I'm back now with Karangan Yang Mustahil written by my ever 'genius' students..enjoy ( i hope )
Nama: Raja Abdul Qayyu
class: 6 CL
Tarikh: 5/5/o9
Tajuk: Kenangan Manis Saya
Pada mula saya masuk sekolah menengah saya rasa gementar ingin masuk ke kelas. Saya pun terus menlangkah masuk ke kelas. Selepas saya Pulang dari sekolah saya pulang ke Asrama saya. Kenangan manis saya ialah saya mandi bersama-sama rakan saya. mereka main sembur air kami pun membalas. Pada keesokan hari saya Terima surat dari seorang perempuan yang bernama Cyilidya. Selepas saya baca Tertulis dalam surat itu dia suka kan saya saya pun terima.
Kami berdua tidak tahan lama selepas itu putus. Itu kenangan pahit saya ( cerita jak) selepas kami dua putus saya terdengar cerita yang dia ada lelaki lain yang bernama Alex. Selepas itu hari pun dah malam kami pun tidur Pada keesokan hari ramai peminat saya. Saya rasa malu pula. Kenangan manis yang ke(2) saya pula, saya sedang mencari seorang (perempuan) buku latihan saya benar saya cari tak jumpa-jumpa. apabila saya tanya kawan saya dikata saya letak buku atas atap (He, He, He). <-- boleh plak buat lawak kacang time buat karangan.. Pada bulan dua saya pergi ke surau untuk tidur tetapi dikacau orang dah saya tidak mahu Tidur. Saya pun bermain sepak Takraw bersama-sama rakan saya disurau yang bernama hahim, Bani, Fatin, Anuar kembar, Anuar dan ramai lagi. Pada tahun 20/2/2009 saya Telah mendapat seorang Teman wanita sampai sekarang, kami berdua berjanji akan saling sayang menyang supaya mengeratkan kasih sayang kami berdua . nama teman wanita saya adalah sakura ( da nama samaran dia). Ok itu saja kenangan manis saya. Jika minta Jumpa saya.
This boy, i can say is at the stage of developing and enjoying his err..machoness and 'hot stuff' moment..boleh pulak cerita kat aku girlpren dia sapa..aiyo..I saw him in class today, well...if only i can snap his pic and post it here, so u can guys can view his so 12 year old face but already pandai cintan cintun..wey, korang dulu pun sure sama gakkkk kannnn...jangan nak gorenggggg...i really dont know how to react, should i tegur? or should i just leave it like that?
budak budak zaman sekarang..sigh..
Friday, December 31, 2010
karangan "genius" student..
Posted by kima_(0_0) at 1:43 AM 0 comments
Thursday, December 30, 2010
jom masak..hehe
part luahan kte stop dlu..jom kte pk part craving..hehe
mule2 kite layan gmbar ni dlu..;)
sedap kan..jom try resepi nak?hehe
Bagi yang tak mahu beli yang instant, rajin nak buat sendiri, silalah cuba resepi ini :
BAHAN2
* 1 tin kecil tomato puri
* 6 ulas bawang kecil - ditumbuk or blend
* 5 ulas bawang putih - ditumbuk or blend
* 1 ulas bawang besar - di mayang
* stgh sudu besar lada boh
* garam
* ajinomoto
* serbuk lada putih
* kicap masin
* stgh botol tomato sos - saya guna Del Monte
* air secukupnya
* daging or ayam cincang
CARA2
* tumis bawang besar yang dimayang
* kemudian lada boh
* dan bawang kecil serta bawang putih
* letak tomato puri, biar mendidih
* kemudian tambahkan air
* letak daging cincang - nak goreng sikit daging tu pun lebih baik
* kicap dan tomato
* garam, lada sulah dan ajinomoto
* tambah air jika perlu
* tunggu hingga mendidih..
* siap!
