*MOHD NOOR AHMAD* - 3 OGOS 2010
*ISHAK DA* - 21 APRIL 2011
DAMAILAH DISANA..MUNGKIN SATU HARI NANTI KITA MAMPU BERSUA KEMBALI..
Friday, April 22, 2011
rindu..
Posted by kima_(0_0) at 11:59 PM 0 comments
peritnya dugaanMU TUHAN..
Peritnya dugaanMu Tuhan
Serasa tiada penawar tiada ubat-ubatan
Bukankah telah acapkali aku meminta-minta
Kenapa tidak Kau kurniakan jua?
Peritnya dugaanMu Tuhan
Jiwaku serasa hancur luluh kelepuhan
Bukankah Kau telah berjanji?
Mintalah PadaKu dan akan Kuberi
Peritnya dugaanMu Tuhan
Serasa sebak hati menahan
Kenapa Kau uji sehebat ini?
Apa lah jua kesalahan diri?
Peritnya dugaanMu Tuhan
Berilah aku tanda peringatan
Utuslah dugaan ini dengan hikmah
Agar tenang hatiku yang luka parah
Beratnya dugaanMu Tuhan
Semuanya mengajarku erti kesyukuran
Erti penghambaan dan pengabdian
Erti rahmat dalam keperitan
Peritnya dugaanMu Tuhan
Kalaulah dapat aku lafazkan…..
…………………………………………………….
-Allah itu menjawab doa hamba2nya dengan 3 cara
*Minta dan terus diberiNya
*Minta dan ditangguhNya hingga ke suatu masa
*Minta dan tidak diberiNya, tetapi menukar permintaan itu dengan pemberian yang lebih bermakna dan baik buat si peminta
Posted by kima_(0_0) at 11:57 PM 0 comments
untuk anak didik tercinta..
Belajar ini bukan mudah, andailah kalian tahu. Belanja pelajaran ini bukan percuma, andailah kalian mampu. Belajarlah sayang; anak2 didikku.. biar kalian jadi orang gemilang. Yang berjuang demi ibu ayah dan orang tersayang, sampai diangkat nyawa melayang….
Sayang…
Ingat ayah di rumah
Tak lekang jerih payah
Bermandi haring getah
Berlumur lumpur lecah
Sayang…
Ingat ibu di kampung
Tak lekang pekik lolong
Bersiram debu tepung
Berlingkar jalan lorong
Ayah tak mahu harta
Ibu tak mahu wang berjuta
Cuma bahagia bila dewasa
Dengan hidup dan kerjaya
Sayang…
Jangan kau di sini
Menjadi kaki joli
Meniaga harga budi
Menjual maruah diri
Yang di sini cuma perintang2 waktu
Yang selalu melalaikanmu
Maka carilah pentunjuk-Nya
Menyuluh ke jalan bahagia…
Posted by kima_(0_0) at 11:48 PM 0 comments
sebelum menutup mata..
Sebelum menutup mata, ingin kubuktikan pada Allah taala, aku hambaNya yang telah mencuba sedaya upaya menurut perintahNya. Telah bersusah payah mengharungi kehidupan yang terlalu banyak dugaannya. Dan telah berjuang demi kepentingan agama dan bangsa
Sebelum menutup mata, ingin aku gembirakan hati ayah bonda dan keluarga tercinta. Ingin kubelai ayah bonda dengan kasih sayang walaupun bukan dengan rangkulan kedua belah tangan. Ingin kukucup dahi bonda dan ayahanda, biar mereka tahu bahawa tiada apa yang lebih bererti dalam hidup ini selain mereka berdua. Ingin ku jadi contoh terbaik buat adik2 tersayang, dan berdoa agar setiap hidup mereka sentiasa dalam cemerlang dan gemilang
Sebelum menutup mata, ingin kujelajahi setiap inci dunia, dan menghirup setiap belai nafas dari udara yang berbeza. Ingin kucari kedamaian di bumi2 bertuah ciptaan yang Esa, melihat dan memijak setiap pelusuk alam yang penuh kebesarannya. Ingin kutatap setiap pasang mata, tidak kiralah yang kering atau basah, dihiasi tangis suka mahupun duka
Sebelum menutup mata, ingin kubibitkan bahasa2 indah, yang bisa menggembira dan meriangkan manusia. Inginku ceritakan pada dunia dengan baris kata2ku yang hanya mampu kesalurkan melalui penulisan. Ingin kudamaikan hati manusia, agar mereka selalu berfikir tentang nikmat dan kurniaan Tuhan. Dan ingin pula kusematkan namaku dalam minda setiap pembaca, agar di mana2 dan sampai bila2, namaku disebut2 dan dijulang2 orang sebagai seorang penulis yang terbilang
Sebelum menutup mata, ingin aku ziarahi setiap guru yang telah mengajarku, biarpun sekecil-kecil ilmu. Ingin ku jabat tangan mereka, dan ingin kutatap wajah mereka sepenuh jiwa. Ingin kukalungkan rasa terima kasih yang tidak terhingga, biar mereka maklum, bahawa tanpa jasa dan bakti mereka, aku tidak akan mampu ke mana2
Sebelum menutup mata, ingin kuhabiskan masa bersama kawan2 tersayang. Mengenang kembali memori2 lalu, mengimbas segala suka duka yang pernah ditempuh bersama. Lalu menginjak pula masa depan dengan senyuman dan kebahagiaan, bercerita tentang cita2 dan kerjaya yang entah sudah tercapai atau masih belum kesampaian
Sebelum menutup mata, aku ingin melanjutkan pelajaranku sehingga ke peringkat tertinggi, biar nanti aku mati dalam linangan kasih Tuhan sebagai hambanya yang berilmu, bukan bodoh dungu. Ingin ku dengar namaku disebut dengan pangkalnya yang pasti membahagiakan telinga2 yang mendengarnya. Ingin kusalurkan ilmu2 yang banyak itu untuk membantu manusia, meskipun bukan dengan wang dan harta
Sebelum menutup mata, ingin ku lafazkan pada sang jejaka di sana, bahawa hanya 'dia' yang bertakhta di hati dan jiwa sejak sekian lama. Tidak pernah terlintas untuk bertemu dengan mana2 cinta, kerana cinta itu sejak dari dulu telah lama disemai, disiram dan dibaja. Dengan itu biar dia tahu, atas nama cinta, aku berdoa agar kebahagiaan sentiasa di sisinya, walaupun dia dan diriku tidak pernah ditakdirkan untuk bersama. Cintaku ikhlas dan suci kerana suci dan murninya dia di hadapan Allah taala
Dan untuk yang akhirnya, sebelum menutup mata, biarlah kehidupan ini kuakhiri dengan restu dan keberkatan ilahi. Sempat meminta ampun dan maaf dari manusia2 yang pernah kuzalimi, dan sempat diberi maaf oleh mereka2 yang mengasihi. Dan akhirnya, sempat mengucapkan kalimah syahadah tanpa keluh kesah sambil tanganku digenggam erat insan2 tercinta…..
