Quran sebagai iktibar kepada hamba-Nya.

Firaun Dan Pengikutnya

Firaun adalah seorang raja yang telah diberikan keistimewaan oleh Allah S.W.T dengan tidak pernah jatuh sakit sepanjang hidupnya. Di samping itu juga, dia diberikan sebuah kerajaan yang sagat besar dan kuat iaitu kerajaan Mesir ketika itu.

Tetapi malangnya, Firaun menjadi sombong dan lupa diri.

Oleh kerana keistimewaanya itu, dia merasakan dirinya adalah Tuhan yang patut disembah - dia menyuruh seluruh rakyatnya menyembah dirinya.

Sehinggakan Allah S.W.T mengutuskan Nabi Musa a.s. untuk menjadi petunjuk ke atas rakyat yang telah dizalimi tadi.

Allah S.W.T juga memberi balasan yang setimpal ke atas perbuatan angkuh Firaun itu dengan menenggelamkan dia di Laut Merah sewaktu cuba membunuh Nabi Musa a.s.

Begitu juga yang terjadi ke atas Haman; perdana menteri yang dilantik ketika pemerintahan Firaun.

Dia banyak menghabiskan duit rakyat dan sentiasa mengampu Firaun dengan kata-kata manis untuk mengekalkan kedudukannya selaku perdana menteri; orang yang kedua tertinggi dalam kerajaan Firaun laknatullah.

Kisah Raja Namrud

Raja Namrud juga salah satu contoh manusia yang tidak bersyukur atas pemberian Ilahi, bukan sahaja bersifat angkuh tetapi dia mahu membakarnya hidup-hidup Nabi Ibrahim a.s. yang diutuskan oleh Allah ke atas kaum mereka.

Namun dengan sifat kasih sayang Allah S.W.T, api yang sepatutnya bersifat panas dan membakar menjadi dingin dan selamat untuk Nabi Ibrahim a.s. dan Namrud pula akhirnya dimusnahkan dengan dihantar seekor nyamuk yang masuk ke dalam kepalanya untuk memakan otaknya.

Manusia Yang Paling Sabar

Nabi Ayub dikurniakan kesempurnaan kehidupan oleh Allah S.W.T. Baginda dikurniakan harta yang banyak dan keluarga yang bahagia, tetapi kuasa Allah S.W.T lebih hebat apabila menguji baginda dengan menarik sedikit demi sedikit nikmat yang telah dikurniakan-Nya kepada Nabi Ayub.

Ia bermula dengan harta yang semakin berkurangan, anak-anak yang meninggal dunia dan seterusnya dengan penyakit sopak yang menjijikkan.

Mengenai pelbagai ujian itu Allah S.W.T berfirman, maksudnya:

"Dan sesungguhnya akan Kami berikan cubaan kepadamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira bagi orang yang sabar, iaitu orang yang apabila ditimpa musibah mereka mengucapkan, 'Sesungguhnya kami milik Allah dan kepada-Nya kami kembali'."

Walaupun diuji dangan begitu hebat sekali, beliau masih tetap percaya Allah S.W.T ada menyelitkan hikmah di sebalik kedukaan ujian yang melandanya.

Akhirnya dengan sifat kesempurnaan Allah, segala ujian yang diberikan digantikan semula dengan kegembiraan dan Nabi Ayub a.s dinaikkan darjat sebagai orang yang bersabar di atas ujian yang menimpa.

Jesteru ayuh sahabat sekalian, majulah dalam menempuh ujian hidup ini kerana ada sesuatu yang manis sedang menunggu kita.

Ingatkan teman yang lain dan ingatkan diri kita sendiri.

Moga Allah memberi taufiq ke atas diri kita dan dikurniakan kejayaan di atas amalan yang dilakukan.

"Ya Allah jangan Kau uji kami dangan ujian yang tidak tertanggung oleh kami, sesungguhnya kami hamba-Mu yang daif dan lemah."

"Tanpa keberanian, mimpi takkan bermakna."

"Masa depan yang cerah berdasarkan pada masa lalu yang telah dilupakan.

Kamu tidak dapat melangkah dengan baik dalam kehidupan kamu sampai kamu melupakan kegagalan kamu dan rasa sakit hati."