Posted by kima_(0_0) at 11:45 PM 0 comments
hubungan yang tidak masuk akal?..erm i dont think so
saya teringin bkongsi cerita ini kerana saya tidak tahu adakah semuanya perlu diluahkan..cousin saya telah mencerita kan masalah ini dan saya hanya mampu tersenyum=)
al kisah...
Mengapa kita melakukan perkara yang tidak masuk akal di dalam hubungan kita?
Ceritanya begini…
Boy jumpa Girl ni. Boy suka sangat kat Girl ni. Boy tidak tahu bagaimana untuk melayan Girl, akhirnya Boy dan Girl tidak dapat bersama. Ini cerita tipikal.
Perpisahan boleh disebabkan oleh pelbagai sebab. Salah satunya berbunyi begini :
Dalam fikiran Boy : “Aku tidak boleh nampak lemah di depan dia. Kalu aku lemah, dia mesti tak suka kat aku. Aku tak sepatutnya berkata “i love u” kat dia sebab itu tanda aku lemah. Sesiapapun tak akan suka kat aku yang lemah ni.”
Dalam fikiran Girl : “Dia ni suka kat aku ke tak. Apa yang aku nak hanya sedikit kepastian dan tanda dia suka kat aku. Ni langsung tak kata hi pun kat aku. Aku ni buang masa ke tunggu die approach aku ni?”
Adakah perbuatan begini masuk akal bagi anda?
Kalau dah suka, Boy patut ungkapkan kata-kata suka kepada Girl. Bukan sebaliknya berlakon ‘cool’ di depan Girl tetapi tidak bertindak langsung. Paling kurang pun bagilah hint sedikit kepada Girl. Berlakon ‘cool’ dan tidak menghiraukan Girl memang perbuatan yang tidak masuk akal.
DAN JAWAPAN SAYA UNTUK PROB COUSIN SAYA ADALAH..
Jangan risau. Kebanyakan dari kita pasti akan melakukan perbuatan yang tidak masuk akal di dalam hubungan kita. Sebelum atau selepas berkahwin, kita tetap tidak terlepas dari melakukannya. Contoh tipikal yang perkara tidak masuk akal yang sering kita lakukan di dalam hubungan kita adalah :
* Anda sayang pasangan anda, tetapi tidak menunjukkan secara jelas dengannya.
* Anda rindu sangat kat si dia, tetapi tidak pernah menelefon/sms si dia.
* Anda lakukan apa sahaja untuk mendapat cintanya, tetapi bila dah dapat, anda ambil ringan si dia.
* Anda katakan kepada si dia, tiada yang lain lebih penting dari dirinya, tetapi anda tetap mengambil berat perkara lain selain dirinya.
Lakukan perkara yang masuk akal di dalam hubungan anda hari ini. Anda perlu ubah sedikit sahaja. Kalau benar anda sayang si dia, katakan kepadanya. Jangan sembunyi-sembunyi dengan harapan si dia akan faham sendiri. Beri diri anda dan si dia kepastian bersama.
Posted by kima_(0_0) at 11:35 PM 0 comments
tips putus cinta..
tgh duk packing baju utk kemali ke vista esok..tibe2 sy terasa untuk share kisah sy lebih kurang 6 bulan yg lepas..tarikh tu masih sy igt..11 APRIL 2010..huhu
Setelah berbulan dan bertahun lamanya anda mempertahankan hubungan cinta anda bersama si dia akhirnya perpisahan muncul. Perpisahan yang saya maksudkan bukanlah sekadar mampu menitiskan air mata anda tetapi perpisahan kali ini sekaligus memusnahkan harapan dan jiwa anda. Ketika itu anda menangis dan terasa kosong. Mengharapkan keadaan kembali seperti sediakala adalah apa yang anda idamkan ketika itu. Malangnya, apa yang anda idamkan tidaklah seperti apa yang anda harapkan.
Di sini saya ingin kongsikan salah satu kata yang pernah disampaikankan malaikat jibrail kepada nabi junjungan muhammad saw yang lebih kurang berbunyi,
“Cinta dan sayangilah kekasihmu sepuas- puasnya tetapi INGAT kamu pasti akan berpisah dengannya”..