Posted by kima_(0_0) at 11:44 PM 0 comments
kepulangan..
Tanah perkuburan hening sunyi. Cuma ditemani suara unggas dan burung2 yg bertebangan. Hanya yang jelas kedengaran adalah bacaan talkin yang keluar sayup2 dari mulut imam. Pesanan yang dibacanya penuh kekhusyukkan
“Duhai anak adam, ketahuilah bahawa mati itu adalah benar, memasuki alam kubur itu adalah benar, pertanyaan mungkar dan nakir itu adalah benar, meniti siratul mustaqim itu adalah benar dan dibangkitkan dari kubur pada hari kiamat itu adalah benar”
Hatiku sayu. Air mata jatuh perlahan, tak mampu kutahan-tahan. Bukan menangis kerana kesedihan, tetapi menengis kerana kesedaran. Sedar bahawa aku cuma singgah di dunia. Dan satu hari nanti pasti akan kembali ke sisi-Nya
Kenduri tahlil malam itu bergema dengan bacaan Yaa Sin dan doa. nenek merah mata menahan sedih dan pana. Pemergian atuk ku ke rahmatullah benar2 satu kehilangan besar buat aku.aku seakan akan dalam mimpi untuk menerima pemergian atuk yg aku panggil ayah.gelaran cucu kesayangan memang melekat dlm diri aku kerana aku dan atuk teramat rapat.
Teringat sifat atuk yang periang dan sentiasa tersenyum. Dan kini hamba Allah itu telah tiada. Telah selamat kembali kepada Yang Esa. Di saat mayatnya dimandikan, dikafan dan disembahyangkan, diusung ke kuburan dan dimasukkan ke liang lahad, aku penuh keinsafan. Dengan sejuta perasaan yang sukar digambarkan. Entah bagaimana kalau aku yg berada di tempatnya. Cukupkah amalan dan bekalanku untuk dibawa ke alam sana?
Untuk menulis dan menaip dipapan kekeunci ini pun air mataku bergenang. Halus benar rasa hati ini dengan perihal manusia, alam dan tuhan. Bagai mencarik2 dan menikam perasaan. Aku sepi, Tuhan. Dan kesepian itu membuatkan aku lebih menghargai erti sebuah kehilangan.
nenek aku tinggalkan dengan salam dan pelukan. Semoga tenanglah hati tua itu menempuh hari2 mendatang. Sampai datang satu masa yang dijanjikan. Pulang ke pangkuan Tuhan
Al-Fatihah…
Posted by kima_(0_0) at 11:36 PM 0 comments
Saturday, April 2, 2011
luv intepretation..
bila student m'tafsir cinta :
MBA student: cinta tdk s'perti 'balance sheet' di mne nk kena balance sume... ianya s'perti 'income s'tment' d'mne akn ade p'gurangan & p'nmbahan s'suatu p'kara...j'wapan yg psti satu jumlah yg agk bsar utk m'takrifkn cinta itu b'hrga....
IT student : cinta itu adlh 'connection' antra lelaki & p'rempuan... shut down apbla t'putusnya ikatan...
Graphic student : cinta itu seni... indah bila dpt dilakar & di lukis.... hebat bila dpt di framekn & d'ptotonkn pd insan yg m'ghargai k'halusan hati & p'rasaan...
engineering student : cinta akn ade p'ratusan yg tdk tetap... s'tiap p'kara m'gnainya plu di ambil kira bg m'mstikn s'dlm mne ukuran bg k'jujuran & k'ikhlasan cinta t'sbut...
Medical Student : cinta b'gntung kpd HATI & JANTUNG utk m'rasai getaran yg luar biasa apbla s'sorg itu jatuh cinta... wlpun iodin mampu utk m'yembuhkn luka tp ianya bukn la p'nawar yg mampu m'yembuhkn HATI yg terluka....
Culinary Student : cinta bleh di rasai pd s'tiap masakn yg di masak dgn p'nuh kasih syg & k'ikhlasan... w'lpun anda tahu masakn anda itu b'biase jer... tp bg org yg m'hrgai anda wlpun m'sakn itu t'lebih garam mahupun s'habis tawar dia mampu m'ghabisknnya walau s'saat pun.... bg dia cinta utk anda bknla SETAWAR masakn itu, tetapi S'MANIS madu.... so sweet!
Posted by kima_(0_0) at 11:43 AM 0 comments