Wednesday, August 10, 2011

justin bieber..but en.hafiz jd en.hafiz fever ;)

time demam ni la yg saya cari..skrg bkn sy yg demam tp en.hafiz..alolo cian

kitaorang cam ade button gilir2 demam..hehe arini st ari dia diam..rupenye demam

pnh satu entry dlu sy btau yg sy akn susah hati kalo sy tau org lain sakit..skrg ni la mood yg muncul..hehe

to en.hafiz: jage diri elok2..cpt2 bagi sihat ^_^
since sy x keje lg ni, so pass je demam2 kat sy

Monday, August 8, 2011

an addict of many things..i am

i'm a

musicaholic.

artaholic.

lovaholic.

foodaholic.

musicaholic.

movieholic.

bookaholic.

workaholic?

lifaholic~~


are you?

Sunday, August 7, 2011

thepoplook.com






yeay, finally i found the link where i can do my shopping on9..

and i hv many choices to choose long maxi dress and outerwear..

hooray..can't wait 4 it

since jeans limited utk pki, rs nye pki maxi mcm ni much better kn sbg seorang guru ^_^

Saturday, August 6, 2011

every woman is beautiful..



A little boy asked his mother, " Why are you crying?" "Because I'm a woman", she told him. " I don't understand", he said. His mum just hugged him and said, " And you never will"..


Later the little boy asked his father, " Why does mother seem to cry for no reason?" " All women cry for no reason" was all his dad could say.


The little boy grew up and became a man, still wondering why women cry.


Finally he put in a call to God; when God got on the phone, the man said, " God, why women cry so easily?"


God said, "When I made women she had to be special. I made her shoulders strong enough to carry the weight of the world; yet, gentle enough to give comfort.


I gave her an inner strength to endure childbirth and the rejection that many times come from her children.


I gave her a hardness that allows her to keep going when everyone else gives up and take care of her family through sickness and fatigue without complaining.


I gave her the sensitivity to love her children under any and all circumstances, even when her child has hurt them very badly.





I gave her strength to carry her husband through his faults and fashioned her from his rib to protect his heart.


I gave her wisdom to know that a good husband never hurts his wife, but sometimes tests her strengths and her resolve to stand beside him unfaltering.


And finally I gave her a tear to shed. This is hers exclusively to use whenever it is needed. The beauty of a woman is not in the clothes she wears, the figure that she carries, or the way she combs her hair. The beauty of a woman must be seen in her eyes, because that is the doorway to her heart, the place where love resides."


" Every woman is beautiful."

Thursday, August 4, 2011

kelebihan solat tarawih..jom (^_^)



1. Kelebihan Solat Tarawih Malam Pertama
Diampuni dosa orang-orang yang beriman sebagaimana keadaannya baru dilahirkan.

2. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kedua
Diampunkan dosa orang-orang yang beriman yang mengerjakan solat Tarawih, serta dosa-dosa kedua ibubapanya.

3. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketiga
Para malaikat di bawah ‘Arasy menyeru kepada manusia yang mengerjakan solat Tarawih itu agar meneruskan solatnya pada malam-malam yang lain, semoga Allah akan mengampunkan dosa-dosa mereka.

4. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keempat
Orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih akan memperolehi pahala sebagaimana pahala yang diperolehi oleh orang-orang yang membaca kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.

5. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelima
Allah SWT akan mengurniakan pahala seumpama pahala orang-orang yang mengerjakan sembahyang di Masjidil Haram, Masjidil Madinah dan Masjidil Aqsa.

6. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keenam
Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala seumpama pahala malaikat-malaikat yang bertawaf di Baitul Makmur serta setiap batu dan tanah berdoa untuk keampunan orang-orang yang mengerjakan tarawih malam itu.

7. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketujuh
Seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa a.s serta menolong Nabi itu menentang musuhnya Fir’aun dan Hamman.

8. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelapan
Allah S.W.T mengurniakan pahala orang yang bersolat tarawih sebagaimana pahala yang dikurniakan kepada Nabi Ibrahim a.s.

9. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesembilan
Allah S.W.T akan mengurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hamba-Nya seperti Nabi Muhammad s.a.w.

10. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesepuluh
Allah SWT mengurniakan kepadanya kebaikan dunia dan akhirat.

11. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesebelas
Ia meninggal dunia di dalam keadaan bersih dari dosa seperti baru dilahirkan.

12. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduabelas
Ia akan dibangkitkan pada hari kiamat dengan muka yang bercahaya-cahaya.

13. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketigabelas
Ia akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman sentosa dari sebarang kejahatan dan keburukan.

14. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keempatbelas
Malaikat-malaikat akan datang menyaksikan mereka bersolat Tarawih serta Allah S.W.T. tidak akan menyesatkan mereka.

15. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelimabelas
Semua malaikat yang memikul ‘Arasy dan Kursi akan berselawat dan mendoakannya supaya Allah mengampunkannya.

16. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keenambelas
Allah S.W.T. menuliskan baginya dari kalangan mereka yang terlepas dari api neraka dan dimasukkan ke dalam syurga.

17. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketujuhbelas
Allah S.W.T menuliskan baginya pahala pada malam ini sebanyak pahala Nabi-Nabi.

18. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelapanbelas
Malaikat akan menyeru: Wahai hamba Allah sesungguhnya Allah telah redha denganmu dan dengan kedua ibu bapamu (yang masih hidup atau yang sudah mati).

19. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesembilanbelas
Allah S.W.T akan meninggikan darjatnya di dalam Syurga Firdaus.

20. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh
Allah S.W.T mengurniakan kepadanya pahala sekelian orang yang mati syahid dan orang-orang soleh.

21. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh satu
Allah S.W.T akan membina untuknya sebuah mahligai di dalam syurga yang diperbuat dari cahaya.

22. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh dua
Ia akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman dari sebarang huru-hara pada hari tersebut.

23. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh tiga
Allah S.W.T akan membina untuknya sebuah bandar di dalam syurga daripada cahaya.

24. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh empat
Allah S.W.T akan membuka peluang untuk dua puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih pada malam tersebut.

25. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh lima
Allah S.W.T akan mengangkat seksa kubur darinya.

26. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh enam
Allah S.W.T akan mengurniakan pahala empat puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih pada malam tersebut.

27. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh tujuh
Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya kemudahan untuk melintasi titian sirat sepantas kilat.

28. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh lapan
Allah S.W.T akan menaikkan kedudukannya seribu darjat di akhirat.

29. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh sembilan
Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala seribu haji yang mabrur.

30. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketigapuluh
Allah S.W.T akan memberi penghormatan kepada orang yang bertarawih pada malam terakhir dengan firman-Nya (yang bermaksud): Wahai hambaku!, makanlah segala jenis buah-buahan yang Engkau ingini untuk dimakan di dalam syurga dan mandilah kamu di dalam sungai yang bernama salsabil serta minumlah air dari telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad s.a.w. yang bernama Al-Kautsar.

kuih nekbat - terengganu speciality (,")


Bila datangnya Ramadan di Terengganu...perkataan Nekbat terus popular kembali selepas hampir setahun dilupakan. Nekbat satu nama yang cukup unik dan ramai yang tertanya tentang identiti sebenar si empunya nama.

Saya mengenali Nekbat semenjak dari kecil lagi...namun begitu generasi baru kian melupakannya.

Kuih nekbat ini sebenarnya diperbuat daripada tepung beras dan juga telur. Kuih ini pada kebiasaannya disediakan dalam dua fasa.Pada fasa pertama, adunan tepung akan dibakar dan dimasak sehingga gebu seperti baulu yang mempunyai rasa tawar dan lebih keras. Apabila sudah kembang dan bertukar kekuningan ia sedia untuk dihidangkan. Nekbat yang telah dimasak akan disimpan kering atau dijual kepada pelanggan .

Manakala untuk fasa yang kedua pula, kuih nekbat ini akan disira dalam air gula yang dimasak dengan daun pandan dan cengkih bagi memberi bau wangi dan dibiarkan jelira sebelum dihidangkan berkuah dengan air gula. Nekbat yang telah disira tidak boleh dibiarkan lama, kerana ia akan menjadi kembang dan mudah hancur. Nekbat juga amat enak apabila disejukkan terlebih dahulu di dalam peti ais.

Berikut ialah resepi untuk nekbat..

Bahan-bahannya:

1kg tepung beras
12bj telur ayam
500g gula
5 helai daun pandan

Cara menyediakannya:

Tepung beras di sanggai dengan api sederhana sehingga kering. Biarkan ianya sejuk. Telur dipukul hingga kembang dan berbuih.