Pencinta sekalian, baris ayat diatas sudah cukup membuktikan bahawa perpisahan pasti tiba! cuma waktu dan ketika perpisahan tiba hanya tuhan yg tentukan. Kita sebagai insan hanya mampu berdoa dan berusaha.
Putus Cinta terjadi disebabkan pelbagai jenis keadaan. Antaranya:
1. Kecurangan
2. Cemburu
3. Tidak serasi
4. Jarak antara dua insan
5. Kematian
Walaubagaimanapun, saya yakin dan pasti banyak lagi jenis perpisahan yang tidak saya senaraikan. Namun begitu, hakikatnya perpisahan adalah sesuatu yang negatif dan mempunyai banyak elemen yang boleh mempengaruhi diri seseorang mahupun dari segi mental dan fizikal.
Oleh itu, wujudlah perkataan yang membawa maksud misteri dan indah iaitu “HIKMAH”. Setiap apa yang berlaku disekeliling kita yakin dan pastilah ada HIKMAH disebaliknya. Renungkan perpisahan anda sedalam- dalamnya walaupun memerlukan sehingga tahap menitiskan air mata nescaya anda akan menemui hikmah.
Kepada anda yang pernah ataupun sedang putus cinta usahlah bersedih. Tarik nafas anda dan usapkan air mata dipipi. Sentiasa yakin dan percaya bahawa cinta sebenarnya masih lagi boleh diselamatkan walaupun anda kehilangan pasangan anda. Hadapi dengan senyuman…
Salam Cinta dan Kejayaan!
p/s: saya tenang kan hati dengan percaya bahawa DIA telah menganugerahkan insan yang lebih baik utk kita bilamana DIA memberi kita satu perpisahan..
dan saya percaya insan yang digantikan itu adalah TERBAIK buat diri saya..
usahlah bermuram durja apabila keinginan tidak dipenuhi..
hadapi yang baru dengan ikhlas + senyuman..=)
Posted by kima_(0_0) at 11:21 PM 0 comments
pencarian jodoh diteruskan..=)
kalau entry sblm ni kte blajar mengenal jodoh..skrg cube hayati sambungan ini..ape yang penting.."tanye sama hati"
Tertanya-tanya siapakah pasangan atau jodoh anda? Sudah sekian lama anda berkawan dengan seseorang, malah hubungan anda dengannya dirasakan sangat rapat. Namun, anda tidak pasti adakah dia benar-benar JODOH anda? Atau dia sekadar ‘teman tapi mesra’? Adakah dia jodoh yang ditakdirkan untukku?
Berikut ini saya kongsikan bagaimana mungkin anda mengenal jodoh anda yang sebenarnya.
1. Dia seorang yang menarik perhatian anda.
Kali pertama anda berjumpa dengannya, memang anda telah terasa begitu tertarik dengan dirinya, samaada fizikal luarannya, sikapnya, perangainya atau tingkahlakunya. Pendek kata, dia sentiasa membayangi hidup anda. Anda berasa begitu serasi dengannya. Anda dan dia mempunyai chemistry.fikal juga bukan persoaln atau percaturan pertama bagi anda..ape yang penting adalah sikap die yang menyenangkan=)
2. Anda berasa bahagia bila bersama dengannya.
Entah mengapa, hati anda akan berasa begitu senang dan tenang bila dia ada bersama dengan anda. Anda berasa dia adalah pelindung anda.
3. Dia suka apa saja yang anda miliki.
Dia boleh terima pendapat anda, dan bersikap sangat terbuka dengan anda. Pendek kata, dia boleh menerima anda seadanya.
4. Anda tidak berasa letih atau tertekan bila berada disampingnya.
Tidak kira masa anda keluar dengannya, atau duduk bersembang saja-saja, anda tidak jemu berbicara dengannya.
5. Anda boleh berkomunikasi dengannya secara bersahaja tanpa ada rasa janggal.
Dia boleh terima pendapat anda, dan anda suka mendengar pendapan dan pandangannya.
6. Anda tahu apa yang dia suka, dan apa yang dia benci.
Walaupun mungkin anda masih belum kenal dia sepenuhnya, namun anda sudah boleh mengagak apa minat dan kesukaannya. Anda faham kehendak dan kecenderungan hatinya. Anda tahu apa yang penting dalam bagi dirinya.
7. Dia sanggup bersusah dan berkorban demi anda.
Tatkala anda ditimpa masalah, anda dilanda kemurungan, dia datang memberi bantuan. Dan dia tidak pernah mengungkit atau meminta apa-apa atas pertolongan yang dia berikan.
8. Dia meminta untuk datang berziarah ke rumah keluarga anda.
Dia suka bertanya latar belakang diri dan keluarga anda.
9. Dia begitu caring atau ambil tahu tentang anda
Begitulah beberapa perkara yang mungkin anda boleh tanya pada diri sendiri. Adakah semua perkara-perkara yang disebutkan itu ada dalam perhubungan anda dengan dia?
Kalau ya, Alhamdulillah..... jangan tunggu lama-lama nanti lama-lama dia dikebas orang...hehehe (gurau je)
Posted by kima_(0_0) at 10:09 PM 0 comments
c@r@ mengen@l jodoh..
Hehe..entry kali ni mcm gatal jek bunyinye kan..lalala..artikel ni aku dapat bile dok surf2 ..nampak plak dia ckp emailkan pada kawan2..then tak salah la kalau aku amik artikel nih kan..heh..pada yg da berkawen da lepas la time korang..so nih peluang utk kami2 yg belom kawen lagi la...hehe..jum kite tgk cara2nye..zaSss..
Cara-cara mengenal JODOH anda
1) Pasangan korang tu mesti seorg yg menarik perhatian korang.Mean 1st time ko jumpe dia mmg ko da tetarik dgn dia la ( mcm aku tgk gambar en bf dolu2..heh MySpace)pendek kata dia sentiasa membayangi idop korang la..dan korang serasi dgn dia..heh ade chemistry la nih..
2)Korang akan rasa bahagis jek bile berada dgn pasangan korang tuh..hati tu rasa tenang jek bile bersama dgn dia..korg rasa dialah pelindung korang..
3)Pasangan korang tu suka ape saja yg korang ade..ermm..mcm dia boley terima pendapat korang dan bersikap sgt terbuka dgn korang..pendek kata dia boley terima korang seadanya..
Heh cukup 3 dulu..nanti aku sambung lagi..daa~
Posted by kima_(0_0) at 9:20 PM 0 comments
again about caramel nyum2..
ok..
puding ni special recipe..
resipe turun temurun dari emak saya...
sangat lembut bila masuk ke mulut kamu semua
bahan-bahan die pun saya tak kedekut seperti setengah-setengah peniaga
saya jujur dalam menyukat
jadi...mesti laaaa sedap dan lembut!!
nyum nyum nyum...
bayangkan...puding yang sejuk...
masuk ke mulut...
ahhhh...
sedapnyaaa..
dan kita boleh nikmati puding ni dgn..
hot choc..my peberet..hehe
Posted by kima_(0_0) at 4:49 PM 0 comments
let's enjoy puding caramel=)
BAHAN2
* sesenduk gula
* air setgh cawan
* 1 mangkuk telur
* 1 mangkuk air
* 1 tin susu cair
* 2 keping roti
CARA2
* Panaskan periuk dan masukkan sesenduk gula
* tunggu hingga gula kekuningan dan cepat2 masukkan air - jangan lama sgt, nnt gula pahit
* Masukkan gula hangus ke dalam bekas yang hendak dikukus
* Rendamkan 2 keping roti dalam air panas dan hancurkan
* Kacau gula, telur, susu cair dan air hingga sebati
* Masukkan dalam bekas yang ada gula hangus tadi
* Kukus dalam 2o minit
* Biarkan sejuk, dan kemudian letak dalam peti
* Makan sejuk2 sedap! :)
Posted by kima_(0_0) at 4:43 PM 0 comments
self reflection 2010
Let's see if i managed in achieving all my whatever wishes and dreams for 2010..