Panaskan acuan dan sapu acuan dengan minyak kemudian taburkan sedikit tepung didalam adunan telur sedikit demi sedikit.

Tuang adunan tepung ke dalam acuan dan bakar hingga kuning.

Untuk siranya, masukkan 2 gelas air dan 10 sudu besar gula ke dalam periuk. Bila air gula sudah mendidih, masukkan nekbat yang telah siap dibakar.

*10 sudu besar gula untuk 10 biji kuih nekbat.

Tuesday, August 2, 2011

wanita dan PMS ;p

PMS merupakan singkatan bagi Pre-menstrual-syndrom atau dalam bahasa melayunya Sindrom pra-haid. Kebanyakan wanita menjelang haidnya akan mengalami beberapa gejala atau symptom yang luar dari kebiasaan akibat gangguan horman dalam tubuh badan. Simptom ini bermula dari 7 hingga 10 hari sebelum haid tiba. Kajian menunjukkan PMS lebih banyak dialami oleh golongan wanita berumur 25 hingga 30 tahun. Namun, saya pasti di kalangan kita sendiri pun ramai yang mengalaminya.

Antara tanda-tanda PMS dari segi fizikal adalah rasa letih, tidur terganggu, kekejangan abdomen, sakit kepala dan kembung perut. Manakala tanda-tanda dari segi mental adalah berlakunya gangguan emosi, cepat naik marah, tertekan, rasa tidak berguna malah hilang minat minat terhadap aktiviti yang biasa dilakukan. Mungkin bagi golongan yang tidak mengalaminya, menganggap golongan wanita yang dilanda PMS sebagai seorang yang mengada-ngada. Tapi hakikatnya, segalanya berlaku diluar kawalan kerana disebabkan oleh perubahan hormon yang berlaku dalam badan seseorang.

Salah Faham tentang PMS

Rata-rata orang Asia teruatamanya Malaysia menganggap gejala ini sebagai sesuatu yang normal berlaku terhadap setiap wanita, terutamanya mereka yang belum berkahwin. Makanya, tiada sebarang usaha yang dilakukan untuk mengatasinya. Mereka lebih rela menderita dalam senyap, menahan sakit sendiri, atau memilih tidur dan masa sebagai ubat. Hakikatnya, PMS jika tidak diatasi dengan baik akan mengganggu sistem kehidupan kita.

Terpaksa ponteng kelas, terpaksa meninggalkan aktiviti harian, terpaksa tidur sepanjang hari semata-mata untuk melegakan sakit yang dialami. Kajian menunjukkan PMS banyak menjejaskan wanita dalam aspek prestasi kerja, belajar, perhubungan sesame keluarga dan orang yang tersayang. Ramai wanita yang telah lali dengan PMS menganggapnya sebagai sebahagian daripada kehidupan mereka. Konsep pemikiran yang salah inilah yang menghalang setiap dari kita untuk mendapatkan bantuan sebaiknya demi mengatasi gejala ini.

Terdapat juga mitos tentang penggunaan ubat-ubat penahan sakit yang boleh melegakan PMS, tetapi membawa kepada kesan yang lebih buruk pada masa akan datang. Hakikatnya, menurut seorang pelajar Farmasi, paracetamol bukanlah punca kepada kanser. Pengambilannya juga tidak membahayakan, maka kerajaan kita membolehkan paracetamol didapati oleh sesiapa saja dan dimana-mana sahaja.

Rawatan PMS

Antara cara perawatan yang baik untuk mengurangkan atau mengatasi sindrom ini adalah dengan mengamalkan gaya hidup yang sihat. Diet yang baik(kurangkan jumlah pengambilan gula dan lemah), senaman aerobic 30minit, 4 hingga 6 kali seminggu juga baik untuk mengatasi tekanan dan menstabilkan mood.

Cara yang paling mudah pastinya dengan pengambilan ubat-ubatan yang boleh menstabilkan hormon, juga ubat-ubatan penahan sakit yang boleh didapati di pasaran. Antara ubat yang disyorkan adalah Evening Primrose Oil(EPO) untuk menstabilkan hormon, dan juga pil panadol menstrual untuk melegakan senggugut.

pape pn kumpul duit dlu ye kima mohd noor ^_^

this..



or this...