Financial
:: Hmm..this is tuff..i get my sources here and there (legally of course) but owning my own salary, not yet.. = (so-so)
RESOLUTION 2011:: Get a job with giant cash!
Educational
:: Finishing my KPLI soon, so soon..i'm already marketing myself for job as a teacher = (good)
RESOLUTION 2011:: Going to finish Masters before i reach 30 and a half
Health
:: Im still my height 158cm, as well as the weight..teeeeet ;)
RESOLUTION 2011:: Exercise!!.
Relationship
:: No one has proposed yet..= (it's okay)
:: Friends? Increased..= (Satisfying)
RESOLUTION 2011:: Will try to get married before i reach 30..insyaAllah, God willing and go for gatherings as often as i can to catch up the good old times with friends
What are yours?? have you listed any yet?
Posted by kima_(0_0) at 2:13 AM 0 comments
gare2 suzuki cup..PM declares Friday a public holiday
tarikh keramat 4 malaysian..29/12/2010
Malaysia won 4-2 on aggregate after winning 3-0 at home and losing 2-1 to Indonesia in the second leg on Wednesday night at Bung Karno stadium in Jakarta.
The public holiday announcement was made via national news agency Bernama.
Posted by kima_(0_0) at 2:07 AM 0 comments
menu utk breakfast esok..hehe
BAHAN2
- 2 senduk planta or 1/2 butter
- 1/2 senduk gula halus
- 3 biji telur
- 1 1/2 sudu tepung
- baking powder
- esen vanilla
- 1 1/2 cawan air
- 3 sudu susu pekat
CARA2
- butter n gula gaul sebati
- masukkan telur
- kemudian tepung
- dan baking powder sikit- dlm stgh sudu kecik
- masukkan air dan esen vanilla serta susu pekat.
- gaul sebati
- siap untuk dimasak dlm pan
* mmg adunan akan jd cair, masukkan sesenduk ke dalam pan bg mendapatkan satu pancake! anda mungkin akan dapat buat 3 or 4 pancake bg satu adunan ni..
SELAMAT MENCUBA! :)
Posted by kima_(0_0) at 1:42 AM 0 comments
icecream home made=)
da tgh2 mlm ni tibe ngidam ice cream..so da dpt cr st resepi..esok ble try
- Coffee mate
- Gula ising
- Sprite
- Susu Cair
- Nescafe or any flavor that u want!
CARA2
- mix or blend everything
- freeze- 8 hours
- blend again
- freeze back for 8 hour
- ready to eat..
Posted by kima_(0_0) at 1:39 AM 0 comments
aduhai lelaki..
baru- baru ini aku baru mengetahui yang ayah kawanku ingin berkahwin lain...
aduhai lelaki...
kenapa ingin berkahwin dua, tiga atau empat?...
apalah salah mak kawan aku itu??, setahu aku.. mak kawan aku tu sangat cantik, pandai memasak, bergaya, loving...
tapi kenapa ayah dia mahu kahwin lain??
kata kawan aku itu, ayahnya ingin meminta tandatangan mak dia... dan alasan ayahnya...
em, nak tahu apa alasan dia??
alasannya = " TAK ADA ORANG JAGA MAKAN MINUM SAYA... "
well, for about more than 20 years, pengorbanan seorang isteri yang setia dilupakan begitu sahaja??
it's totally UNFAIR!!!!
maaf kaum lelaki yang diluar sana, kami perempuan sangat tidak faham.. kalaulah alasan sang suami nak kan zuriat, mungkin boleh dipertimbangkan.. tapi kenapa kasi alasan " TAK ADA ORANG JAGA MAKAN MINUM SAYA... "
confuse!!!!!
Posted by kima_(0_0) at 1:33 AM 0 comments