Monday, August 1, 2011

rahsia perempuan =)

soalan:
Bilakah Waktunya Tahap Terbaik Kesuburan Wanita?
Dan Bagaimanakah Caranya Untuk Mengenal Pasti Masalah Kesuburan Di Kalangan Wanita?

jawapan:
Secara umumnya wanita subur sebaik sahaja dia mencapai akil baligh iaitu apabila haid pertamanya keluar. Biasanya kanak-kanak perempuan mencapai akil baligh dalam lingkungan umur 12 tahun.

Lumrahnya, bagi seorang wanita, tempoh kesuburan berlangsung sehingga seseorang wanita mencecah umur 48 tahun iaitu sehingga berlaku putus haid (monopaus). Oleh itu dalam jangkamasa 36 tahun waktu subur tersebut, bagi wanita yang berumahtangga akan mengalami beberapa kali kehamilan dan kelahiran.

Kesuburan seseorang wanita berkait dengan keupayaan mengeluarkan telur atau benihnya. Benih perempuan akan keluar sekali dalam satu pusingan haid dan pada waktu tertentu sahaja.

Terdapat beberapa cara atau kaedah bagi menentukan seseorang wanita itu mengeluarkan benih atau tidak dan bilakah masanya benih tersebut keluar. Waktu mengeluarkan benih inilah waktu subur atau pun disebut sebagai fertile period.

Oleh itu bagi pasangan yang inginkan cahaya mata, inilah masa yang sesuai untuk melakukan hubungan seksual atau persetubuhan atau sebaliknya elakkan hubungan bagi yang merancang untuk tidak ingin hamil.

Waktu subur boleh dikenalpasti sendiri melalui:

1. Pusingan Haid (menstruasi):

Bagi seseorang wanita yang mempunyai pusingan haid yang teratur setiap bulan biasanya subur. Pegeluaran benih akan berlaku pada hari ke-13 atau 14 (dikira dari hari pertama darah haid keluar).

Satu pusingan haid - ianya dikira dari hari pertama keluar haid hinggalah sehari sebelum haid datang semula. Ianya meliputi jangka masa 28 ke 30 hari.

Oleh yang demikian adalah penting bagi setiap wanita yang inginkan cahaya mata senantiasa merekod tarikh bagi keluaran haid dalam buku catatan khas - yang mengandungi carta suhu badan.

Selain itu ada beberapa tanda yang biasanya berlaku pada masa keluaran benih seperti ada rasa sakit atau senak dibahagian bawah perut dan pengeluaran lendir yang berlebihan dari kemaluan. Kadangkala lendir ini berwarna coklat, jernih dan mudah dijalurkan atau stretchable dan rupanya seperti putih telur mentah. Sebaik sahaja lendir keluar, lendir bertukar bentuk menjadi lebih kesat dan pekat.

2. Catatan Suhu Badan:

Catatan suhu perlu dilakukan dengan menggunakan jangka suhu atau thermometer khas yang digelar "ovulation thermometer". Catatan suhu badan ini perlu dilakukan sebaik sahaja bangun dari tidur (sebelum mandi). Persediaan awal perlu dilakukan pada malam sebelumnya iaitu dengan menggoncangkan thermometer supaya tanda raksa akan turun ke paras yang paling rendah. Apabila hendak mengambil suhu badan, thermometer tersebut perlu dimasukkan ke dalam mulut selama dua atau tiga minit. Catatan suhu badan ini sepatutnya dilakukan setiap hari kecuali pada masa datang haid.

Biasanya suhu badan akan turun sedikit pada hari pengeluaran benih dan sejurus kemudian ianya akan meningkat naik sebanyak 0.2 darjah celcius dan kenaikan suhu badan ini akan berlarutan sekurang-kurangnya 10 hari atau lebih. Sekiranya bentuk carta sedemikian tidak diperolehi maka seseorang wanita itu mungkin alami masalah tidak mengeluarkan benih dan seterusnya tidak boleh hamil.

ramadhan mubarak ^_^

first entry utk ogos dimulakan dgn sambutan puasa dan terawikh..so far mission utk bt terawih alhamdulillah termakbul tapi....

misi utk bgn awl n kejutkan en.hafiz teeeetttttttttttttt..kekeke

sudahnye misi terbalik..hahaha malu pn ade tp layannnnn..zassss hehe

to en.hafiz, harap anda bersabar dgn habit liat sy ni ye ^_^..kuikuikui..

so everyone wish u all..



happy fasting!!